BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers




Sekarang heboh pasal isu kisah kewafatan nabi versi syiah. Ana bukannya orang yang 'arif untuk hurai benda ini. Dan ana sendiri keliru apabila ada segolongan geng pondok cuba mengatakan kisah yang dikatakan versi syiah tu benar. InsyaAllah, moga Allah memberi hidayah untuk kita menemui kebenaran kisah kewafatan nabi ini. Ana lampirkan video-video yang berkaitan dengannya.


(Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim)

(Dr Muhammad Asri Zainul Abidin)


Dan ini lampiran yang ana jumpa di fb, segolongan geng pondok cuba untuk pertahankan kisah itu.


Wallahu'alam ~





Hari demi hari di dada-dada akhbar media asyik bercerita tentang pembunuhan, rogol yang melibatkan kanak-kanak. Budak-budak melalui zaman kejatuhan akhlak, dan siapa yang patut kita persalahkan. Tarbiyah ini tak mampu untuk kita katakan aku tegur dia dengan memberi motivasi bagai. Benda ini bagi ana takkan pernah selesai jika tidak dengan agama. Dalam Islam sendiri di ajar tatertib dan adab untuk insan. 
Jika kita lihat sendiri, bagaimana akhlak Rasulullah SAW yang mana didikannya daripada Allah sendiri melalui perantaraan malaikat jibril. Mungkin kita kata nabi itu dikurniakan mukjizat yang dipanggil "Irhas" sewaktu baginda kecil, tapi kita tidak fikirkan yang tak salah kita mengambil teladan dari nabi SAW. Nabi itu sebagai qudwah hasanah yang tiada siapa boleh tandingi. Ada yang kata nabi boleh laa, baginda maksum. Ana soalkan disini, nabi memang maksum namun adakah nabi bukan dari kalangan manusia. Jadi sudah semestinya nabi hidup dengan fitrah insan. Kita mencontohi akhlak nabi, itu yang penting.

Kadang-kadang, YA ! Kita lakukan kesalahan, kerana kita hamba yang dhaif yang tidak bersifat maksum seperti anbiya', namun apa yang nabi ajar adalah untuk minta keampunan daripada Allah apabila tersilap langkah, hal ini sendiri dicatatkan dalam hadis qudsi : " Wahai manusia andaikan dosa-dosamu membumbung kelangit/ menjulang tinggi sampai ke langit lalu engkau memohon ampun kepadaku maka pasti kuampuni dosa-dosamu" (HR.At Tirmidzi dari Anas bin Malik Radiallahu'anhu dihasankan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Shahihu Jami' no.4338)

Ada mereka yang kata anta tidak tahu cara hidup kami. Ana rasa ana lebih dari tahu tentang itu, ana bukannya berkwan dengan orang yang baik yang kaki masjid, kaki kuliah sebagainya. Ana berkawan degan mereka yang kurang didikan agama, ana tidak kata tiada. Tapi kurang. Ada satu hari ana nampak mereka warnakan (dye) rambut. Gelak juga ana tengok kerenah mereka. Mereka lakukan keburukan tapi dalam hati still rasa bersalah, rupanya takutkan mak marah. Kemudian ada seorang bertanya tentang pemakaian dye tersebut. Dalam hati berkata mereka ini still ada rasa nak berubah, hidayah itu milik Allah.

Macam mana teruk pun seseorang itu, kita boleh pandunya melalu jalan quran dan sunnah, InsyaAllah tarbiyyah yang paling berkesan ana rasa. Bawa mereka untuk faham islam, kita kadang-kadang bagus dah bercakap macam orang 'alim, tapi kita sering ceritakan azab Allah sahaja. Memang tak nafikan adanya azab Allah, tapi kenapa tidak kita ceritakan rahmat Allah yang terlalu luas itu.

Khulasohnya, jangan kita sisihkan golongan yang nak bangunkan negara satu hari kelak. Indahnya bila mereka bangungkan negara seiringan itu bangunnya islam di negara kita. Mereka itu khalifah. Jangan kita hindari diri kita daripada mereka, jahat mana sekalipun hidayah itu milik Allah. Kita just perlu sentiasa dakwah kepada golongan kurang kefahaman agamnya. Husnu dzon dengan mereka, ceritakan keindahan dan rahmat Allah kepada mereka. InsyaAllah, biidznillah mereka berubah, yang penting tarbiyyah itu mesti asasnya ISLAM.


