BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Tamat sudah sesi persekolahan dalam hidup ini. Di bumi Al-Mashoor tempat diri ini berpijak mendekati kalam illahi, menerokai ilmu tuhan yang sangat luas itupun tidak sampai setitik ilmuNya yang aku kuasai. Adakalanya aku leka, adakalanya aku lupa. Namun bumi yang ditakdirkan tuhan untukku itu benar-benar mengajar aku hakikat kehidupan seorang hamba yang dahagakan cinta & redha tuhan. Dengat matlamat melahirkan seorang pemimpin di masa hadapan yang mungkin dialah pemimpian, dialah dai'e dan dialah mujahidin yang akan menegakkan kalimah tauhid di seantero pelusuk maya. Mungkin juga aku tidaklah seperti yang mahu mereka lahirkan tetapi aku percaya banyak cahaya yang telah lahir di sana menerangi ummah dengan kalam tuhan dan kalam baginda Rasulullah saw.

Tiba aku di sana umpama sebuku buku cerita kosong
 dengan sebatang pena yang  dengannya untuk dilakar sehingga ke penghujung kisah beserta nilai dan pengajaran. Ia bermula pada 2010 dan menutup segala kisah pada 2014. Sungguh aku tidak percaya ungkapan madah cerita yang indah itu hanya sekelip mata sampai ke penutupnya. Sudah semestinya penutup itu disudahi dengan pelbagai keadaan emosi, gembira, suka, sedih, derita, bahagia semuanya pasti terlakar di buku itu.

Jujur hati ini sangat tenang ketika di sana, kerana itulah impian aku sejak dari darjah 5. Impian untuk menjejakkan kaki lantas mengaut khazanah yang ada di bumi barakah Al-Mashoor. Bumi yang diasaskan oleh para ulama' yang sangat mencintai sunnah baginda, dan sangat benci kepada mereka yang mendustakan sunnah baginda Rasulullah saw. Syed Syeikh Al-Hadi tokoh reformis untuk membawa agama ke arah cahaya kebenaran melalui quran dan sunnah yang kian ditinggalkan dan lebih mengikuti ungkapan manusia biasa yang penuh kedhaifan. Sungguh aku bangga dengan sejarah pembukaan istana ilmu ini.

Aku juga merasa bangga dengan keberadaan guru-guru yang dekat dengan pelajar sentiasa. Tatkalah suka atau duka mereka umpama ibu dan bapa yang menyanyangi tanpa erti penat lelah. Menyumbangkan ilmu walau sering kali terpaksa berkorban harta dan masa, namun demi pelajar yang sangat mereka sayangi, sanggup mereka panjat ke udara tanpa bantuan tiang-tiang untuk sampai kesana kerana cukup semangat mereka membuatkan mereka bisa lompat tinggi ke udara menabur budi dan jasa kepada anak bangsa dan agama. Jujur aku ungkapkan terlalu sukar untuk dicari ganti akan guru-guru Al-Mashoor ini, wang ringgit paling sukar untuk mereka berkira. Apa sahaja makan ? minum ? no problem istilahnya, mereka sentiasa layan seperti anak-anak mereka sendiri. Mereka sukar dicari ganti selamanya ~

Di bumi Al-Mashoor ini juga, aku belajar walaupun dari seorang tukang kebun yang gajinya RM 800 sebulan, aku belajar dari seorang guard yang kerjanya sentiasa mengawasi kawasan sekolah sehingga kurang waktu berehatnya, murah gajinya. Tapi mereka banyak mengajar dan memberi pengajaran kepada diri ini. Seriously aku respect akan mereka. Mereka sentiasa ingatkan aku supaya dekatkan diri dengan tuhan kerana itulah agama, jangan bangga diri walau di mana tahap kita berada dan selalu menolong golongan bawahan bukan kerana mereka tidak mampu tetapi kerana ada janji tuhan untuk mereka yang sentiasa membantu atau menolong saudaranya.

Kalau nak cerita tentang Al-Mashoor 10 novel pon takkan pernah cukup, kerana di sana adalah segalanya.


I'm MASHOORIANS !
#ProudToBeMashoorians
SMKA AL-MASHOOR (L) will always in my heart !
Gonna miss you soon Al-Mashoor <3 font="">


*Sedikit kenangan dari Al-Mashoor*https://soundcloud.com/meshary-ahmad-haziq-alfsy/versi-bilik-seterik-smka-al-mashoor


 
Multi-Colored Light Pointer