BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saban hari, saban waktu kita memikirkan mengapa kita belum dapat apa yang kita impikan ? mengapa belum kita miliki apa yang kita inginkan ? mengapa Allah tidak kabulkan permintaan ? sedangkan pada waktu itu kita telah berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasrat yang kita mahukan. Mulalah kita menyalahkan takdir, mulalah kita berburuk sangka terhadap Allah. Ada yang berkata, "lepas ini aku sudah malas untuk berusaha, bukan nak dapat pon. buang masa jaa ", mereka sudah mula berputus asa dari rahmat Allah*Nauzubillah*.
Kita terlalu memikirkan impian yang tak tercapai sehingga kita melupakan Nikmat serta Anugerah yang Allah beri tanpa kita pinta ,terlalu banyak untuk kita hitung, sepertimana di sebut dalam Al-Quran :
"Dan dia telah beri kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilagannya.Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi supaya tidaka menghargai nikmat Tuhannya"  Surah Ibrahim : ayat 34.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada  kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah An-Nahl : ayat 18.

Pernahkah kita membayangkan kehidupan kita seperti sekarang ? Pernahkah kita membayangkan adanya tubuh yang sempurna seperti sekarang ? Pernahkah kita membayang memiliki wajah  seperti kita ada sekarang ? Pernahkah kita membayang memiliki tangan yang dapat memegang erat sesuatu, ada kaki yang bisa berjalan seperti sekarang, ada mata yang boleh melihat seperti sekarang, ada telingga yang dapat mendengar seperti sekarang ? Mungkin tidak kan ???

Kita terlalu lalai dengan nikmat yang kita kecapi, sehinggakan menimbulakan sifat tamak dalam diri seseorang. Kita selalu merasa dibebani apabila tidak dapat apa yang kita mahukan, merasa dibebani krisis kewangan, merasa seperti diberi musibah dan merasakan diri ini tidak diadili.

Sahabat....pernahkah kamu tefikir, jika Allah memakmbulkan apa yang kita hajati dalam masa yang sama benda itu dapat menjauhkan hubungan kita dengan Allah ? Lantaran itu mungkin ada hikmah di setiap pemberian Allah. Allah tidak memberi sesuatu yang dihajati oleh hamba-Nya tidak beerti DIA tidak sayangkan hamba-Nya. Mungkin dengan Allah tidak memakbulkan apa yang kita hajati, kita bisa mendekatkan diri dengan Allah. Kerana Kebahagian yang sebenar bukan terletak pada kekayaan harta. Ramai orang yang banyak hartanya, tetapi jiwanya tidak tenteram . Apa pon yang kita lakukan "Manusia" tetap perlukan Tuhan, kerana Tuhan lah segala-galanya.

#Didiklah diri kita untuk berbaik sangka terhadap Allah, kerana setiap apa yang berlaku ke atas diri kita, pasti ada hikmahnya..Allah sentiasa nakkan yang terbaik untuk hamba-Nya ^_^

Wallahu'alam ~


Setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai dzatnya tersendiri, namun jika difikirkan dengan teliti ada hikmah tersembunyi. Ana ingin berkongsi iktibar dari sebuah ciptaan Allah yang deberi nama "DURIAN". 
Kebanyakan orang pernah merasai buah tersebut, rasanya manis dan berlemak.*pergh ! memang sedap giler ~* sehinggakan menjilat jari :-). Tetapi bukan mudah untuk dapatkan isinya selagi tidak dikopek, dengan kulitnya yang berduri menyusahkan untuk kita mengopek. Adakalanya jari terkena duri pada kulit tersebut, tetapi selepas daripada kopek kita akan merasai kemanisan yang ada pada buah. Dari sini ana nak gambarkan, begitu jualah untuk mencari Kemanisan Iman. Jika hendak kecapi kemanisan iman, pelbagai pengorbanan yang perlu kita lakukan, sehingga kadang buat kita rasa berputus asa untuk mencari kemanisan Iman itu tetapi pada penghujungnya baik untuk diri kita.



