BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saban hari, saban waktu kita memikirkan mengapa kita belum dapat apa yang kita impikan ? mengapa belum kita miliki apa yang kita inginkan ? mengapa Allah tidak kabulkan permintaan ? sedangkan pada waktu itu kita telah berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasrat yang kita mahukan. Mulalah kita menyalahkan takdir, mulalah kita berburuk sangka terhadap Allah. Ada yang berkata, "lepas ini aku sudah malas untuk berusaha, bukan nak dapat pon. buang masa jaa ", mereka sudah mula berputus asa dari rahmat Allah*Nauzubillah*.
Kita terlalu memikirkan impian yang tak tercapai sehingga kita melupakan Nikmat serta Anugerah yang Allah beri tanpa kita pinta ,terlalu banyak untuk kita hitung, sepertimana di sebut dalam Al-Quran :
"Dan dia telah beri kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilagannya.Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi supaya tidaka menghargai nikmat Tuhannya"  Surah Ibrahim : ayat 34.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada  kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah An-Nahl : ayat 18.

Pernahkah kita membayangkan kehidupan kita seperti sekarang ? Pernahkah kita membayangkan adanya tubuh yang sempurna seperti sekarang ? Pernahkah kita membayang memiliki wajah  seperti kita ada sekarang ? Pernahkah kita membayang memiliki tangan yang dapat memegang erat sesuatu, ada kaki yang bisa berjalan seperti sekarang, ada mata yang boleh melihat seperti sekarang, ada telingga yang dapat mendengar seperti sekarang ? Mungkin tidak kan ???

Kita terlalu lalai dengan nikmat yang kita kecapi, sehinggakan menimbulakan sifat tamak dalam diri seseorang. Kita selalu merasa dibebani apabila tidak dapat apa yang kita mahukan, merasa dibebani krisis kewangan, merasa seperti diberi musibah dan merasakan diri ini tidak diadili.

Sahabat....pernahkah kamu tefikir, jika Allah memakmbulkan apa yang kita hajati dalam masa yang sama benda itu dapat menjauhkan hubungan kita dengan Allah ? Lantaran itu mungkin ada hikmah di setiap pemberian Allah. Allah tidak memberi sesuatu yang dihajati oleh hamba-Nya tidak beerti DIA tidak sayangkan hamba-Nya. Mungkin dengan Allah tidak memakbulkan apa yang kita hajati, kita bisa mendekatkan diri dengan Allah. Kerana Kebahagian yang sebenar bukan terletak pada kekayaan harta. Ramai orang yang banyak hartanya, tetapi jiwanya tidak tenteram . Apa pon yang kita lakukan "Manusia" tetap perlukan Tuhan, kerana Tuhan lah segala-galanya.

#Didiklah diri kita untuk berbaik sangka terhadap Allah, kerana setiap apa yang berlaku ke atas diri kita, pasti ada hikmahnya..Allah sentiasa nakkan yang terbaik untuk hamba-Nya ^_^

Wallahu'alam ~


Setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai dzatnya tersendiri, namun jika difikirkan dengan teliti ada hikmah tersembunyi. Ana ingin berkongsi iktibar dari sebuah ciptaan Allah yang deberi nama "DURIAN". 
Kebanyakan orang pernah merasai buah tersebut, rasanya manis dan berlemak.*pergh ! memang sedap giler ~* sehinggakan menjilat jari :-). Tetapi bukan mudah untuk dapatkan isinya selagi tidak dikopek, dengan kulitnya yang berduri menyusahkan untuk kita mengopek. Adakalanya jari terkena duri pada kulit tersebut, tetapi selepas daripada kopek kita akan merasai kemanisan yang ada pada buah. Dari sini ana nak gambarkan, begitu jualah untuk mencari Kemanisan Iman. Jika hendak kecapi kemanisan iman, pelbagai pengorbanan yang perlu kita lakukan, sehingga kadang buat kita rasa berputus asa untuk mencari kemanisan Iman itu tetapi pada penghujungnya baik untuk diri kita.



 
*Iktibar dari DURIAN

Wallahualam ~

#
Idea Dari Sahabat ana, Abdul Rahim bin Ellias






Reality sekarang ini manusia LALAI dengan nikmat yang Allah berikan malah sentiasa rasa tidak cukup yakni timbul sifat Qanaah dalam diri kita. Manusia kini tengelam dalam arus dunia, berhibur itu tidak salah tapi ada batasnya. Hakikatnya inilah yang Ustaz/Ustazah cuba sampaikan kepada Remaja Islam, kerana sifat remaja Islam kinilah mencerminkan bagaimana keadaan Islam pada waktu akan datang. Kata Saidina Ali :
"Jika kamu ingin lihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda-pemudi pada hari ini"

BAGAIMANAKAH ISLAM MENJADI GEMILANG KETIKA DAHULU ?

Tak lain dan tak bukan kerana wujudnya pemuda2 yang "HEBAT". Pemuda2 yang Hatinya sentiasa meletakkan Allah sebagai sebab utama. Pemuda2 dahulu sentiasa mendahulukan perjuangan untuk agama, sentiasa meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Antara mereka Saad bin Abi Waqqas yang menyertai peprangan Uhud dan capai cita2 syahidnya pada usia 16 tahun. Tolhah bin Ubaidullah, pemuda yang kaya dengan harta tapi memiliki semangat jihad berjuang kerana agama seawal usia 16 tahun, menggunakan kekayaannya pada jalan Allah. Dan seorang lagi pemuda yang amat rapat dengan Rasulullah, beliau ialah Ibnu Abbas, dia mempunyai ingatan yang kuat dalam menghafal serta bijak berfikir. Subhanallah ! Hebatnya pemuda ketika dahulu ! 

Malangnya pemuda ketika ini masih asyik dibuai mimpi mengejar CINTA yang tiada kekal padanya. Sehinggakan ada yang sanggup melampaui batas dan syariat agama hanya sebab inginkan wanita yang mereka cintai **kononnyalaa ~**. Siapakah yang patut dipersalahkan ? Pendidikan perlulah memainkan peranan penting bukan dengan lebih menggalakkan remaja berhibur, disebabkan terlebih berhiburlah mereka menjadi seperti ini. Sekarang terlalu mudah untuk kita dapatkan hiburan, ada Ibu Bapa yang sanggup berbelanja semata-mata nak bawa anak2 ke konsert. Tapi tidak boleh mempersalahkan Ibu Bapa sahaja dalam masalah ini. Jika ada pembangunan yang hebat dalam istilah lain MAJU, adakah akan menjamin masa depan remaja kini ? Jika maju dalam perbangunan dan sebagainya tetapi tidak maju dalah AKLAKNYA tiada guna, kerana itu akhlak tidak boleh didik dengan hiburan yang melampau. Sanggupkah kita melihat anak bangsa kita rosak ? terutamnya ISLAM ! Siapakah yang nak meneruskan usaha para anbiya' ? jika terus diberi kemudahan yang akhirnya memudaratkan kepada diri mereka sendiri lebih baik dihentikan. Didiklah mereka sepertimana termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Tiada jalan yang baik selain mengikut jalan tersebut, kerana ISLAM yang akan menjamin kehidupan mereka kelak.

Tiada benda yang dapat menyelamatkan Remaja selain ISLAM ~

*Click untuk besarkan...
Wallahu'alam ~

 
Multi-Colored Light Pointer