Wallahu'alam ~



Ilmu Hadith...
Ilmu yang berkaitan dengan hadis, berkaitan dengan perawi, sanad, matan, jenis dan sebagainya. Ilmu hadith merupakan ilmu yang tak ramai tokoh di negara kita. Kebetulan masyarakat hari ini sama ustaz atau orang awam masih lagi tidak 'arif dalam ilmu hadith. Ini menyebabkan hadith-hadith palsu yang kini kian disebarkan di facebook, twitter, wechat menjadi tempat untuk disebarkan oleh golongan remaja yang mana awal niatnya hanyalah untuk menyebarkan kebaikan tetapi penyebaran sering dilakukan tanpa penelitian dan ilmu. Hanya sekadar mendengar dan melihat daripada sumber-sumber karut yang hanya mahu menarik minat ke arah mereka hakikatnya bukan dengan tujuan untuk agama.

Hadith palsu atau maudhu' tercipta apabila muncul segolongan yang cuba mempertahankan hujah individu dan sebagai menambah keyakinan masyarakat terhadap individu. Mereka sanggup berbohong demi kepentingan mereka, Nauzubillah ~ Hal imi, masih berlarutan sehingga sekarang, demi menyokong amalan dan perbuatan bid'ah, nama Rasulullah SAW dijadikan bahan untuk menarik minat orang ramai untuk meraih sokongan perbuatan yang diadakan mereka. Sedangkan Rasulullah SAW telah bertegas dalam hal ini :-

"Barangsiapa yang berbohong dengan sengaja atas namaku, hendaklah dia persiapkan tempat duduknya dari neraka"

Sudah berapa banyak hadith palsu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dalam masyarakat. Dan berapa banyak amalan bid;ah yang disokong oleh hadith-hadith palsu tersebar luas. Sunnah makin jauh dari ummah. Sunnah tokoh lebih mereka ikut daripada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Perkara ini telah menimbulkan kesedaran pada diri yang dhaif ini untuk mendalami dalam ilmu hadith. Semoga Allah permudahkan untuk usaha mempelajarinya. Syeikh al-Albani berkata :-

"Jika kita mahu kenal Rasulullah, kita kena kenal sunnah baginda dan nak kenal sunnah perlunya untuk mempelajari ILMU HADITH...."

Wallahu'alam ~


Hidup dalam kejumudan masyarakat sekeliling. Masyarakat yang mengecilkan skop agama, mereka hanya berfikir agama itu hanya pada laungan takbir, agama itu hanya pada selawat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w, agama itu hanya pada solat, agam itu hanya pada doa, agama itu hanya pada pakain seseorang yakni jubah dan serban, bagi mereka gama tidak layak untuk diucapkan, dibicarakan di tempat awam. Inilah realiti pemikiran yang telah set dalam ribuan malah jutaan fikrah manusia.

Kenapa masyarakat berfikrah seperti ini ? Itulah yang menjadi persoalannya. Masyarakat kian lam tidak matang dalam membicarakan agama. Benda yang disyariatkan ada dalam al-Quran dan as-Sunnah mereka menolak kerana ketinggalan jauh dalam memahami sunnah yang sebenar, mereka hanya amal kata-kata dari ustaz mereka. Sedangkan adakah agama itu tertegak dengan ustaz ? Atau amalan ustaz lebih patut kita dahulukan dari Rasulullah ? Inilah masalah bila timbulnya agamawan yang suka mereka-reka bentuk ibadah. Disebabkan menjadi kebiasaan, masyarakat hari ini tidak mampu menilai mana satu jalan agama. Ada pula yang beriya-iya melakukan sunnah yang kononya ustaz mereka kata wujud sedangkan benda itu tidak wujud sekalipun dalam erti kata lain perkara yang direka dalam aga yakni Bid'ah.


