BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Pertarungan Iman dan Nafsu


Ketika membahagiakan diri sendiri, pernahkah kita terfikir untuk membahagiakan orang lain?

Perlu kita renung dalam-dalam dan muhasabah diri.
Di dalam kehidupan kita seharian, berapa ramai orang yang telah kita bahagiakan?
Telah kita penuhi hak mereka dengan menolong ketika mereka perlukan bantuan?
Adakah kita telah memberi nasihat, ketika mereka memerlukannya?
Adakah kita telah meminjamkan wang ketika mereka benar-benar di dalam kesempitan?

Tidak kiralah siapakah mereka itu, keluarga sendiri, jiran, sahabat-sahabat, pengawal keselamatan di kawasan perumahan kita, penyapu sampah di pasar, ataupun orang yang tidak pernah kita kenal atau berjumpa sebelum ini.

Kehidupan bukan sekadar untuk makan, minum, bekerja, berumah tangga, melancong dan berseronok, tetapi lebih daripada itu, iaitu memanfaatkan kehidupan untuk mendapat keredhaan Al-haqq 'Azza wajjalla selain mengecapi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya."

Dalam apa jua kerja dan ibadah yang dilakukan, semua diantara kita mahukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati sebagai laluan awal untuk mengecapi nikmat kebahagiaan; suatu fitrah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Namun, kadang-kala kayu ukur yang kita gunakan dalam menilai apa yang sedang kita lakukan kurang sesuai. Yang halal itu jelas, dan yang haram juga begitu, namun bila berada di pertengahan halal dan haram, kadang-kala kita cenderung untuk menghalalkannya.

Dalam kehidupan ini, kita selalu berperang dengan diri sendiri untuk menggapai kebahagiaan.

Pertarungan antara iman dan nafsu!

Sebaik-baik manusia, sudah pasti pernah melakari sejarah hidup yang terbina di atas kekalahan iman dalam pertarungan. Nuasa berdengung seketika, dalam keluar naik nafas kita, ke manakah pilihan yang harus dipilih.

Namun selagi nafas belum berhenti dan menyedari pertarungan belum berakhir, jangan sesekali kita berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita. Teruslah berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Walau sesekali kita rebah, bangkitlah segera kerana rahmat-Nya cukup luas. Sewaktu menjalani hidup ini, tiada yang lebih baik daripada dua kebajikan. Beriman kepada Allah SWT, itu yang pasti dan memberi manfaat kepada orang lain.

Manusia yang paling baik, adalah seorang yang dermawan dan bersyukur dalam kelapangan dan kesenangan, yang sering mendahulukan orang lain serta selalu bersabar ketika di dalam kesulitan..

Hadis Rasulullah SAW:
"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).

Selagi iman bertapak kukuh di hati, selagi iman tidak tercabut selama itu manusia akan tetap menolak ajakan nafsu.

- Artikel iluvislam.com

Jihad Kampung


Merah padam muka Majid menahan malu setelah penat berdemonstrasi bersama tiga lagi rakannya di depan kedai kasut cap buaya. Baru sahaja tiba di perkampungannya, seorang lelaki kelihatan tergesa-gesa berlari ke arah mereka. Nampaknya seperti ada berita besar yang ingin disampaikan.

"Majid! Majid!" jerit lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mat.

"Apa dia?"tanya Majid.

"Ni ada berita terbaru yang aku dapat. Dalam perisian Macrosoft, ada bendera Zionis. Sekampung dah heboh pasal ni!" kata Mat termengah-mengah.

"Ya ke? Jahanam Zionis! Dalam perisian Macrosoft pun ada propaganda mereka ni! Dasar laknatullah!" tegas Majid dalam nada marah seolah-olah terlupa tindakan memalukan dirinya di hadapan kedai kasut cap buaya tempoh hari.

