BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Apa Yang Paling Kuat ?

Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api."

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air."

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin."

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,

"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah dan beramal tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah dan amalan yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada rasa untuk diketahui oleh orang lain.

Ayuh, periksa hati yang menuntun amalmu. Semarakkan rasa khauf lillah pada tiap apa yang kau kerjakan.

Bunga Yang Cantik Jarang Harum


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

- Artikel iluvislam.com

Kisah Si Pengunting Rambut..

Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.

"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"

"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"

Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.

"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana."

"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.

"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.

Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.

- Tamat

Dari cerita di atas ini, dapat kita simpulkan bahawa kadang-kadang mungkin kita pernah lupa akan ALLAH, TETAPI ALLAH tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNYA sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat, kadang-kadang kita lupa akan kewujudan-Nya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujiNYA pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita sendiri setiap hari?

- Artikel iluvislam.com

Kita Sibuk Dengan Apa ?

Assalamualaikum shabat ana skalian,
sy hndk mmberi sdikit ilmu yg ana dpt di lmn web i luv islam..

Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.

Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:

Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
Bermunajat kepada Allah setiap malam
Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
Berperang di jalan Allah
Melayani isteri-isteri
Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :

Kerja
Keluarga (isteri dan anak-anak)
Melangsaikan hutang
Main facebook, nengok Youtube
Dan lain-lain..
Renungkanlah kata-kata ini pula :

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali

- Artikel iluvislam.com

Kalau Ingin, Belajarlah.....

Assalamualaikum,
maaf ana dh x da idea...so ana ciplak idea org....he3...

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

- Artikel iluvislam.com

Assalamualaikum,
bnde yg ana x ley lpkn ermm.....kt sini je lh ana lpskn prasaan ana.....tpi ana x brniat utk mngaibkn dy...Ana mmng puas ati ngn ssorg die kta ana nie ska cari slh org....tpi yg ana kta org brslh 2 sbb ana maen ngn bdk 2 ja....tpi bdk yg sorg lgi kta ana nie ska cari slh org.......sdgkn dy sndiri cari slh org.....dy x bca abis2 kt wall ana ngn bdk lgi sorg 2.....hurmmm...apalh nk wat nie ????
tpi ana ingtkn shbt2 smua spya jgnlh kite slalu brburuk sngka....kte kne thu dlu sbb apa die kta cam 2....smua nie hnya tujuan utk peringatan ja.....bkn ana nk kta ana bgos.ana pon ada slh n kekurangan ja.. biasalh fitrah mnusia....

Allah Ta’ala berfirman.

“Artinya : Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-car kesalahan orang lain” [Al-Hujurat : 12]

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau kejelekan-kejelekan orang lain, yang biasanya merupakan efek dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah seduta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari hadits no. 6064 dan Muslim hadits no. 2563]

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

tngok mcm pak aji kat ats nie....
bgos btol die barbaik sngka......
Wallahu'alam....

IMAN Dan DIRIKU

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.

Artikel Dari :ILuvIslam...

Assalamualaikum, maaf wat shbt2 krna ana dh lma x update blog nie...lgpun ana pon dh khbisan idea... so, sapa2 yg nk kongsi ilmu bley lh contact ana kt facebook...
tpi ana hnya da satu ja yg nk dikongsikan...

msa hari ana pegi dgr ceramah kt surau dkt rumah ana (surau Muhammad Al-Fatih)ustaz 2 bru brusia 14 thun tpi cara prckpn die mmng mantap...die ader psan kt remaja2 " antum adlh remaja2 yg brtuah krana dhdupkn dlm agama islam..n dlm usaha dakwah antum smua prlu 2 dalang yg hndk mnjtohkn islam iaitu: Iluminiti n Freemesons.....n dlm mmbing seorg remaja itu ke arah islam mrupakan pranan kedua ibubapa...krana dgn adanya ibubapa yg taat pda Allah jga agama..maka trlahirlah anak yg taat kpada prnth Allah n Agama...n ustaz 2 jgak ada selitkan kisah umar bin abdul aziz...." stakat 2 lh yg ana hndk kongsikan n ana sngt bngga dgn trlahirnya ustaz muda yg brsmngt mmbing remaja dlm khidupan islam....smoga dlm dunia nie bnyk lgi remaja yg bley jdi mcam dia.....

Berdakwahlah di jalan Allah.....

Waalahu'alam...
Wassalam......

Kisah Penjual Tempe

Di kawasan pedalaman tanah Jawa, terdapat seorang wanita bernama Jumilah.

Jumilah adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan tempe.

Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang menjadi di pasar.