Bermaksud: "Sesungguhnya baragsiapa yang berbohong atas namaku, maka masuk ke neraka"

Malangnya mereka lebih mengagumkan tingalan tokoh dari tinggalan Rasulullah sendiri. Masyarakat gagal untuk memahami erti sebenar sunnah dan bid'ah kerana dianggapnya setiap benda yang baik itu sunnah. Ini membuktikan masyarakat hari ini masih tidak terbuka fikrahnya, masih di tokok yang lama dalam memikirkan tentang sunnah. Khurafat yang dibawa oleh orang terdahulu menjadi semakin berleluasa. Inilah fikrah yang terbentuk oleh masyarakat sekarang. Hanya bertaqlidkan amalan-amalan yang mereka rasa bagus dan mengkafirkan apa yang bertentangan dengan mereka juga takfir jika perlu kepada mereka yang mengajak kepada jalan sunnah yang sebenar hakikatnya.

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah :

"Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan TAQLID ! Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuaian dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelasa daripada ayat itu dan berpegang padanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah mendapat mazahab kamu, bukan ayat tersebut.
Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi mazahab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat pelbagai takwilan dan mengeluarkan dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu.
Inilah juga yang kamu lakukan terhadap nas-nas sunnah. Jika kamu dapati dalam hadith yang shahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata, kami ada sabda Nabi s.a.w begini dan begitu. Jika kamu dapati seratus lebih hadith shaih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu hadith..."

TAJDID. Ya, perkataan yang mudah untuk disebut, tapi betapa ramai yang benar-beanr faham tentang perkataan tersebut ? Satu perkataan yang boleh merubah persepsi berjuta malah berbilion fikrah insan jika menghayatinya. Namun peluang untuk menghayati dan gerakkan sukar untuk dilaksanakan selagi mana ada golongan yang tetap berkeras dengan fikrah yang mereka itu. Jumud boleh takfir orang bila-bila sahaja yang individu itu mahukan. Hari ini berapa ramai tokoh islam yang hebat dengan perjuangan yang cuba melakukan "Tajdid", tetapi ditakfirkan oleh golongan yang berdiri atas satu fikrah yang jumud.

Dengan adanya fikrah tajdid, membentuk fahaman insan dalam agama yang lebih terbuka tanpa tertumpu kepada satu pendapat. Demi menjamin masa depan agama. Sememangnya islam perlukan mereka yang berfikiran terbuka. Lebih-lebih lagi kita yang hidup dalam negara yang ada pelbagai agama dan bangsa, suapaya mereka melihat keindahan yang ada pada islam. Fikrah tajdid membentuk insanyang berkualiti dalam memahami agama, daripada membezakan antara ritual dan spiritual.


Bermaksud : "Barangsiapa membuat pekerjaan baru pada urusan kami ini (agama), maka ianya tertolak"

Wallahu'alam ~

23/10/13


Mak & Ayah menjadi pelengkap hidup seorang yang bernama insan. Sebut sahaja seorang anak, semuanya mempunyai Mak dan Ayah melainkan yang sudah pergi dijemput Allah. Namun mereka masih juga ada seorang mak dan ayah. Tanpa mak dan ayah maka tidak dilahirkan seorang manusia yang berjasa pada Agama, pada Negara dan Pada kedua orang tuanya. Ana ingin kongsikan seutus surat dari seorang anak untuk mak dan ayahnya. Surat ini ana dapat apabila mengadakan program di asrama. Surat tersebut merupakan daripada pelajar tingkatan satu. Ana kira dia cukup ikhlas apabila menulis surat tersebut.

Assalamualaikum, Ibu....
Adik minta maaf atas apa-apa kesalahan yang adik lakukan. Adik harap ibu maafkan adik. Adik sayangkan ibu. Ibu jangan pergi meninggalkan adik. Adik berterima kasih atas segala perngorbanan yang ibu telah lakukan. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku dan dosa ibuku, Kau tempatkan ibuku dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik sayang ibu. Adik akan menjadi orang yang berguna. Segala nasihat apabila ibu marah, adik redha. Adik terima dengan hati yang terbuka. Ampunkan adik ibu.....
Abah....
Adik minta maaf jika adik ada buat salah. Adik sayangkan abah. Adi minta maaf, adik banyak buat salah. Adik mendengar segala nasihat abah, segala arahan abah. Adik janji, adik akan jadi insan yang berguna. Abah jangan pergi meningalkan adik, kakak, dan abang. Ya Allah, ampunkanlah dosaya abahku, tempatkanlah abahku di dalam golongan orang yang beriman. Adik redha atas teguran dan nasihat abah. Adik sayangkan abah sangat-sangat. Adik akan belajar bersungguh-sungguh dan buktikan kepada ibu dan abah bahawa adik ini adalah anak yang berguna. Maafkanlah adik. Adik tahu adik banyak menyakiti hati ibu dan abah. Adik sayang ibu dan abah seumur hidup adik.