"Tu yang aku bagitau kau Majid, aku dengar ada pejabat Macrosoft baru buka kat pekan kita. Hajat hati aku, nak serang je pejabat haram tu,"kata Mat.

"Tunggu dulu, kalau nak serang, kita kena susun strategi. Kita kumpul dulu pemuda-pemudi harapan kampung kita kat Balai Raya. Bila kita dah kumpul kekuatan, baru la kita serang. Kau ni pun satu, nak serang sorang-sorang, apalah bengap sangat kepala otak kau ni," kata Majid kepada Mat.

Di hadapan kira-kira 50 pemuda-pemudi harapan kampung, Majid berucap berkobar-kobar menaikkan semangat membenci Zionis.

"Takbir!" jerit Majid.

"Allahuakbar!" semua pemuda bertakbir serentak. Terasa aura jihad mula meresap ke dalam diri pendekar muda harapan kampung.

"Kita dapat tahu bahawa ada perisian Macrosoft yang menyimpan lambang Zionis. Setelah apa yang Zionis buat pada konvoi kemanusiaan, kali ni dalam komputer kita sendiri ada propaganda Zionis! Kita tak boleh biarkan perkara ni berlaku! Menurut Mat, ada pejabat Macrosoft baru dibuka di pekan kita. Sebagai ketua pemuda harapan kampung kita, aku menyeru petang ni kita bersama-sama pergi buat bantahan di depan pejabat Macrosoft. Setakat ni ada persoalan?" tegas Majid.

"Kenapa kita cepat menggelabah bila dengar perkataan Zionis? Lambang Zionis tu sebahagian daripada perisian Macrosoft. Tak ada kerja Zionis nak duduk dalam komputer kita tu," kata Parman yang turut menghadiri perhimpunan tersebut.

"Kau ni, tak kisahlah ada kerja ke tak yang penting, mereka ni musuh Islam. Kita wajib buat bantahan. Dah terang-terang ada lambang Zionis, buat apa nak simpan?" kata Majid dengan nada yang tegas.

"Membuat bantahan tanpa menyiasat terlebih dahulu adalah satu kebodohan dan tindakan memalukan diri. Jangan cepat cuak bila dengar perkataan Zionis, jangan tunjukkan kebodohan kita bila berhadapan dengan benda-benda macam ni." kata Parman.

"Ahhh, dari dulu kau memang tak pernah setuju dengan aku. Apa yang aku buat semua salah. Semuanya nak kena siasat, kalau macam tu kau je la pergi tanya sendiri orang yang buat Macrosoft tu!" tegas Majid.

"Aku tertanya-tanya kalau Zionis pun buat kempen yang sama macam kita buat sebab dalam perisian Macrosoft tu ada clip art Kaabah. Tak ke mereka berdemo macam yang kita buat? Entah-entah umat Islam je yang melatah tak tentu pasal," kata Parman dengan nada sindiran.

"Sahabat-sahabat sekalian, abaikan apa yang si Parman cakap. Dia memang macam ni, otak dia pun dah dibasuh dengan propaganda Zionis. Petang ni lepas Zohor, kita bertolak ramai-ramai ke pekan. Setuju atau tidak?" jerit Majid.

"Setuju!" jerit sebilangan kecil dari pemuda-pemudi harapan kampung. Sebahagian yang lain sependapat dengan Parman. Kebanyakan yang mengikut Majid hanya mereka yang sekolah tahap SPM.

"Lantak kau la Majid, aku bukan apa, aku tak nak kau malukan diri sendiri macam hari tu. Clip art tu bukannya terbatas dengan Zionis je, Buddha pun ada jugak. Kenapa bila sebut Zionis, semua sepakat berparanoid. Ada beza antara paranoid dengan sensitif. Benda tu hanya sekadar clip art. Kalau nak boikot, jangan lupa buang sekali komputer IBM kamu tu. Zionis yang buat tu." kata Parman menyindir.