 
*Iktibar dari DURIAN

Wallahualam ~

#
Idea Dari Sahabat ana, Abdul Rahim bin Ellias






Reality sekarang ini manusia LALAI dengan nikmat yang Allah berikan malah sentiasa rasa tidak cukup yakni timbul sifat Qanaah dalam diri kita. Manusia kini tengelam dalam arus dunia, berhibur itu tidak salah tapi ada batasnya. Hakikatnya inilah yang Ustaz/Ustazah cuba sampaikan kepada Remaja Islam, kerana sifat remaja Islam kinilah mencerminkan bagaimana keadaan Islam pada waktu akan datang. Kata Saidina Ali :
"Jika kamu ingin lihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda-pemudi pada hari ini"

BAGAIMANAKAH ISLAM MENJADI GEMILANG KETIKA DAHULU ?

Tak lain dan tak bukan kerana wujudnya pemuda2 yang "HEBAT". Pemuda2 yang Hatinya sentiasa meletakkan Allah sebagai sebab utama. Pemuda2 dahulu sentiasa mendahulukan perjuangan untuk agama, sentiasa meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Antara mereka Saad bin Abi Waqqas yang menyertai peprangan Uhud dan capai cita2 syahidnya pada usia 16 tahun. Tolhah bin Ubaidullah, pemuda yang kaya dengan harta tapi memiliki semangat jihad berjuang kerana agama seawal usia 16 tahun, menggunakan kekayaannya pada jalan Allah. Dan seorang lagi pemuda yang amat rapat dengan Rasulullah, beliau ialah Ibnu Abbas, dia mempunyai ingatan yang kuat dalam menghafal serta bijak berfikir. Subhanallah ! Hebatnya pemuda ketika dahulu ! 

Malangnya pemuda ketika ini masih asyik dibuai mimpi mengejar CINTA yang tiada kekal padanya. Sehinggakan ada yang sanggup melampaui batas dan syariat agama hanya sebab inginkan wanita yang mereka cintai **kononnyalaa ~**. Siapakah yang patut dipersalahkan ? Pendidikan perlulah memainkan peranan penting bukan dengan lebih menggalakkan remaja berhibur, disebabkan terlebih berhiburlah mereka menjadi seperti ini. Sekarang terlalu mudah untuk kita dapatkan hiburan, ada Ibu Bapa yang sanggup berbelanja semata-mata nak bawa anak2 ke konsert. Tapi tidak boleh mempersalahkan Ibu Bapa sahaja dalam masalah ini. Jika ada pembangunan yang hebat dalam istilah lain MAJU, adakah akan menjamin masa depan remaja kini ? Jika maju dalam perbangunan dan sebagainya tetapi tidak maju dalah AKLAKNYA tiada guna, kerana itu akhlak tidak boleh didik dengan hiburan yang melampau. Sanggupkah kita melihat anak bangsa kita rosak ? terutamnya ISLAM ! Siapakah yang nak meneruskan usaha para anbiya' ? jika terus diberi kemudahan yang akhirnya memudaratkan kepada diri mereka sendiri lebih baik dihentikan. Didiklah mereka sepertimana termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Tiada jalan yang baik selain mengikut jalan tersebut, kerana ISLAM yang akan menjamin kehidupan mereka kelak.

Tiada benda yang dapat menyelamatkan Remaja selain ISLAM ~

*Click untuk besarkan...
Wallahu'alam ~


Tujuan ana menulis post nie adalah nak minta tolong antom doakan kesihatan ana. Sejak kebelakangan nie ana terima banyak penyakit, ana harap berkat doa antom, tolong doakan ana yer :D.




Alhamdulillah, selama tiga hari ana menghilang pergi ke negeri "Cik Siti Wan Kembang" dengan satu matalamat, nak pegi ziarah Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah ana sempat bertemu dengan beliau selepas solat asar bersama beliau. Selesai sahaja solat asar ana duduk belakang tok guru, tapi agak jaoh laa sikit. Walaupun dia tahu ada orang nak jumpa dengan dia, tok guru tetap dengan amalan hariannya tanpa tergesa-gesa untuk berjumpa rakyat. Baru ana terfikir, kalau macam nie lah rutin pemimpinnya patotlaa negerinya ada roh-2 Islam ada bi'ah Islam, namun tak heran jugaklah kalau semua pemimpin di negara kita seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz semestinya Malaysia menjadi negara yang penuh dengan nilai-2 islam.