*Semoga menjadi anak yang soleh. ~

**tiada tokok tambah sedikitpun dari surat yang sebenar

نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

Alhamdulillah, kami panjatkan segala puji padaNya dan kami meminta pertolonganNya. Seraya memohon ampun dan meminta perlindunganNya dari segala keburukan jiwaku dan dari kejelekan amalanku. Barangsiapa yang telah Allah tunjukkan jalan baginya, maka tiada yang boleh menyesatkannya. Dan barangsiapa yang telah Allah sesatkan jalannya, maka tiada yang boleh memberinya petunjuk. Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam kepada Muhammad SAW berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.

Setelah lama ana tak menulis entry, dan dah makin bersarang blog ini. Hal ini kerana, ana terlalu sibuk dengan program-program di sekolah. Pertama sekali ana minta maaf atas segala kesulitan, dan sesungguhnya Allah merancang yang terbaik buat ana. Suka ana ingatkan supaya kita ini sentiasa bermuhasabah diri dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita kecapi di dunia ini. Mungkin kita takkan pernah rasa cukup dengan semua itu, walaupun diberi kepada kita emas segunung. Kerana itulah, sikap manusia.

Dalam beberapa minggu lepas ana ada mengikuti kem anjuran BTN (Biro Tata Negara) under Jabatan Perdana Menteri. Sudah semestinya bila dengar saja BTN, orang akan fikir kem brainwash. Ya ! Itulah sangkaan yang tepat, kami di sana seolah-olah kena brainwash demi mencapai hasrat mereka. Sehinggakan kehidupan agama kami dikongkong. Semua pelajar yang terlibat di sana, semuanya terdiri daripada pelajar SMKA. Jadi fikrah kami lebih kurang sama, dan tak sama fikrah dengan jurulatih. Kami yang boleh katakan faham agama, tiba-tiba boleh berubah menjadi tak faham agama akibat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sana.

Kebanyakkan dari aktiviti di sana melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa menjaga batas. Dan inilah satu-satunya kem yang ana rasa, kem yang paling teruk ana pernah pergi setakat ini. Sememangnya jurulatih takkan pernah faham fikrah kami sebagai pelajar SMKA, kami sentiasa nakkan kebenaran yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau di sana mereka mengatakan ISLAM itu mengajar untuk bina Negara. Sudah semestinya Islam juga mengajar batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, mustahil Islam tidak menitik beratkan itu.

Perjalanan Kem kami tak berapa menarik, tambahan pelajar kurang senang dengan keadaan di sana. Dan ana berasa bersyukur sangat sebab ramai yang tak sanggup berada dalam kemungkaran. Sehinggalah hari terakhir kem kami, ana dan sahabat lain dari kotinjen Pulau Pinang buat perancangan untuk gegarkan sepertimana yang diceritakan oleh Ustaz Alrizuady. Bermulanya pagi pada waktu subuh ana mengatur perjumpaan dengan penghulu, kebetulan penghulu kenal ana dah lama disebabkan dia kata dia pernah jumpa ana di Nadwah Kebangsaan 2013. Jadi mudah untuk jalankan perancangan. Ana minta penghulu untuk kumpulkan semua peserta lelaki, dan ana akan bentangkan perancangan.

Pada pagi tersebut ana dan sahabat dari Pulau Pinang khasnya dan semua peserta lelaki amnya berasa satu kejayaan, apabila berjaya menyelesaikan perancangan yakni memisahkan antara lelaki dan perempuan. Sehinggakan jurulatih, dan peserta perempuan terkejut melihat peserta lelaki yang agak pelik pada hari itu. Kami berjaya keluar dari kongkongan kemungkaran walaupun kami lakukan perkara tersebut pada hari terakhir. Alhamdulillah, ana merancang, sahabat-sahabat juga merancang. Tetapi perancangan Allah jauh lebih baik.

