BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

Alhamdulillah, kami panjatkan segala puji padaNya dan kami meminta pertolonganNya. Seraya memohon ampun dan meminta perlindunganNya dari segala keburukan jiwaku dan dari kejelekan amalanku. Barangsiapa yang telah Allah tunjukkan jalan baginya, maka tiada yang boleh menyesatkannya. Dan barangsiapa yang telah Allah sesatkan jalannya, maka tiada yang boleh memberinya petunjuk. Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam kepada Muhammad SAW berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.

Setelah lama ana tak menulis entry, dan dah makin bersarang blog ini. Hal ini kerana, ana terlalu sibuk dengan program-program di sekolah. Pertama sekali ana minta maaf atas segala kesulitan, dan sesungguhnya Allah merancang yang terbaik buat ana. Suka ana ingatkan supaya kita ini sentiasa bermuhasabah diri dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita kecapi di dunia ini. Mungkin kita takkan pernah rasa cukup dengan semua itu, walaupun diberi kepada kita emas segunung. Kerana itulah, sikap manusia.

Dalam beberapa minggu lepas ana ada mengikuti kem anjuran BTN (Biro Tata Negara) under Jabatan Perdana Menteri. Sudah semestinya bila dengar saja BTN, orang akan fikir kem brainwash. Ya ! Itulah sangkaan yang tepat, kami di sana seolah-olah kena brainwash demi mencapai hasrat mereka. Sehinggakan kehidupan agama kami dikongkong. Semua pelajar yang terlibat di sana, semuanya terdiri daripada pelajar SMKA. Jadi fikrah kami lebih kurang sama, dan tak sama fikrah dengan jurulatih. Kami yang boleh katakan faham agama, tiba-tiba boleh berubah menjadi tak faham agama akibat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sana.

Kebanyakkan dari aktiviti di sana melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa menjaga batas. Dan inilah satu-satunya kem yang ana rasa, kem yang paling teruk ana pernah pergi setakat ini. Sememangnya jurulatih takkan pernah faham fikrah kami sebagai pelajar SMKA, kami sentiasa nakkan kebenaran yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau di sana mereka mengatakan ISLAM itu mengajar untuk bina Negara. Sudah semestinya Islam juga mengajar batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, mustahil Islam tidak menitik beratkan itu.

Perjalanan Kem kami tak berapa menarik, tambahan pelajar kurang senang dengan keadaan di sana. Dan ana berasa bersyukur sangat sebab ramai yang tak sanggup berada dalam kemungkaran. Sehinggalah hari terakhir kem kami, ana dan sahabat lain dari kotinjen Pulau Pinang buat perancangan untuk gegarkan sepertimana yang diceritakan oleh Ustaz Alrizuady. Bermulanya pagi pada waktu subuh ana mengatur perjumpaan dengan penghulu, kebetulan penghulu kenal ana dah lama disebabkan dia kata dia pernah jumpa ana di Nadwah Kebangsaan 2013. Jadi mudah untuk jalankan perancangan. Ana minta penghulu untuk kumpulkan semua peserta lelaki, dan ana akan bentangkan perancangan.

Pada pagi tersebut ana dan sahabat dari Pulau Pinang khasnya dan semua peserta lelaki amnya berasa satu kejayaan, apabila berjaya menyelesaikan perancangan yakni memisahkan antara lelaki dan perempuan. Sehinggakan jurulatih, dan peserta perempuan terkejut melihat peserta lelaki yang agak pelik pada hari itu. Kami berjaya keluar dari kongkongan kemungkaran walaupun kami lakukan perkara tersebut pada hari terakhir. Alhamdulillah, ana merancang, sahabat-sahabat juga merancang. Tetapi perancangan Allah jauh lebih baik.

Semoga segala usaha kami untuk agama, Allah redha. 
Wallahu'alam ~

 
Multi-Colored Light Pointer