*Alhamdulillah, sempat bergambar bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Huhu ~ lama tak update blog nie masa cuti ekk ? dah bersarang pon, haha. Actually ana tak sibuk pon tapi dah kehabisan Idea. So semalam kita digemparkan pejuang Allah di Palestin telah terkoraban yang mana pada hari itu jugak kita menyambut Ma'al Hijrah, bagaimanapun mereka pasti gembira kerana tercapai cita-2 mereka untuk syahid, dan kita bila lagi ? hurmm ~ Salah seorang yang terkorban ialah Komander Al-Qasssam itu sendiri yakni As-Syahid Syeikh Ahmad Jabir. 

*inilah gambar As-Syahid Syeikh Ahmad Jabir (click utk besarkan)

Bila terdengar jaa kisah nie, ana pon terfikir untuk buka sikit kitab dan baca tentang perihal jihad, yang mana kitab Tajuk dy "Nasihat Agama dan Wasiat Iman" yg dikarang oleh Al-Imam Habib Abdullah Hadad.
Dalam bab ini ana tertarik dengan tajuk "Melengkapkan  Pejuang-2 Fisabilillah" yang mana tajuk ini memang sesuai untuk kita, keran kita adalah satu-satunya negara yang tak boleh berperanag dan diperang. Syeikh nie kata : "orang yang membelanjakan sesuatu fisabilillah serta membantu pejuang-2 akan memperoleh ganjaran dan pahala yang besar sekali". Sabda Rasulullah :

"orang yang melengkapkan seorang pejuang fisabilillah, sama seperti berjuang. Dan siapa yang membantu keluarga pejuang fisabilillah dengan baik, sama seperti ia berjuang juga."

Nak cerita dekat sini, betapa besarnya pengorbanan kita hanya dengan menghulurkan bantuan kepada mereka Nabi kata berdasarkan hadis di atas umpama kita berjuang, dan pahala berjuang amatlah besar. Dan ada lagi Rasulullah bersabda :

"sesiapa yang membelanjakan sesuatu perbelanjaan fisabilillah, akan dicatat baginya tujuh ratus kali ganda

lihatlah ! sekadar kita menginfakkan harta, nabi dah janjikan balasan yang tinggi untuk kita di akhirat kelak. Marilah kita sama-2 sentiasa menghulurkan bantuan kepada umat Islam kita yang ditindas terutamanya Umat Islam yang bermazhab SUNNI yakni Umat Islam kita di Syria dan di Palestin yang mana telah lama ditindas oleh penjajah zalim israel yahudi laknatullah. Jangan rasa rugi untuk kita infakkan harta kepada saudara-saudara seakidah dengan kita, InsyaAllah ~ Allah akan beri kita kemenangan kelak di dunia dan akhirat.

*Ya Allah ! Selamatkanlah Saudara Islam Kami di Palestin dan Syria

*Kami Rakyat Malaysia, bersama kebangkita Rakyat Palestin dan Syria

#Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu, datang dari Allah juga tapi disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri, Ayuhlah ! kita berdoa untuk saudara-saudara kita. "HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID"

Wallahu'alam ~

IMAM ohh IMAM

Ana pon taktau laa nak cita apa, hurmm ~ maybe nak cita sikit baru-2 nie ana ada baca dekat http://www.iluvislam.com/ tentang satu article, dan article tuh memang buat ana betul-2 tertarik. citer nie sebenarnya khusus untuk LELAKI. Sekarang nie, ramai sangat yang bila disuruh jadi imam dy akan bagi macam-2 alasan untuk boloskan diri dy antarnya : "aku tak layak laa untuk naik jadi imam kau jaa laa yang jadi imam" , bila nak layak syeikh oii kalau takmau usaha dan upgrade sikit diri tuh bagi layak. Nie laa problem orang zaman sekarang ada pulak yang malu laa, tak hafal surah laa, macam-2 alasan betul diorang bagi. Benda nie bukan saja cakap ok, memang dah jadi depan mata ana bila ana balik kampung. Kalaulah satu hari nanti bila pegi masjid tok Imam takda nak buat macam mana ? tak kan semua sembahyang sendiri ? So fikir-fikirkanlah, dan muhasabah laa diri . Memang tugas seorang imam itu susah untuk memimpin orang. dan paling penting untuk lelaki ! Sekarang pompuan suka cari lelaki yang boleh jadi imam kalau nak taw. Ana cakap nie bukan hanya untuk Imam dalam solat tapi sebenarnya seca keseluruhan. Imam untuk keluarga, Imam untuk qaryah serta untuk Negara.
*Dr Mohammad Morsi (Presiden Mesir)