Semoga segala usaha kami untuk agama, Allah redha. 
Wallahu'alam ~

Dalam bebrapa minggu ini, ana sering mengikuti perbahasan antara Salaf dan Khalaf. Dan kesimpulannya yang tak tahu pasal golongan ini pun cuba masuk campur hal ini dengan taqlid kepada apa yang dibicarakan gurunya.

Salaf dan Khalaf ini berbeza dalam beberapa pendapat. Soalnya mereka hanya bergaduh dalam furu' aqidah bukannya usul 'aqidah. Buat apa kita berbalah tentag furu', khilaf itu perkara biasa. Ada sebuah kata-kata ulama' tetapi disandarkan kepada Rasulullah sebagai hadis. Ini bukan hadis yaa, ini kata-kata ulama' : "Khilaf umatku adalah rahmat". Sebenarnya khilaf itu membawa kebaikannya juga, kebaikan untuk kita tahu betapa pekanya umat islam tentag hal itu. Tetapi peranan ulama' ialah keluar dari khilaf tersebut.

Di antara puak-puak ini tiada yang salah, kedua-duanya perlu kita pakai. Sebab perkara biasa laa kalau ada qaul qadim dan qaul jadid. Imam madzhab pun ada qaul qadim dan qaul jadid. Dari golongan salaf dipanggilnya Wahabi kerana disandarkan kepad Muhammad bin Abd Wahab yang timbul kesedaran untuk lawan bida'ah yang dibuat waktu itu. Niat yang baik dari beliau, beliau juga banyak jasa dalam melawan bid'ah. Pada waktu itu timbulnya masyarakat berdoa di kubur wali dan sebagainya, dan itu adalah amalan bid'ah serta syirik. Wahabi ini mereka mengitu manhaj salaf. Sebahagian dari aqidah manhaj salaf ialah mentakwilkan ayat mutasyabihat secara ijmali. Perkara ini yang menjadi perbahasan ulama', dan perbahasannya terlalu panjang.

Manakala Khalaf pula, lahir dari golongan selepas golongan salaf. Mereka menggunakan sifat 20 sebagai tauhid mereka. Mereka mentakwilkan ayat secara tafsili. Salaf dan Khalaf ini berbeza pendapat dalam mentakwilkan ayat mutasyabihat, bagi ana kedua-duanya tak salah. Malah cara Khalaf itu lebih mudah untuk difahami dan cara Salaf itu lebih selamat.

Masalahnya lahir puak-puak pelampau yang suka mengkafirkan antara satu sama lain. Salaf ada puak pelampaunya, yakni Wahabi. Mereka teralalu extreme dalam menyuarakan sesuatu, dan dari puak Khalaf pula ialah ahbash. Ahbash juga seperti demikian sehingga berlakau kafir mengkafirkan. Ana tak berapa setuju bila ada kafir mengkafirkan. Sepatutnya dua-dua saling memerlukan, cumanya terlalu taksub.

Satu lagi golongan penghukum, golongan nie tak tahu apa pon melainkan taqlid semata kepada orang. Orang kata sesat, dia kata sesat. Dengan tanpa usul kajian. Hatta, yg menuntut ilmu dengan guru pun. Dalam menuntut ilmu kita ada adabnya, nak kritik ulama pun ada adabnya. Rasanya tidak ada keadilan ilmu kalau kita hanya dengar di sebalah pihak. Ana tertarik degan Maulana Asri, beliau belajar kedua-duanya. Sememagnya benda ini takkan selesai. Kita perlu bersifat terbuka dalam menerima kedua-dua pendapat.


*click untuk besarkan*
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
Wallahu'alam ~
*sebarang teguran dialu-alukan*

Glosari:
Takwil : Memindahkan makna dari lafaz zahirnya.

Ijmali : Memindahkan makna dari lafaz zahirnya kemudian menyerahkan maksud sebenar kepada Allah.
Tafsili : Memindahkan makna dari lafaz zahirnya kemudian menentukan maksud sebenar yang dimahukan dengan lafaz tadi.