"Ingat ya sahabat-sahabat, petang ni lepas Zohor kita ramai-ramai berarak ke pekan. Kita buat bantahan ramai-ramai," kata Majid menghiraukan kata-kata Parman.

"Sekarang, kita boleh bersurai. Petang ni berkumpul di hadapan Balai Raya ni. Aku sendiri yang akan mengetuai demo ni," kata Majid.

Kira-kira 15 orang pemuda pemudi berkumpul di hadapan Balai Raya. Ada antara mereka yang membawa sepanduk "Boikot Macrosoft."

"Bagus, bagus. Kali ni ramai yang ikut. Jom kita berarak ke pekan," arah Majid. Semua mereka berarak sambil bertakbir dengan penuh semangat.

Sampai sahaja di pekan, mereka kehairanan kerana tidak ramai orang lalu lalang di pekan tersebut. Hanya beberapa peniaga Melayu saja yang sedang membuat urus niaga.

"Apa pasal sunyi je pekan ni hari ni?" tanya Mat kehairanan.

"Sunyi sebab semua orang dah tahu kita akan berdemo hari ni. Aura jihad kita kuat sampai semua orang takut," kata Majid bangga.

Akhirnya mereka tiba di hadapan Kedai Macrosoft. Kelihatan kedai tersebut lenggang, tidak berpenghuni. Kalau ada pun, hanyalah peminta sedekah yang duduk di tepi deretan kedai.

"Kenapa kosong je kedai ni?" tanya Majid. Semua mereka terpinga-pinga kehairanan.

"Haiya, lu talak tau ka, hali ni hali Ahad, semua kedai tutup maaa..." kata seorang peminta sedekah yang agak berusia.

Dengan muka yang merah padam, mereka kembali ke kampung. Sepanjang perjalanan, mereka hanya tunduk memandang tanah.

Sekian.

- Artikel iluvislam.com

moral dy jgnlh kite brtndk melulu mngikut hawanafsu kite.....

Salam Ma'al Hijrah 1433


First skali ana nak buat ucapan selamat menyambut awal muharram kepada antom.... ingat mulakan taon baru dgn bnyk mmbuat amalan kpd Allah.... dan mulakan azam baru...

Selamat Beramal Di Tahun Baru

Melangkah Ke Gerbang Harapan IbuAyah....


Tahun depan melangkah lah Ana menuju form3 dan banyak yang Ana pelu perbaiki daripada keputusan akhir tahun ana.....tahun depan mungkin :


  • No Facebook
  • No Games
  • No Blogging

kalau bak blogging pun kadang-kadang lah....so ana harap antom semua dapat doakan ana supaya berjaya dengan cemerlang....
ustaz ana kata"kecemerlangan itu tidak akan dimiliki oleh seorang hamba jika ia tidak ikhlas kepada Allah walaupun ilmunya banyak, dan kejayaan itu tidak mustahil walaupun seorang itu tidak berilmu jika dia ikhlas kepada Allah" maksudnya bukan tak payah belajar langsung, belajar itu penting sedangkan Rasulullah S.A.W menyuruh kita mencari ilmu hingga ke negeri china...ada sedikit cerita yang ana nak kongsi...ustaz yang sama juga pernah bercerita pengalaman dia menjadi seorang pelajar, pada pagi sebelum ustaz ana ambil spm semua kawan2 dia pakat2 pulun baca buku ada yang masok ada yang tak masok lepas 2 dia da dengar kawan dia baca satu doa yang ustaz ana anggap sungguh indah doa kawan dia itu doa dia berbunyi macam nie "Ya Allah Ya Tuhanku kau berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku jika ia baik untuk aku dan agamaku, dan kau berilah kejayaan yang tidak cemerlang kepadaku jika ia baik untuk aku dan agamaku" akhirnya bila keluar keputusan dia cemerlang....disini dapat dikonklusikan bahawa kejayaan utama yang harys kita lakukan ialah kejayaan dengan Allah kerana Allah lah yang boleh melakukan apa saja kepda hambanya....
sumber2 untuk berjaya adalah:

  1. Taat Perintah Allah
  2. Taat Kepada Kedua IbuAyah
  3. Bersunguh2 belajar dengan hati yang ikhlas
  4. Berdoa
  5. Bertawakal
Wallahu'alam....