Pada suatu hari, seperti biasa Jumilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jumilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi lagi dan tidak boleh dijual lagi.

Jumilah kebingungan, tidak keruan apa yang patut dilakukan.

Maka Jumilah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu.

Setelah selesai berdoa, Jumilah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi.

Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.

Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar.

Jumilah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.

Jumilah tidak putus-putus berdoa agar tempe-tempenya menjadi apabila sampai di pasar nanti.

Sampai sahaja dipasar, Jumilah melihat tempe-tempe yang dijual oleh rakan-rakan penjual tempe yang lain hampir habis.

Jumilah tanpa lengah-lengah lagi berkemas-kemas membuka gerai dan dengan perasaan berdebar-debar memeriksa tempe-tempenya samada sudah menjadi atau tidak.

Ternyata seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih lagi belum menjadi.

Jumilah terduduk kesedihan dan memanjatkan doa pada Tuhan, "Ya Tuhanku, berilah jalan penyelesaian terbaik terhadap tempe-tempeku yang belum menjadi ini..."

Tiba-tiba terdengar seorang wanita memberi salam, "Assalamuailaikum... awak ada jual tempe yang belum menjadi tak?".

Terkejut besar Jumilah bercampur kehairanan apabila wanita tersebut ingin membeli tempe yang belum menjadi.

"Waalaikumussalam... errmmm... ada, sekejap ya," jawab Jumilah sambil mengeluarkan tempe-tempenya daripada bakul.

Jumilah berdoa di dalam hati, "Ya Tuhanku, jika Engkau telah menjadikan tempe-tempeku ini menjadi maka kembalikan tempe-tempeku seperti sediakala supaya aku boleh menjualnya kepada wanita tersebut".

Jumilah seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih belum menjadi.

Alangkah gembiranya hati seakan-akan seluruh alam turut merasai betapa syukurnya Jumilah dan lalu bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa awak mahu beli tempe yang belum menjadi ini?".

Wanita tersebut menjawab, "Saya mahu hantar tempe ini kepada anak saya yang berada di England, jadi apabila tempe-tempe ini sampai di sana, barulah cukup-cukup menjadi... baru ada umphhhh!!!"

Tamat.

Sahabat-sabahatku sekalian... belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita padahal sesungguhnya Allah s.w.t itulah yang Maha Mengetahui.

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t.

- Artikel iluvislam.com

Bermulalah Cuti Persekolahan....


Assalamualaikum,
saya ingi berkongsi sedikit pengalaman semasa saya berada SMKA Al-Mashoor (L.Selama setahun saya bersekolah di sekolah tersebut banyak yang saya dapat untuk di buat bahan rujukan dan pengajaran buat diri saya sendiri. Tahun ini juga adalah tahun pertama saya menginap di asrama.....saya telah buat perbezaan antara pelajar luar dan pelajar asrama,terbukti pelajar asrama lebih lagi. Kerana silaturahim atau ukhwah antara satu sama lain tidak kira sama form atau tidak tapi lebih erat berbanding pelajar yang tinggal di luar.
Selain itu,program keagamaan lebih lagi dan saya lebih suka tinggal di asrama kerana dapat merasai setiap suara2 imam abg2 senior....Kerana itu saya berbangga dapat menjadi warga SMKA Al-MAshoor (L). Walaupun sekolah kami tiada pelajar perempuan, tapi kami masih boleh hidup dengan selesa dan kehidupan menjadi lebih baik daripada sekolah yang ada pelajar perempuan. Setakat itu sajalah.......Dan peringatan terakhir untuk cuti sekolah ini......: jagalah keselamatan diri, jangan tinggal apa yang kita pelajari selama ini, janganlah selalu melepak di tepi jalan, di padang dan sebagainya..Sekian Wabillahi taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
Masukkan dalam kuali taqwa,
Lalu tuangkanlah padanya air malu,
Didihkanlah dengan api mahabbah,
Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

Maher Zain - Palestine Will Be Free


Palestine Will Be Free

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain

"Ya Allah Ya Tuhanku Kau limpahkan rahmat ke atas saudara kami yang berada di palestin yang sedang menanggung derita demi menegakkan syi'ar Islam di bumi mu ini, Ya Allah kau musnahkanlah tentera yahudi sepertimana yang kau arahkan burung ababil untuk melemparkan batu dari neraka keatas tentera bergajah abrahah,dan kau berikanlah semangat kepada saudara kami di palestin untuk terus menentang yahudi selagi mereka hendak meruntuhkan Agama-Mu....."