*Ismail Hanieyyah (Presiden Palestin)

*Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Menteri Besar Kelantan)


*Antara tokoh-2 yang disanjung rakyat kerana AGAMA ~


#Berubahlah untuk kebaikan di Dunia dan Akhirat. Wallahu'alam ~

Minggu Kebitaraan Penghayatan Islam

Disebabkan PMR dah abis so ana pegi sekolah 2 hari ja, hari isnin tuh migkin aktiviti yang paling best laa sepanjang ana bersekolah di SMKA Al-Mashoor (L). Isnin tuh ana dapat sembelih sekor ayam, n pegang sekor ayam(alhamdulillah,1st time buat terus halal dimakan) bukan senangnyer nak sembelih ayam nie, kena pastikan urat dia tuh betul-2 putus. Nie baru ayam belum lembu, kambing lagi, yang tuh lagi jenoh laaa nak sembelih. Hari isnin tuh jugak ada memanah( memanah merupakan sunnah rasulullah ), saja nak bangga sikit ana dapat sharp-shooter sebab ana sorang ja yang panah dapat 10 tros, mungkin tuh nasib kot sebab tak aim bagi tepat pon nak aim pon tak reti sebenarnya maklumlah 1st time pegang panah, boleh kata best jugak laa. 1st try takot, tapi bila dah habis rasa macam nak buat lagi plakk ! hahha.

Selasa takda aktiviti sangat sebab kami jadi tuan rumah Pertandingan Seni Khat Peringkat Negeri Pulau Pinang, yang mana masok tuh boleh laa ~yang mana tak masok tuh taktau laaa buat kerja apa. Wakil sekolah lain tak ramai pon ! SMKA Nibong Tebal tarik diri, yang ada SMKA Al-Irshad & SMKA (P) Al-Mashoor, tuh pon 5 orang wakil setiap sekolah yang tak bestnyer sekolah ana jaa laki yang len semua perempuan ingatkan Irshad nak antar wakil laki tengok-2 takda. hurmm ~ ok laa, taktau nak cerita apa dah . 
*Aktiviti Sembelihan Kami ~
#Disebabkan nak raya korban dah ana nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ! 

Menghentikan Pendarahan

Malam nie ana just nak kongsi sikit ilmu Perubatan Islam yang ana belajar(nie bukan belajar dari internet ok!)....

Menghentikan Pendarahan.
1)Al-Fatihah
2)Selawat Tafrijiyyah 
3)Bismillah 5
4)Tiup pada tempat pendarahan
*Jika pendarahan berlaku pada tempat yang tidak boleh ditiup seperti mata,telinga,hidung,mulut dan sebagainya gunakan Daun Jambu sapu pada tempat pendarahan.
*pastikan bukan daun jambu batu,tapi jambu ini ~

#Sebarang pertanyaan boleh contact ana di FACEBOOK atau TWITTER .....

WALLAHU'ALAM ~ WASSALAMUALAIKUM

Nothing to say today,because i'm really-2 boring.(sorry! terspeaking laa pulak) Sebenarnya dok tunggu idea, tapi dia tak sampai-2 lagi tuh yang frust menonggeng.Alhamdulillah, kaki ana pon dah mula ok, InsyaAllah hari rabu minggu depan boleh lawan KHAT, so harap siapa-2 yang terlibat dalam program tuh sila tunggu ana OK !. Ana bukanlah terer pon dalam khat nie walaupun experience boleh kata banyak jugak laaa, terlibat dengan demo banyak jugak laa, tapi kebangsaan baru 2kali jer...:D(tapi tak penah menang pon,hehehe) ok lah, taktau nak update apa dah nie.. BYE ~ Assalamualaikum ! 
(hanya hiasan~ btw, nie laa permandangan kampung ana.#TASIK BERIS,SIK)

SHEIKH ~



saja nak share sikit sheikh-2 yang ana minat...

1) MISHARY RASHID ALAFASY
2) FAHD AL-KANDERI

3) FATIH SEFERAGIC

4) MUHAMMAD TAHA AL-JUNAYD

5) MESHARY AHMAD HAZIQ ALAFASY

*NO 5 tuh just joking okeyh ~




PMR FREEDOM !