Ramadhan bakal melabuhkan tirai :'(

Dulu kalanya apabila di penghujung ramadhan sahabat-sahabat Rasulullah menangis sedih dengan pemergian ramadhan. Dalam bulan ramadhan terlalu banyak sangat barakah yang Allah janjikan. Sehinggakan mereka yang dulunya kurang baik pun boleh cintakan ramadhan. Ramadhan berjaya membuatakan umat manusia sedar akan kedudukannya sebagai hamba, juga tentang keberadaan mereka di bumi Allah. Dengan hadirnya ramadhan, menjadi penyuntik semangat kepada mereka yang ingin berubah. Tambahan pula dalam bulan ramadhan Allah janjikan pelbagai kemuliaan dan tiada langsung pintu keburukkan dibuka untuk umat manusia. Ramadhan membuatakan kita betul-betul dekat dengan Allah. Ramadhan menguatkan jiwa seorang muslim, dan itu telah pun dibuktikan oleh orang-orang terdahulu.
Selepas ini, akan tertutup segala barakah ramadhan, rugilah bagi sesiapa yang tidak merebutnya sebelum ini. Dan berbahagialah mereka yang peroleh barakah ramadhan. Sayu hati untuk tinggalkan ramadhan.... :'(

*sedih dengar lagu nie.. :'(*



Semoga kita dipertemukan dengan ramadhan pada tahun hadapan ~Wallahu'alam ~
*asiff jika ada kekurangan atau tidak menarik, sebab penulisan ini ditulis dengan emosi*


Kadang-kadang kita hanya memikirkan dukacita kita. Tapi pernahkah kita fikirkan tentang duka cita orang lain ? Tentang dukacita yang kadang kala nasibnya lebih malang dari kita, mereka yang hanya nikmati dengan apa yang mereka ada. Namun mereka tak pernah sedikitpun merasakan diri mereka tidak cukup dan sebagainya, kerana mereka merasakan Allah jualah yang lebih cukup dari apa yang mereka mahu. Tatkala kita diberi nikmat keamanan, kita lupa ucapkan "Alhamdulillah" tapi kita hanya ingat Allah apabila kita perlukan sesuatu. Itulah kita yang dihiasi dengan pelbagai nikmat, dalam masa yang sama kita tenggelam dalam arus nikmat tersebut. Sebab itu jiwa kita mudah lemah, berbanding saudara yang berada di Syria,Palestin,Mesir,Kashmir,Afghanistan,Rohingnya, dll. Mereka tetap redha dengan apa yang Allah uji mereka, walaupun sanggup kehilangan orang yang tersayang. Mereka sentiasa melengkapkan taqwa dengan "Berbaik sangka terhadap Allah". Semoga semangat mereka menjadi i'tibar kepada kita semua.
Fa'tabiru !
Selamat beribadah dalam bulan RAMADHAN AL-MUBARAK ! 
#PrayForGaza
#PrayForPalestine
#PrayForSyria
#PrayForMisr

#PrayForRohingya
#PrayForMalaysia
#PrayForDrMorsi

Wallahu'alam ~


Aasiff, sekarang terlalu sibuk untuk update. InsyaAllah, next week ana update. Segala kesulitan amat dikesali. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk juga datang daripada Allah tetapi disandarka atas kelemahan diri saya sendir.

Wallahu'alam ~ 



Dunia ini sering dilabelkan tempat persinggahan sebentar untuk kita bertemu Allah azza wajalla. Sekalian makhluk atas bumi, mencari jalan yang benar, mencari jalan untuk bertemu dengan Rabbul 'izzaty dengan baik. Dan diberi rahmat ke atas pencarian tersebut. Ramai yang berjuang mencarinya, tetapi kadang-kadang kita tergelincir dari jalan itu. Kerana Perjuangan kita bukan mudah, adakalanya pada permulaan kita baik, tetapi berakhir dengan apa yang kita tidak sangka. Kata seorang syeikh, :" Remaja yang hidup zaman sekarang, ialah remaja-remaja yang kukuh imannya. Kerana tak semua boleh berpegang teguh dengan agama tatkal banyak ujian menimpa, ditimpa dengan pelbagai budaya songsang, ditimpa dengan pelbagai maksiat hiburan. Mereka ini Allah sangat sayang. Tatakal mereka tenggelam dalam kealpaan tersebut, lalu mereka memohon taubat kepada Allah. Allah tersenyum, kemudian mereka ulangi semula, kemudian bertaubat semula. Allah senyum kembali. Begitu juga berulang-ulang kali. Mereka ini tidak putus-putus untuk bertaubat apabila tergelincir hatinya sedikit untuk melakukan kemungkaran. Remaja -remaja ini pengorbanan mereka untuk agama tersangatlah hebat."