Gambaran Hari Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tsa'labah Bin Abdurrahman


Seorang pemuda dari kaum Ansar yang bernama Tsa’labah bin Abdurrahman telah masuk Islam. Dia sangat setia melayani Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w. mengutusnya untuk suatu keperluan. Dalam perjalanannya dia melalui rumah salah seorang dari Ansar, maka terlihat dirinya seorang wanita Ansar yang sedang mandi. Dia takut akan turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w. menyangkut perbuatannya itu. Maka dia pun pergi kabur. Dia menuju ke sebuah gunung yang berada diantara Mekkah dan Madinah dan terus mendakinya.

Selama empat puluh hari Rasulullah s.a.w. kehilangan dia. Lalu Jibril a.s. turun kepada Nabi s.a.w. dan berkata, “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam buatmu dan berfirman kepadamu, “Sesungguhnya seorang laki-laki dari umatmu berada di gunung ini sedang memohon perlindungan kepada-Ku.”"



Maka Nabi s.a.w. berkata, “Wahai Umar dan Salman! Pergilah cari Tsa’laba bin Aburrahman, lalu bawa kemari.” Keduanya pun lalu pergi menyusuri perbukitan Madinah. Dalam pencariannya itu mereka bertemu dengan salah seorang penggembala Madinah yang bernama Dzufafah. Umar bertanya kepadanya, “Apakah engkau tahu seorang pemuda di antra perbukitan ini?” Penggembala itu menjawab, “Jangan-jangan yang engkau maksud seorang laki-laki yang lari dari neraka Jahanam?” “Bagaimana engkau tahu bahawa dia lari dari neraka Jahanam?” tanya Umar. Dzaufafah menjawab, “Kerana, apabila malam telah tiba, dia keluar kepada kami dari perbukitan ini dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, “Mengapa tidak cabut saja nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti keputusan!” “Ya, dialah yang kami maksud,” tegas Umar. Akhirnya mereka bertiga pergi bersama-sama.

Ketika malam menjelang, keluarlah dia dari antara perbukitan itu dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, “Wahai, seandainya saja Engkau cabut nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti-nanti keputusan!” Lalu Umar menghampirinya dan mendekapnya. Tsa’labah berkata, “Wahai Umar! Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku?” “Aku tidak tahu, yang jelas kemarin beliau menyebut-nyebut namamu lalu mengutus aku dan Salman untuk mencarimu.” Tsa’labah berkata, “Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap beliau kecuali dia dalam keadaan solat”

Ketika mereka menemukan Rasulullah s.a.w. tengah melakukan sholat, Umar dan Salman segera mengisi shaf. Tatkala Tsa’laba mendengar bacaan Nabi saw, dia tersungkur pingsan. Setelah Nabi mengucapkan salam, beliau bersabda, “Wahai Umar! Salman! Apakah yang telah kau lakukan Tsa’labah?” Keduanya menjawab, “Ini dia, wahai Rasulullah saw!” Maka Rasulullah berdiri dan menggerak-gerakkan Tsa’labah yang membuatnya tersedar. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, “Mengapa engkau menghilang dariku?” Tsa’labah menjawab, “Dosaku, ya Rasulullah!” Beliau mengatakan, “Bukankah telah kuajarkan kepadamu suatu ayat yang dapat menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan?” “Benar, wahai Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Katakan… Ya Tuhan kami, berilah kami sebahagiaan di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka.” (QS Al-Baqarah:201)

Tsa’labah berkata, “Dosaku, wahai Rasulullah, sangat besar.” Beliau bersabda,”Akan tetapi kalamullah lebih besar.” Kemudian Rasulullah menyusul agar pulang kerumahnya. Di rumah dia jatuh sakit selama lapan hari. Mendengar Tsa’labah sakit, Salman pun datang menghadap Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Masihkah engkau mengingat Tsa’labah? Dia sekarang sedang sakit keras.” Maka Rasulullah s.a.w. datang menemuinya dan meletakkan kepala Tsa’labah di atas pangkuan beliau. Akan tetapi Tsa’labah menyingkirkan kepalanya dari pangkuan beliau.

“Mengapa engkau singkirkan kepalamu dari pangkuanku?” tanya Rasulullah s.a.w. “Kerana penuh dengan dosa.” Jawabnya Beliau bertanya lagi, “Bagaimana yang engkau rasakan?” “Seperti dikerubuti semut pada tulang, daging, dan kulitku.” Jawab Tsa’labah. Beliau bertanya, “Apa yang kau inginkan?” “Ampunan Tuhanku.” Jawabnya.