Alhamdulillah ~ sekian lama tak update blog nie, hari nie ana dah boleh update macam biasa sebab PMR sudahpun TAMAT. 1st sekali ana terasa rindu plakk dengan blog nie,selalu dokpikir bila lah ana nak update tapi nak buat macam mana sibuk dengan persiapan PMR. Walaupun dah lepas PMR ana still tak bole enjoy macam orang len sebab kaki ana injured teruk giler sampai kena pakai tongkat, maybe terpaksa rest 1 minggu kat umah kot... hurmm~

Kembali Ke Sekolah



*tengok hourglass tuh, mksudnyer CUTI DAH HABIS =(

Rasa-rasnyer mmng xley dngr perkataan kat tittle tuh btol x....mmng sapa yg dgr tuh konfem gelisah gile laaa...
hurmm ~ pejam celik pejam celik dah abis cuti mid year...lepas nie nk kne focus PMR plakk, trial pon dah nak dekat, hnya lg brpe mggu ja, ana pon rse sedyh utk tngglkn katil ana nie, konfem rindau kat ko pnye...tpi ap nk buat, mse smkain cepat brlalu ~ yer laaa, dah akhir zaman.....ap2 pon prjuangan dakwah masih tetap perlu dijalankan x kira waktu, tempat dan sebagainya. Hari nie berpisah lah kita semua ubtuk menuntut Ilmu, kita pergi dengan niat yg baik...InsyaAllah, semoga Allah memberikan kita kejyaan di dunia dan di akhirat kelak...

Sekian, Wassalam ~ =((


#pesanan untuk semua...
1) Jangan tinggal solat !
2)Hormati ibu bapa
3)Hormati guru


hari nie anak nak kongsi sikit video yang selama nie buat ana tenang jika ana ad masalah, dan video nie yang membantu ana muhasabah diri ana, InsyaAllah ~



* best kan ? tenang jer...




*nie macam suara sahabat ana Abdul Rahim E'llias




*nie Hafiz Hamidun...

oklah...sekadar itu yang mampu ana kongsi...

Wallahu'alam

Information !



Alhamdulillah dpt hirup udara lagi lepas bangun tidur tadi, hari nie ana pon tak taw nak kongsi ap.... tapi ana cuma nak inform je ! lepas nie antom smua bole tngok articel ana di ILuvIslam.com, InsyaAllah... kalau antom smua ada idea sila-silalah bg ckit idea tuh kat ana....pertolongan anda amat-amat-amat-amat dialaukan *haha... berapa kali amat daa* ini semua bertujuan melahirkan para ilmuan dalam internet, n ana tak taw bila article ana akan ditayangkan di IluvIslam tuh, InsyaAllah esok kot... ana harap antom smua dapat beri ana sokongan untuk terus tulis article yg bergenre ISLAMIC ARTICLE, semoga kita semua dirahmati oleh Allah atas usaha Dakwah kita...InsyaAllah..



*Sekadar Hiasan..hehe, Support Mishary Alafasy !

#SELAMAT BERAMAL !

Belajar Menerima Teguran Orang



الحمدالله ana rasa syok sngt...n tenang sangat2 apbila lepas terima teguran drpd org...dah lama ana nntikan saat nie, tapi takde sorg pon yg btegor ana....n dari tgor tuh laa kita bole muhasabah diri kita nie, mmng tak nafikan manusia sering melakukan kesalahan/dosa tapi kdg kesalahan tuh dibuat dengan kita tidak nmpak n di sini fungsi sahabat tuh akan berguna..fungsi dy untuk tegor kesalahan kita....ini yang dinyatakan oleh lukman al-hakim kpda anaknya utk mnjadi pnduan anaknya mncari sahabat ~ n ana amat tertarik dgn sifat seorg perempuan nie...sbnrnya dy bkn nak belagak k sombong k tapi dy nak jg org tuh supaya tak terus lalai... Seriously ana tabik perempaun nie.... dy gunakan fikrah dgn baik...tak memikirkan kepentingan diri sendiri, ana brsyukur sngt sebab Allah kurniakan sifat suka tuh kpda dy....walaupun dy bukan utk ana, tapi ana rasa dy perempuan 1st yg ana jumpa baik hati...tapi tak nmpk macam baik pon....