Allah suka kepada mereka yang sentiasa bertaubat apabila melakukan maksiat. Allah suka kepada mereka yang meminta kemaafan dari-Nya. Dalam satu hadith Rasulullah menyebut : " Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwudhuk kemudian dirikanlah solat dan mohonlah keampunan kepada Allah s.w.t. Allah pasti menerima permohonanya itu. " (HR Abu Daud). Dari hadith ini, nabi menyuruh kita melakukan solat sunat apabila ingin bertaubat, yakni Solat Sunat Taubat.  Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6 rakaat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, lebih afdhal jika dilakukan pada tengah malam.



Mengenai taubat, ana tertarik dengan kisah Tsalabah bin Abdul Rahman. Hebatnya seorang pemuda yang dosanya itu bukan disengajakan.

Wallahu'alam ~




Hati kita hari ini sudah terusik dengan pelbagai soalan. Perkara ini berlaku kepada kebanyakan remaja, dan tidak pelik kerana Allah jadikan ianya itu fitrah kepada lelaki dan perempuan. Tapi pada hari ini benda fitrah itu dihalalkan dengan melanggar syariat islam itu sediri dan secara tak langsung "FITRAH itu bertukar menjadi FITNAH". Tatkala, remaja sibuk melayan perasaan, mereka melayan seolah-olah mereka yang menentukan segalanya., mereka yang menetapkan hukum, mereka yang berkuasa kerana CINTA. Berapa ramai yang mengembalikan cinta manusia itu kepada cinta Allah azza wa jalla. Bilangannya terlalu sedikit, dan mereka itu hanya mereka yang bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan. Dan yang terbaik adalah,

"CINTA SELEPASA NIKAH" 

Wallahu'alam ~





Permulaan kehidupan kitalah yang selalu dekat dengan Allah tak kira di waktu senang atau susah kerana itu permulaan kita mengenal tuhan kita di asuh. di didik dengan tarbiyyah agama, tarbiyyah untuk mengenal pencipta, tarbiyyah untuk mengenal utusan dan kekasihNya. Boleh dijadikan cerita, permulaan hidup kita pada waktu itu susah untuk kita berpaling daripada mentaatiNya. Namun apabila sudah mengenal usia, kita lalai..... Kita jadi leka untuk mendekati pencipta kita, malahn lebih enak untuk berhibur dan setiap perkataan yang kita keluarkan hanylah omongan keosong yang tidak memberi apa-apa faedah kepada diri. Segala tarbiyyah yang diberi pada permulaanya seolah-olah tidak memberi kesan sedikitpun kepada hati. Di mana Ilmu kita tentang mengenal pencipta ? Di mananilai kasih sayang sebagai seorang hamba yang mengaku percaya kepada Allah ? Di mana kata-kata jihad yang kita selalu ucapkan di bibir seketika dahululu ? Itu semua lenyap dalam kehidupan kita...

Transformasi berlaku sedikit demi sedikit dalam kehidupan kita, daripada mengenal pencipta kepada mengenal berhala dunia yang mana kini menjadi kegilaan manusia walaupun penyembahan terhadap berhala tersebut bukan dari sudut penyembahan, akan tetapi penyembahan tersebut berlaku, bila mana terlalu taksub sehinggakan melanggar bata-batas syariat dalam berhibur. Allahu ~
Di mana pemuda-pemuda harapan agama seperti yang terdapat pada zaman Rasulullah ? Bangunlah ! Bangunlah ! Bangunlah !  Wahai PEMUDA. Kitalah yang akan meneruskan kegemilangan Islam. Sanggupkah kalian melihat Islam ditindas di zaman yang kononya zaman permodenan ini. Sedarlah yang kita sekarang ditewaskan oleh permodenan tersebut, kerana arus moden kita tersasar jauh dari jalan yang benar.



*Hasil nukilan di waktu peperiksaan :)

-Al-Faqir ila Afwi robbih, Meshary Ahmad Haziq Alafasy.