Maka turunlah Jibril as. dan berkata, “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam untukmu dan berfirman kepadamu, “Kalau saja hamba-Ku ini menemui Aku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, niscaya Aku akan temui dia dengan ampunan sepenuh itu pula.” Maka segera Rasulullah s.a.w. memberitahukan hal itu kepadanya. Mendengar berita itu, terpekiklah Tsa’labah dan langsung ia meninggal.

Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar Tsa’labah segera dimandikan dan dikafani. Ketika telah selesai disholatkan, Rasulullah s.a.w. berjalan sambil berjingkat-jingkat. Setelah selesai pemakamannya, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah! Kami lihat engkau berjalan sambil berjingkat-jingkat.” Beliau bersabda, “Demi Zat yang telah mengutus aku sebagai seorang nabi yang sebenarnya! Kerana, banyaknya malaikat yang turut menziarahi Tsa’labah.”



LIMA WASIAT SAIDINA ABU BAKAR


Sahabat Rasul SAW, Abu Bakar Ash-Shiddiq, berkata, ''Kegelapan itu ada lima dan pelitanya pun ada lima. Jika tidak waspada, lima kegelapan itu akan menyesatkan dan memerosokkan kita ke dalam panasnya api neraka. Tetapi, barangsiapa teguh memegang lima pelita itu maka ia akan selamat di dunia dan akhirat.''

Pertama, cinta dunia (hubb al-dunya). Rasulullah bersabda, ''Cinta dunia adalah biang segala kesalahan.'' (HR Baihaqi). Manusia yang berorientasi duniawi, ia akan melegalkan segala cara untuk meraih keinginannya. Untuk memeranginya, Abu Bakar memberikan pelita berupa takwa. Dengan takwa, manusia lebih terarah secara positif menuju jalan Allah, yakni jalan kebenaran.

Kedua, berbuat dosa. Kegelapan ini akan tercerahkan oleh taubat nashuha (tobat yang sungguh-sungguh). Rasulullah bersabda, ''Sesungguhnya bila seorang hamba melakukan dosa satu kali, di dalam hatinya timbul satu titik noda. Apabila ia berhenti dari berbuat dosa dan memohon ampun serta bertobat, maka bersihlah hatinya. Jika ia kembali berbuat dosa, bertambah hitamlah titik nodanya itu sampai memenuhi hatinya.'' (HR Ahmad). Inilah al-roon (penutup hati) sebagaimana disebutkan dalam QS Al-Muthaffifin (83) ayat 14.

Ketiga, kegelapan kubur akan benderang dengan adanya siraj (lampu penerang) berupa bacaan laa ilaaha illallah, Muhammad Rasulullah. Sabda Nabi SAW, ''Barangsiapa membaca dengan ikhlas kalimat laa ilaaha illallah, ia akan masuk surga.'' Para sahabat bertanya, ''Wahai Rasulallah, apa wujud keikhlasannya?'' Beliau menjawab, ''Kalimat tersebut dapat mencegah dari segala sesuatu yang diharamkan Allah kepada kalian.''

Keempat, alam akhirat sangatlah gelap. Untuk meneranginya, manusia harus memperbanyak amal shaleh. QS Al-Bayyinah (98) ayat 7-8 menyebutkan, orang yang beramal shaleh adalah sebaik-baik makhluk, dan balasan bagi mereka adalah surga 'Adn. Mereka kekal di dalamnya.

Kelima, shirath (jembatan penyeberangan di atas neraka) dan yaqin adalah penerangnya. Yaitu, meyakini dan membenarkan dengan sepenuh hati segala hal yang gaib, termasuk kehidupan setelah mati (eskatologis). Dengan keyakinan itu, kita akan lebih aktif mempersiapkan bekal sebanyak mungkin menuju alam abadi (akhirat). Demikian lima wasiat Abu Bakar. Semoga kita termasuk pemegang kuat lima pelita itu, sehingga menyibak kegelapan dan mengantarkan kita ke kebahagiaan abadi di surga. Amin.

Rahsia Dahsyatnya Doa

Mungkin ada antara kita yang menggangap doa itu remeh,padahal doa memiliki potensi yang besar bagi menggubag segala-galanya. Apabila Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa,segalanya menjadi mudah seperti mengembalikkan tapak tangan.Allah maha berkuasa mengabulkan doa sesiapa sahaja yang memohon daripadanya,di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Oleh sebab itu percayalah, doa itu pasti memberikan manfaat bagi sesiapa sahaja. Orang yang berdoa tidak pernah rugi. Malah, doa itu dapat mewujudkan sesuatu yang luar biasa.