citer panjang2 pon tak guna...sbnrnya ana nak kongsi sikit jerr tntg "Menerima Teguran Orang"

seperti yg kita semua taw...semua orang penah melakukan kesalahan/dosa ada yang besar n ada juga yang kecil....ada yg sengaja dilakukan n ada yg tanpa disedari.... n ini ana nak focuskan pada da'ie yg remaja tambah2 yg brsekolah di SMKA , ana nak tekankan macam mana pon ilmu kita tuh tinggi/ hebat... kita tetap kena terima teguran org walaupun org miskin yg ada di tepi jalan serta org yg x belajar akibat kesusahannya... apabila terima teguran org tuh tak semestinya kita kena amik terus....tak ! kita kena fikir balik, betul tak dy cakap.. kalau tak kita tak payah laa amik...tapi ape-ape pon tlg dgr dulu ap dy nak kata, habis dy kata baru buat keputusan...InsyaAllah, nie lbey mnjadikan kita open minded serta mgkin org lbey syok kalau berkawan dgn kita, sbb kita menerima teguran org...

sepertimana yg dilakukan oleh ketua Ulama' dunia...semua org kenal dah kowt...Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawikalau nak taw dy pon penah orang malaysia tak terima pendapat dy...tapi dy rilek jaa...sebab dy taw manusia ad kesilapan....n tuh hnya pendapat dy, dy fikir mgkin ada kelemahan dlm pndpt dy 2...( so tngok ! ketua Ulama' dunia pon terima teguran org, walaupun dy ketua dalam hal ehwal agama)

*belajar-belejarlah terima teguran org....nescaya dy akan mmbuat dirimu org yg mulia di sisi Allah....kalau nak tegur, tegurlah dengan cara yang berhikmah...dy umpama kek yg sedap tapi apabila dilemparkan ke muka org, yg sedap tuh tidak lagi menjadi sedap...

Wallahu'alam

Mishary Alafasy - I Cry For Syrian / أبكي على شام


hari nie ana nak kongsi sikit lagu nasyid yg dinyanyikan oleh Sheikh Mishary Rashid Alafasy ( Idola ana) tjok lagu 2 I Weep/Cry For Syrian... lagu nie macam doa laa lbey kurang sambil tuh dy menerangkan tentang keadaan Syria....bila ana suruh kwn ana dengar...dy tros jd tkot, dy kata suara mishary nie mnakotkan...tapi bg ana lgu nie mmng btol2 buat ana sedeyh gilerr ~

MISHARY ALAFASY - I CRY FOR SYRIAN

click jer link tuh....

nie lirik dy ...


أبكي على شام الهوى بعيون مظلومٍ مناضل... وأذوب في ساحاتها بين المساجد والمنازل
ربّاه سلّم أهلها وأحمي المخارج والمداخل ...واحفظ بلاد المسلمين عن اليمائن والشمائل
مستضعفين فمن لهم ياربي غيرك في النوازل... مستمسكين بدينهم ودمائهم عطر الجنادل
رفعوا الأكف تضرعوا عند الشدائد والزلازل... يارب صن أعراضهم ونفوسهم من كل قاتل
وقفوا دروعا حرة دون البنادق والقنابل ...نامت عيون صغارهم واستيقظت نار المعاول
لا عاش قاتلهم ولادامت له يوماً انامل... وعليه أصبح حوبةً دمع الثكالى والارامل
لله رب المشكتى رب الأواخر والأوائل ...والله فوق المعتدي فوق الأسنّة والسلاسل
وغداً يكون لامتي صرح تزينه المشاعل... وغداُ إذا الحق اعتلى حتماً سيُزهق كل باط

dengar elok ok...

*Sorry sebab ana tak update blog nie lama sbb ad masalah yang perlu diselesaikan n kehidupan ana di asrama amat merumitkan....

SABAR


Arini ana nk smbg skit pasal sabar. Semua org taw sabar 2, tpi sngt susah utk dipraktikkan...ad org yg bley sabar...n kdg2 ad org yg hnya bley sabar tntg bnde2 kecik, klu bnde2 yg besar dy dah mula hilg sabar....