Setelah membuat penilitian di Sekolah, serta masyarakat sekeliling ana berpendapat yang masyarakat sekarang kini suka menyeempitkan fikrah dengan benda yang sebenarnya tak perlu pun untuk ditimbulkan persoalan dan yang paling ketara bila mana fikrah sempit mereka itu sendiri asyik menyalahi orang lain bila orang lain memberi pendapat ataupun dalam mistilah lain tidak mendengar pendapat orang lain, mungkin kerana dianggap dirinya lebih berilmu.

Fikrah "JUMUD" ini akhirnya mendatangkan keburukkan kepada diri sendiri yakni akan lahirnya sifat su'ul dzon dalam diri dan senang untuk menimbulkan fitnah ke atas orang lain. So, mula saat ini. Marilah kita tajdid minda kita untuk lebih bersifat keterbukaan fikrah kita. Sememangnya, perkara ini susah untuk kita praktikan tetapi yakinlah dengan perubahan yang bakal kita lakukan ini dapat merubah persepsi orang zaman sekarang.

Wallahu'alam ~





Alangkah indahnya saat-saat akhir hidupku dapat melihat kemenangan yang Allah Jalla jalaluh janjikan dalam kitabNya yang mana terkandung berbilion-bilion panduan untuk manusia sehinggakan tiada suatu pun terkecuali lari dari kehidupan manusia supaya mereka berfikir serta menggunakan nikmat yang dikurniakan dengan baik, kerana mereka adalah makhluk yang sebaik-baik kejadian. Seperti dalam firmanNya :

"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baik  kejadian" (at-tin: 4)

Namun berapa ramai yang menggunakan akal yang dikurniakan sebaik mungkin ? Sedangkan ramai antara kita tenggelam dengan nikmat yang dikecapi di dunia. Adakah mereka lupa pada ayat Allah yang berbunyi :



"Dan ketika tuhan kamu memberitahu :  "Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur . Sesusungguhnya azabKu amatlah pedih" (Ibrahim : 7)
Al-Quran serta As-Sunnah yang Rasulullah tinggalkan untuk kita sudah mencukupi untuk dijadikan panuan sepanajang zaman, tiada istilah Al-Quran dan As-Sunnah tidak sesuai pada zaman-zaman tertentu, ini kenyataan orang kafir ! Hatta ~ jarak zaman kita antara dengan baginda sangatlah jauh itu juga bukan satu alasan untuk kita tolak Al-Quran dan As-Sunnah. Bak kata ulama' salaf.. "Tolak satu huruf sahaja dalam Al-Quran sudah cukup untuk kafir" 

**Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan kita sepanjang hayat**
Wallahu'alam ~






Walaupun dia berpakai kusut masai, dia hidup dalam keadaan yang teruk dan jika dia pergi ke rumah-rumah orang, pastinya orang akan menghinanya. Dia dihalau, di sepak terajang. Tapi jika dia sentiasa berusaha untuk pulihkan diri dia dan sentiasa melihat positif qada' dan qadar Allah tanpa putus harapan untuk teruskan kehidupan kerana sentiasa berbaik sangka dengan Allah serta hatinya berpegang bahawa rezeki itu mlih Allah jalla jallaluh. Nescaya mungkin dia menjadi hamba Allah yg paling dikasihi-Nya daripada hamba-hamba yang lain yang terlalu leka dengan dunia. Tidak ada kehinaan untuk seorang isteri apabila dia berada dalam masalah yang sangat rumit sehingga menjadi bahan kutukan masyarakat atas sebab mengahwini suami yang kerjanya hanya pengutip sampah, suami yang berpakaian compang camping ketika mencari rezeki untuk keluarganya. Kadang ada, kadang tiada itulah nasib pendapatan mereka, tetapi bergembiralah isteri tersebut kerana mempunyai suami yang paling Allah sayangi, yang paling Allah rahmati daripada suami-suami yang lain hanya deisebabkan perngorbananya suaminya itu dalam mencari nafkah kepada keluarga, suaminya itu tetap berusaha membahagiakan keluarganya walaupun dilihat kekurangan padanya. Ketahuilah akan kamu, Allah sentiasa memberikan keadilan terhadap setiap hambanya tak kira pangkat ataupun hartanya yang menggunung. Sesungguhnya Allah melihat apa yang ada di dalam hati kamu ~

-Meshary Ahmad Haziq Alafasy


 
Multi-Colored Light Pointer