Kisah Anak Jutawan

Pada era 50-an dahulu, terdapat seorang jutawan yang memiliki segala kemewahan. Daripada rumah besar, kilang-kilang, ladang-ladang sehinggalah ke syarikat-syarikat korporat; semuanya dimiliki oleh jutawan tersebut. Jutawan tersebut mempunyai seorang anak lelaki yang kurang sikit akalnya dalam menilai sesuatu.

Pada suatu hari, jutawan tersebut menyuruh anak lelakinya membancuh secawan Cappuccino. Anak lelakinya dengan taat dan patuh melaksanakan suruhan ayahnya. Selepas seketika, anak lelakinya membawa secawan Cappucino panas dan memberikan kepada ayahnya. Ayahnya menghirup sedikit sekadar untuk merasa, ternyata jutawan itu terkejut apabila Cappucino yang dihirupnya itu terasa lemak berkrim. Maka bertanyalah jutawan tersebut kepada anak lelakinya, "sedap betul Cappucino ini, apa rahsianya?"

Sambil tersenyum dengan penuh keyakinan, anak lelakinya menjawab, "tadi masa saya ke belakang rumah untuk mengambil kayu api... saya dapati kayu api basah. Sebagai penyelesaian alternatif, saya ambil duit kertas ayah di dalam peti besi sebagai bahan bakar."

Bagaikan hendak tercabut jantung jutawan tersebut apabila mendengar kata-kata anak lelakinya itu. Cappucino yang terasa lemak berkrim di permulaan, kini menjadi pahit menekak dan hilang segala kenikmatannya....

Sahabat-sahabatku sekalian..

Tentu terlintas di fikiran kita bahawa betapa 'kurang akal'nya anak jutawan tersebut kerana sanggup membakar duit kertas demi secawan Cappucino. Tetapi pada realiti hidup kita hari ini, sebahagian besar daripada kita saling tak tumpah seperti budak itu.

Alangkah 'kurang akal'nya kita apabila di akhirat nanti kita dibakar di dalam neraka jahanam semata-mata kerana kita leka dan terpesona dengan kehidupan dunia yang bersifat sementara ini. Manusia yang terbijak adalah mereka yang banyak mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya.

- Artikel iluvislam.com

Cuti Sekolah!!!!!


seperti yg anda tahu musim cuti sekolah telah bermula.....mesti ramai yg x tahu nk buat apa cuti sekolah nie btol x ?. Iman perlu dijaga,kerana akan ada banyak benda yg lagho akan terjadi ke atas diri kita...oleh itu rancanglah percutian anda dengan sebaik-baik amalan kepada Allah, dan yang boleh memberi manfaat ke atas diri sendiri.... Bagi ana plk, Ana dah kena start pulun sbb taon dpn akan ambil PMR(Penilaian Menengah Rendah)


Slmt Beramal......

PERJUANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH


ASSALAMUALAIKUM, hari nie ana pon x tahu nak tulis pasal apa....tapi ada lah sikit nak share tentang PERJUANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH.

tngok elok-elok video nie... dan prhatikan betul-betul lirik......


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Assalamualaikum,
First skali nk mintak maaf sbb dh lma x update.coz ana sbuk skit...(-_-)
2nd ana ucp slmt HARI RAYA AIDILADHA kpd smua.

Hari nie nk cita skit psl sjrh Hari Raya Aidiladha.klu mlayu lbh dikenali sbgai,Raya haji/Raya Korban..Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.
skdr hiburan.... :)

 
Multi-Colored Light Pointer