Apakah rahsia doa? kita dapat memahaminya apabila kita menhetahui terlebih dahulu apakah manfaat doa. Antar manfaat doa adalah seperti berikut:

1. Doa itu ibadah kerana ia adalah perintah Allah.
2. Doa adalah intipati ibadah. Ibadah yang tidak diiringi dengan doa umpama buah
tanpa isi.
3. Doa itu mulia di didi Allah kerana ia menunjukkan sifat hamba dalam diri manusia.
4. Doa dapat mengubah takdir yang buruk menjadi baik apabila Allah berkenan
mengubahnya.
5. Doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman.

Lima keistimewaan doa di atas dapat mewujudkan kedahsyatan ataupun keajaiban doa. Apalagi apabila doa itu diucapkan oleh oang tertentu yang menjadikan doa itu cepat terkabul. Doa seperti itu terus menembus langit sampai ke Arasy. Maksudnya,Allah dengan segera mengabulkannya. Dalam Quran, kita dapat melihat keajaiban doa seperti itu iaitu doa para nabi dan orang yang soleh, doa orang tua untuk anaknya dan doa orang yang teraniaya.

Pertemuaan

Assalamualaikum, Ana mintak maaf bnyk2 sbb ana x smpt nk update blog ini.......
Tapi lps nie mgkin ana akan update blog nie sbb priksa dh abis

Kisah 10 Anak Murid Dan Tok Guru

Di sebuah perkampungan yang amat dalam terdapt sebuah Madrasah Pondok.Madrasah ini hanya mempunyai 10 orang anak murid dan hanya seorang guru yang mengajar mereka.Di madrasah ini terdapat seorang anak murid(Abu Bakar) sahaja yang lebih disayangi oleh tok guru.Pada suatu hari,ke9(Ali,Osman,Omar,Bilal,Ammar,Hafiz,Yasir,Al-Arkam,Sufi) orang tok guru yang kurang disayangi ini pun datang menghadap tok guru mereka,lalu mereka bertanya:"Wahai tok guru kami,kenapa engakau lebih menynayangi Abu Bakar sedangkan dia juga seperti kami,kami habis menghafal al-Quran dia juga habis menghafal al-Quran,ia mengamalkan sunnah,kami juga mengamalkan sunnah,apakah kelebihan Abu Bakar dan apakah kelemahan kami sehingakan kami kurang disayangi".Tok guru mereka menjawab:"Baiklah wahai anak muridku,aku akan uji kamu semua dan Abu Bakar keesokan hari.

ke9 orang anak murid itu pun tidak sabar untuk melihat apakah kelebehan yang terdapat pada Abu Bakar.Apabila sampai pada hari yang ditunggukan itu,mereka pun bersiap dan berjumpa dengan tok guru."Assalamualaikum,tok guru apakah ujian yang akan kami bersepuluh lakukan.Tok guru memberi setiap seorang seekor ayam,sebilah pisau setiap seorang dan memberitahu mereka semua:"Wahai anak muridku,pergilah kamu mencari tempat yang tiada apa yang boleh melihat kamu,lalu sembelihlah ayam yang diberi itu ditempat tersebut.

Kemudian,kesemua anak murid itu berganjak daripada madrasah untuk mencari tempat yang dikatakan tok guru itu,sehinggakan ada yang menyembelih ayam dalam tandas,gua,rumah kosong dan dibawah tanah.Hanya Abu Bakar Sahaja yang tidak menyembelih ayam itu.Lalu ke9 yang lain baliklah bertemu guru mereka,apabila sampai disitu hanya Abu Bakar sahaja yang belum pulang dari menyembelih ayam itu,mereka semua menunggu Abu Bakar dengan penuh kesabarann.Lama-kelamaan Abu Bakar pun pulang,tetapi ayamnya masih belum disembelih dan pisaunya tidak ada sedikitpun kesan darah.Lalu,ke9 anak murid itu tertawa dan berkata kepada tok guru:"wahai tok guru kami,adakah dengan meningkar kata-katamu akan kamu sayangi seseorang itu.Tok guru itu tidak sedikitpun sedih,malah gembira dan tersenyum Abu Bakar pulang dengan tidak menyembelih ayam.Selepas itu tok guru itu pun memanggil Abu Bakar dan menyuruhnya menerangkan kepada sahabatnya yang lain kenapa dia tidak menyembelih ayam itu,Lantaran Abu Bakar menjawab:"Wahai sahabatku,tidakkah kamu ingat akan pesanan tok guru,tok guru menyuruh kita menyembelih ayam di tempat yang tiada apa yang melihat,tetapi bukan aku yang ingkar malahan kamu yang ingkar,kerana dia setiap tempat ada yang melihatnya iatu Allah Rabbul Jalil,Maka ingatlah kalian semua di setiap sudut setiap tempat ada yang melihatnya"ke9 orang anak murid yang lain terdiam lalu meminta maaf kepada sahabatnya dan tok guru atas kesalahannya.

