BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Manusia asyik bercerita tentang siapa hebat dan paling hebat di antara yang hebat. Sehingga ada kalanya mereka bergaduh dalam perkara yang remeh. Segala pertikaian mereka sedikitpun tidak memberi manfaat kepada diri mahupun masyarakat. Bertikam lidah itu lumrah untuk mengangkat siapa yang mereka rasa hebat. Kekayaan juga kadang-kadang menjadi unsur dalam menentukan sokongan mereka kepada sesorang. Berapa ramai insan hari ini yang merantaunya seseorang kerana harta ? Berapa ramai insan hari ini yang hilang ketaatan kepada yang Maha Pencipta kerana harta ? Berapa ramai insan hari ini yang sanggup meninggalkan keluarga tersayang kerana harta ? Harta bagi mereka satu impian yang patut untuk digapai walaupun bukan mereka yang kaya, cukup sekadar dapat bersama orang kaya.

Maka insan pada hari ini adalah insan yang buta kerana tidak melihat kepada penciptanya. Siapa yang hebat segala-galanya itu ada Allah. Allah menceritakan dalam al-Quran Dia menjadikan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam, mnejadikan tumbuh-tumbuhan dan segala yang wujud adalah atas kekuasaan dan kehebatan Allah. Maka siapa yang boleh melakukan seperti apa yang Allah lakukan ? Jawapannya sama sekali tidak ada yang dapat menandingi kehebatan Allah SWT. Kayanya manusia juga kerana Allah. Allah mempunyai segala-galanya. Kenapa kita tidak meminta kepada Allah. Sedangkan dalam kisah Hasan al-Basri datang 3 keadaan kepada beliau.

1* Keadaan pertama datang seorang hamba Allah yang mengadu tentang kemarau yang panjang kepada Hasan al-Basri. Lalu beliau menyuruh supaya dia untuk pulang dan beristighfar kepada Allah.

2* Keadaan kedua datang pula seorang yang mengadu tentang kemiskinannya. Lalu Beliau menyuruh dia pulang dan berisitighfar.

3*Kedaan ketiga datang pasangan suami isteri yang mengadu setelah lama mereka bersama tetapi tidak dikurniakan zuriat. Lalu kata Hasan al-Basri pulang dan beristighfar kepada kedua mereka.


Apa yang dapat kita fahami. Dari Allah jualah segala-galanya dapat kita kecapi. Siapa pun  dia walau hebat macam mana pun. Dia tetap tidak boleh beri apa yang insan inginkan. Hubungan dengan Allah perlu kita jaga untuk meraih redha Allah. Allah tidak akan berlaku zalim sekirannya hambaNya sering bersama Dia apabila dalam keadaan yang susah mahupun senang. Nukilan al-Faqir juga adalah kerana kuasa Allah dan izin daripadaNya jika tidak. Saya juga tidak mampu untuk menulis dan sebagainya. Wallahu'alam ~


*HaziqAlafasy*


Pengalaman sebenarnya mematangkan. Setiap perkataan yang kita dengar setiap lontaran suara yang dikeluarkan semuanya membuatkan otak kita sering berfirkir. Fitrah insan nakkan kebaikan, jadi setiap insan pasti mengharapkan dirinya yang terbaik. Sehinggakan ada orang yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan/menjadi yang terbaik kepada diri atau individu lain atau masyarakat. Namun semua itu tetap kosong apabila tidak diisi dengan laluan ilmu, kerana ilmu yang akan menentukan kaifiat untuk seseorang insan mencapai matlamat yang ingin digapai. Ilmu pula apabila tidak dituntun oleh kalam Allah yakni al-Quran dan Rasulullah SAW tidaklah ia berguna kerana tidak ada sebaik-baik kalam melainkan kalam Allah dan Rasulullah SAW.

Terasa sungguh enak apabila membaca penulisan Dr Asri Zainul Abidin tentang bukunya yang berjudul 'Aku Ingin Kembara Lagi'. Beliau membawa pembaca untuk lebih terbuka minda dan banyak berfikir supaya tidak jumud. Kepentingan kemabara juga beliau terapkan kerana daripada pengembaraan lah insan dapat berfikir tentang apa yang tuhan ciptakan. Kita hanya duduk dalam kelompok kita, tetapi kelompok luar kita tidak mengenali dan tidak tahu bagaimana mereka. Lalu kembara menjadi mekanisme untuk kita mengetahui semua itu.

Terasa lebih indah apabila dikongsikan bersama. Cuma kadang-kadang kita terlalu memilih untuk siapa kita kongsi sehingga insan yang kita kongsi tidak dapat mengikut rentak dengan baik. Melihat situasi ini sahabat sekalian paling penting kita kena rancang stategi dakwah dan sentiasa membetulkan kesilapan. Dan apa yang dapat saya katakan ini juga sebagai kembara, kita sudah lalui sesuatu situasi yang kita rasa tidak baik lalu kita mengubahnya. Penulisan yang saya tulis ini juga merupakan kembara hidup saya, boleh jadi pada masa akan datang penulisan saya bertentang dengan apa yang saya tulis dikemudian hari. Saya tiadalah apa-apa yang dapat dibanggakan dan berharap sangat akan ada sahabat yang menegur dan sentiasa membaiki serta menasihati diri yang lemah ini. Wallahu'alam....

al-Faqir ila afwi robbih
- Haziq Alafasy

 
Multi-Colored Light Pointer