Sabar adlh satu prbuatan yg mulia. Sabar juga mngajar kita utk sntiasa dekat degan Allah, n Sabar juga mghntar kita kepada kasih Allah. Sabar jgk mrupakan sbhagian drpda iman....Sabar juga mrupakan prkara yg dituntut Allah ke atas tiap2 umatnya.....
sesuai dgn firman Allah dlm surah Ali-Imran ayt ke-200

Sabar mmpunyai pasangannya, iaitu syukur...ok..mksudnye....jika kita ditimpa musibah prlulah kita brsabar, n klu kita diberi kesengan prlulah kita brsyukur....2 laa yg dmksudkn ana....akibat drpda sifat nie InsyaAllah, kita akan dikasihi Allah....dalilnya :

surah Al-Baqarah :153

Rasulullah jgk prnh mmbahagikn Sabar kpd 4 bhagian...:

1) Sabar Atas Kewajipan

sabar atas kewajipan brmksud, sabar atas prkara yg wajib kita lakukan krna Allah...contohnya: antom sakit kaki, n mmng sakit sngt2 smpi susah nk brgerak...tpi dsbbkn kwajipan antom kpda Allah, lalu antom berusaha n cuba brsabar dgn sakit yg dihadapi utk mnunaikan Solat....

  1. 2) Sabar Ketika Musibah/Bala
  2. sabar nie mcm biasa la...contoh la...antom jln2 lps 2 trpijak paku kat tepi jalan, x pon tgh potong sayur, tiba2 trkena pisau...

  1. 3) Sabar Ketika Ditimpa Kemiskinan
    yg nie x pyh terg kot....sng ja...contohlah: ad sorg 2 dy kaya sngt2....tpi Allah nk uji dy Allah bg dy miskin...x pon dy 2 dh mmng miskin n tringin nk jadi kaya smpi skrg x dpt2...tpi dy tetap kne sabar...


4) Sabar Atas Pengianayaan
yg nie kita bley amik contoh palestin yg telah dizalimi oleh israel laknatullah 'alaih....n swktu dgn kzaliman yg len...


ok, smpi kat sini saja ana bley cerita nk tau lbey lg...sila la contact kat FB ana~ ^-^ :D


*
doakan ana utk prtndingan Kawad Kaki Kadet Polis mggu dpn.....n utk Exam yg akn dtg.....syukron sbb sudi bce post yg x sbrapa nie...

Kenangan~

dah 3 mggu ana x update....so ari nie nk update aktiviti ana spnjg 3 mggu lps...~

Hari selasa 2 mggu lps ana pegi latihan mnmbk kadet polis dkt kulim *mmng best gilerr...* Alhamdulillah 20/20 kena kat tmpt target 2....tpi bkn smua kne kat tngh....ana dpt mrkh 80% smua...3 mrkh pnya kne 5, 4 mrkh pnya kne 10,5 mrkh pnya kne 5( nie yg tgh2 pnya)...apa2 pon mmng ketagih giler...awal rse tkot skit...tpi bila dh tekan picu 2 rsa mcm x nk lepas dah....ap2 pon nie first experience dlm mnmbk...mintak2 taon dpn bley pi lg...

Hari Jumaat plak, Allah izinkan ana utk jejak kaki kat bumi serambi mekah.....seriously ble dgr je nk pu klntn ana mmng excited giler laaa....sbb ana mmng tabek abis negeri 2....ad pmimpin yg dituntut agama....pmimpin dy mmng trbaik dlm malaysia....wlopun org kata klntn miskin dsbbkn x de pmbngunan kat sana....tpi ana rse negeri 2 lh yg trbaik dlm malaysia....biarkn x de pmbungan kat luar aslkn kat dlm ad pmbngunan n sbaik-baik pmbngunan adlh kat dlm 2 kn ?.....n ini kali yg kedua ana pi musabaqah khat kebangsaan (taon lps kat terengganu, jiran je pon).
nk cerita betapa excitednya ana....ana sntiasa tggu utk smpi kat klntn smpi x tido....bila smpi ja klntan...dlm ati dh syok sngt2....mmng smpi skrg dok terasa rindu kat klntn...*hurmm*



sekadar selingan.....*edit gmbr smpi hitam, hahaha/skali skala*

result dy: Remaja :- 1)Yazid *johan taon lps kat tti*
Dewasa:- 1)Ust Abdul Baki Abu Bakar *nie dh mmng pegang malaysia....awl2 tngok nama dy msok dh tau sapa mng....biasala OTAI~*
Wassalamullahialaikum~

 
Multi-Colored Light Pointer