Pengajaran:kita harus ingat bahawa di dunia ada yang melihat apa yang akan kita lakukan oleh itu beringatlah jika kita hendak membuat sesuatu perkara itu ingat lah ada yang melihat kita.

Erti Syurga Dan Neraka

Alkisah ada seorang pendekar yang suka bertarung.semua yang menentangnya dengan mudah dikalahkannya.Namun hatinya tetap tidak tenang.Dia ingin mencari pengertian yang mendalam tentang erti kekuatan dan kejayaan."Untuk itu,engkau mesti memahami erti syurga dan neraka,"saran seorang sahabat karibnya."Di mana?" "Daripada seorang guru sufi di hujung negeri,"cadang sahabatnya lagi.Si pendekar menuju tempat guru sufi yang dimaksudkan.Dia sedang mengajar anak muridnya.Spontan pendekar itu terus bertanya tentang erti syurga dan neraka.

Dengan nada tenang si guru sufi menjawab,"Aku tidak akan melayan pertanyaan daripada orang yang sombong dan bodoh."Merasa dirinya terhina si pendekar mencabut kerisnya untuk bertarung dengan guru sufi tersebut."Kau akan rasa penangan kerisku ini!"teriak si pendekar sambil memancak langkah silatnya."Nah,itulah neraka.Kemarahanmu itulah neraka,"jawab guru sufi itu dengan tenang,tanpa berganjak sedikitpun dari tempat duduknya.

Si pendekar tersentak dengan kebenaran dan ketenangan yang dutunjukkan oleh guru.Kerisnya disarungkan kembali,lalu duduk bersimpuh tanda hormat dan kagum kepada kewibawaan guru sufi itu."Dan sekarang,inilah syurga.Apabila kau kembali menguasai kemarahanmu,itulah syurga!"Sipendekar terus tunduk dan akur. Kini dia telah menemui apa"neraka"dan"syurga"dalam dirinya sendiri.

Pengajaran:Kemarahan yang tidak terkawal umpama api yang akan membakar ketenangan diri.Manakala kemaafan adalah"syurga"yang memberi keharmonian dan penguasaan untuk menghadapi kerenah kehidupan.

Renung-renungkanlah.....
????

Tip Agar Terjaga Daripada Godaan Syaitan


*Beristi'azah(memohon perlindungan Allah godaan syaitan) iaitu dengan membaca "اعوذباللهمنالشيطان الرجيم"
Allah berfirman yang bermaksud,"dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitam,maka mintalah perlindungan kepada Allah."(Surah al-A'raf 7:200)

*Membaca 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas.

*Membaca ayat Kursi sebelum tidur.

*Membaca surah al-Baqarah.Ini berdasarkan sabda Rasuliullah SAW yang bermaksud,"sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya,"(Riwayat Muslim)

*Membaca dua ayat yang terakhir daripada surah al-Baqarah setiap malam.

*Membaca zikir:
لااله الاله وحدهلاشريك له لهالملك وله الحمدوله على كل شيءقدير
Maksudnya:"Tiada tuhan melainkan Allah,tiada sekutu bagi-Nya.Bagi-Nya jua segala kerajaan dan pujian,dan Diam Maha Kuasa atas segala sesuatu."

*Banyak mengingati Allah(zikir).

*Berwuduk dan melakukan solat.

*Menahan diri daripada melihat,berbicara makan dan bergaul yang melampaui had dan batas kerana syaitan dapat menguasai manusia melalui empat perkara iaitu pandangan,ucapan,makanan dan pergaulan.

Usah Dibenci Pelaku Maksiat

Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s sedang berjalan bersama seorang muridnya.Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa a.s itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian.Lalu dia berdoa di dalam hati,"Ya Allah,janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini".Nabi Isa a.s tiba-tiba menoleh ke arah muridnya dan berkata,"Doamu telah dikabulkan.Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu.Pergilah engkau dari sisiku".

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat.Namun kebencian kita kepada tidak bererti membenci dan menghina orang melakukanya.Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama.Sebaliknya,kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya.Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.

Tadzkirah Ringkas

Satu kisah yang diriwayatkan melalui sebuah hadis.Pernah seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah,"Bilakah berlakunya kiamat?"Rasulullah menyoal kembali,"yang kamu telah sediakan untuk menghadapinya?"Ya,sesungguhnya,persoalan ini juga perlu dijawab,bukan dengan penantian,tetapi dengan usaha dan tindakan-kita perlu membina taqwa(iman dan akhlak) dan quwwah(kekuatan lajirlah seperti ilmu,ekonomi,teknologi dan lain-lain).
Takwa dibina dengan kekuatan zikir.Manakala quwwah dibina dengan ketajaman fikir.Cuba fikir-fikirkan kembali....

Sumber:ringkasan dari majalah solusi

Kisah Seorang Pemuda Islam Dan Pemuda Athes

Terdapat satu kisah yang mana di suatu kampung itu berbilang agama dan belapisan masyrakat.Agama Islam dan golongan athes serta masyarakat melayu dan masyarakat bukan melayu.
Masyarakat athes selalu menghangatkan suasana mengatakan bahawa tiada Tuhan di dunia ni.Segala apa yang ada dicipta dengan sediri.Perkara ini selalu menjadi satu perbincangan antara masyarakat Islam dan athes tetapi tiada jalan penyelesaian.
Dikala awan berenang merentasi lautan udara dan dengan manja menutup matahari dari kepanasan,kampung itu terus menjadi redup dan selesa.Tiba-tiba,Cristiano Ronaldo (athes) mencari pasal dengan membangkitkan isu ini lagi dengan mengatakan tiada Tuhan di dunia ini.Alam diciptakan dengan sendiri,manusia terjadi dengan sendiri dan lain-lain lagi.Perkara ini membuatkan seorang pemuda yang bernama Haziq (baru pulang dari Mesir selepas menimba ilmu agama di sana) menjadi tidak tenteram dan tidak selesa.
Kemudian Haziq menjawab dengan suara yang lemah lembut menjawab hal ini.Tiba2 Cristiano Ronaldo mencabar Haziq untuk buktikan yang Allah itu wujud.Haziq gawat.Kemudian dengan tenang Haziq mengajaknya untuk jumpa di sungai pada keesokan harinya.Cristiano Ronaldo berasa bangga kerana sudah ingat bahawa dia sudah menang.
Di bawah sinaran matahari yang terik,Cristiano Ronaldo menunjukkan riak muka yang ganas dan menakutkan.Janji Haziq untuk bertemu pada pukul 2 masih lagi tidak tertunai selepas jam sudah menunjukkan pukul 3.Kesabarannya hampir tergugat tetapi bayangan yang muncul menunjukkan Haziq sudah sampai ."Kenapa datang lambat ? Sudah takut untuk menjawab soalan saya semalam ?",kata Cristiano Ronaldo dengan gembira. Haziq menjawab,"Tadi jambatan depan rumah aku runtuh jadi aku tidak dapat melintasi sungai itu untuk aku datnag ke sini.".Cristiano Ronaldo membalas,"So,camna kau boleh datang sini sedangkan jambatan sudah runtuh.".dengan riak muka yang tenang,Haziq menjawab"Mula-mula aku duduk memikirkan cara untuk aku melintasi sungai ini,tiba2 pokok-pokok disekeliling tercabut dengan sendiri dan terbelah dengan sendiri.ia terus menjadi jambatan yang sangat indah dari sebelum ni,kemudian aku pun lalu la sebab jambatan sudah terbina dengan sendiri.".Cristiano Ronaldo kehairanan dan menyoal,"Bagaimana ia terjadi dengan sendiri? Tak logik langsung.Mana mungkin suatu benda itu terjadi dengan sendiri."(Cristiano Ronaldo sambil ketawa terbahak-bahak).kemudian Haziq pula ketawa dan Cristiano Ronaldo menjadi semakin hairan.Kata Haziq ,"Jadi adakah alam ni terjadi dengan sendiri tanpa ada Penciptanya?adakah semua benda yang kompleks ini terjadi dengan sendiri sedangkan jambatan yang simple apabila terjadi dengan sendiri sudah kamu tidak percayakannya."
Cristiano Ronaldo terpikir sesuatu.Dia tersedar akan sesuatu perkara kemudian dia pikir balik secara mendalam akan perkara yang disampaikan oleh Haziq.

Di bawah linangan Bulan yang cantik dan bulat bagaikan telur,Cristiano Ronaldo menyatakan KeIslamannya kepada Haziq dan berkata "Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Kesimpulannya,Allah itu wujud dan sebagai seorang Islam kita perlu bijak dalam menangani masalah yang timbul agar dapat menunjukkan Islam ini merupakan satu agama yang lurus dan benar serta alam ni adalah milik Allah.Fikir-fikirkanlah...wallahu'aalam

Istiqamah Dalam Beramal

Orang yang beramal tidak berpandukan ilmu pengetahuan, maka amalanya akan tertolak.Sebabnya ilmu adalah petunjuk jalan kita.Oleh itu kita perlu mengetahuinya unutuk menuju kepada matlamat.Sekiranya kita tidak ada ilmu,walaupun kita ada usaha untuk ke depan,kita tidak akan nampak jalan,seumpama orang meredah hutan sahaja.Akhirnya tidak capai matlamat.Kita akan tersesat jalan walaupun niatnya baik.Sebaliknya pula,bagi orang berilmu tetapi tidak beramal,dia masuk lebih dahulu ke neraka daripada penyembah-penyembah berhala kekal di sana tetapi orang tidak berilmu tidak kekal.

Oleh yang demikian,jika kita hendak beramal,mak terpaksalah kita mencari pengetahuan.Kemudian setelah kita ada ilmu pengetahuan,hendaklah kita berazam pula untuk mengamalkan ilmu itu.Jika kita hendak berusaha mengamalkan ilmu itu sungguh-sungguh walaupun kita terpaksa menghadapi kesusahan dan amaln kita iyu hendaklah di buat secara istiqamah atau secara tetap dan terus menerus.Sabda Rasulullah SAW bermaksud:"Sebaik-baik amal itu ialah amal yang sentiasa di buat walaupun sedikit."

Amal Yang tetap serta berterusan[istiqamah] itu adalah lebih baik walaupun sedikit.Ia adalh lebih baik daripada amal yang banyak dibuat tetapi di buat sekali-sekala,kadang-kadang buat dan tidak kadang-kadang tidak.Ia tidak boleh memberi kesan apa-apa.Ibarat air yang menitis setitik demi setitik di atas batu dengan berterusan hingga bertahun-tahun.Batu itu nanti akan lekuk.Sebaliknya kalau datang hujan lebat hingga berlaku banjir hingga melanda pokok-pokok dan rumah-rumah tetapi sekali saja.Namun ia tidak akan memberi kesan kerana selepas itu berlaku kemarau yang bertahaun-tahun.Batu tidak mungkin lekuk.

Dalam beramal tidak boleh keran dorongan semangat Umpamanya,kita mnedengar orang menceritakan fadhilat membaca Al-Quran.Ini bukan istiqamah namanya.Sepatutnya mulalah beransur-ansur.Umpamanya dua baris satu hari kemudian lima baris dan seterusnya.Disamping buat hari-hari itu dan tahu ilmu dalam membuat barulah ada usaha kita menambahkan amaln itu tidak terasa terlalu berat.Apabila kita ada unsur-unsur amal itu, maka lama-kelamaan ia menjadi istiqamah.

Mensyukuri Nikmat Allah S.W.T

Wasiat Imam Muslim:
"Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara manusia yang tidak bersyukur,seperti dalam firmaNya;"sangat sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur."

A.HADIAH DAN KURNIA
Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah setiap detik dan saat kita dilahirkan hinggalah dewasaini,lantaran ianya berlaku saban masa menjadi sesuatu yang lumrah,lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya.Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah kepada kita.begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang melupakan kulit.

sesuap nasi yang kita makan,setiap teguk air yang kita minum,setiapp zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah.Tanpa kurniaan ini,kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk miniman aatau menyedut udara di sekeliling kita.Selagi kita hidup di muka bumi ini kita tidak sunyi dari menenerima kurniaan ini.

Begitulah penyayangnya Allah yang bersifat Ar-Rahman Allah menganugerahkan kurnianNya kepada semua makhluk,sama ada ynag taat kepadanNya atau sebaliknya.Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? Allah masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang ti dak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu.Sebanyak 31 kali di dalam AL-Quran,Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.

"Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?"
(Surah Ar-Rahman)



B.BUKAN SETAKAT MENGUCAP ALHAMDULILLAH
Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut.Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'Alhamdulillah'.Ianya mestii dibukrikan dengan tindakan berdasrkan prinsip 'amal makruf,nahi mungkar'atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang.Ini dilakukan setiap masa secara konsistan dan terus-menerus.

Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan Allah.Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh.Sebaliknya ramai pula yang ingkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan.Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara manusia yang tidak bersyukur seperti dalam firmanNya:"Sangat sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur".

Sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada Allah,kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah ddengan segala bentuk amaln ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur.

 
Multi-Colored Light Pointer