BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Merenung jauh ke sudut hati
Terasa dekatnya dengan mati
Gelap hati
Hilang sudah cahaya
Kerap kali soalan diulangi
Patutkah aku mati ?
Patutkah aku mati ?
Tetapi amal aku makin bekurang
Dosa pula makin bertambah
Ujian Allah sudah tidak kuat aku hadapi
Aku insan lemah
Tidak berdaya mengharungi cabaran ini lagi
Tapi aku tahu inilah yang terbaik dari Illahi

Aku sedar ada orang yang hidup lebih susah dari aku
Tetapi dia lebih bersyukur dengan apa yang dia ada
Aku sangka bila aku ada segalanya aku akan bahagia
Terleka aku
Terlupa aku
Bahagia itu Allah yang uruskan
Bahagia itu milik Tuhan
Mungkinkah kerana aku terlalu jauh dengan Tuhan
Mungkin juga aku mendekati langkah syaitan
Benda yang aku perlu ialah mensyukuri nikmat Tuhan
Tidak kufur kepada arahan Tuhan
Kerana aku ini Insan yang Pemiliknya Tuhan
Sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik tempat untuk Insan dapatkan Kebahagian
Semoga Allah mengurniakan hati yang berdoa
Semoga Allah anugerahkan mulut yang memujiNya
Semoga Allah campakkan kesedaran tentang dosa.

-Haziq Alafasy-
21/4/15
9:04 p.m


Ada dua hadith yang orang selalu kaitkan dengan IS/ISIS. Dan kedua-dua hadith ini telah pun dinilai dhaif oleh ulama’. Dari Walid dan Risydin dari Ibnu Lahaiah dari Abi Qobil, dari Abu Rumman dari Ali bin Abi Thalib, beliau mengatakan, إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّايَاتِ السُّودَ فَالْزَمُوا الأَرْضَ فَلا تُحَرِّكُوا أَيْدِيَكُمْ ، وَلا أَرْجُلَكُمْ ، ثُمَّ يَظْهَرُ قَوْمٌ ضُعَفَاءُ لا يُؤْبَهُ لَهُمْ ، قُلُوبُهُمْ كَزُبَرِ الْحَدِيدِ ، هُمْ أَصْحَابُ الدَّوْلَةِ ، لا يَفُونَ بِعَهْدٍ وَلا مِيثَاقٍ ، يَدْعُونَ إِلَى الْحَقِّ وَلَيْسُوا مِنْ أَهْلِهِ ، أَسْمَاؤُهُمُ الْكُنَى ، وَنِسْبَتُهُمُ الْقُرَى ، وَشُعُورُهُمْ مُرْخَاةٌ كَشُعُورِ النِّسَاءِ ، حَتَّى يَخْتَلِفُوا فِيمَا بَيْنَهُمْ ، ثُمَّ يُؤْتِي اللَّهُ الْحَقَّ مَنْ يَشَاءُ Apabila kalian telah melihat bendera-bendera hitam, tetaplah di tempat kalian dan jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan berkuasa sekelompok orang yang lemah akalnya, tidak teranggap, hati mereka seperti potongan besi. Mereka penduduk daulah (menguasai banyak daerah), tidak memenuhi janji. Mereka mengajak menuju kebenaran, padahal mereka bukan pemilik kebenaran. Nama mereka berawalan kun-yah (identitas tidak jelas) dan nisbah mereka kepada desa. Rambut mereka terjuntai seperti rambut wanita. Hingga terjadi sengketa diantara mereka, kemudian Allah mendatangkan kebenaran melalui orang yang Dia kehendaki. Hadith ini membawa maksud larangan mengikut gerakan tersebut yang padanya terdapat ciri-ciri IS/ISIS. 1)Bendera hitam 2)Hati seperti potongan besi 3)Menguasai daerah 4)Mengajak kepada kebenaran kononya 5)Nama kun-yah pada awal dan menisbahkan kepada desa sebagai contoh ketua mereka Abu Bakar al-Baghdadi Namun Hadis ini dinilai lemah oleh para ulama, karena beberapa catatan, 1)‘An’anah dari al-Walid 2)Risydin bin Sa’d perawi yang dhaif 3)Ibnu Lahaiah perawi yang lemah 4)Abu Ruman perawi yang Majhul (tidak dikenal). Disebutkan oleh Ibnu Mandah dalam Fathul Bab, tanpa penilaian. (as-Silsilah ad-Dhaifah, 1/440) Manakala ada satu hadith yang menyebut tentang mereka tetapi suruh mengikut mereka. Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فائتوها فان فيها خليفة الله المهدي Apabila kalian melihat bendera-bendera hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datangilah dia, karena di sana ada khalifah Allah al-Mahdi. Petunjuk dalam hadith bendera-bendera yg datang dari khurasan. Namun hadith ini juga dinilai dhaif oleh ulama’. Dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Ali bin Zaid bin Jadza’an, yang dinilai dhaif oleh Imam Ahmad dan yang lainnya. Al-Munawi dalam Faidhul Qodir mengatakan, وفيه علي بن زيد بن جذعان نقل في الميزان عن أحمد وغيره تضعيفه ثم قال الذهبي أراه حديثا منكرا Dalam sanadnya terdapat perawi Ali bin Zaid bin Jadza’an. Disebutkan dalam al-Mizan dari Ahmad dan yang lainnya yang mendhaifkan orang ini. Kemudian ad-Dzahabi mengatakan, ’Menurutku ini hadis munkar.’ (Faidhul Qodir, 1/363) Syuaib al-Arnauth dan Imam al-Albani juga, mendhaifkan hadis ini. Kedua hadith ada illah pada sanad, yakni disebabkan oleh perawi yang majhul dan dhaif.

Saya bertawaquf dalam hal ini. Wallahu’alam ~


Pena kata tanpa suara,
Nukilan jiwa yang diganggu fikirannya,
Mencelah dalam kegelapan malam meniup kasih tanpa sempadan.
Kasihku pada bonda,
Kasihku pada ayahanda,
Kasihku buat keluarga tercinta.

Kegelapan itu sunyi,
tapi dipenuhi dengan suara hati.
Hati terasa alpa,
Jiwa terasa sengsara,
Mungkin petanda jauhnya insan dengan Rabbnya,

Kematian tidak menjemput insan seperti menerima surat tawaran ke universiti tempatan,
Ia datang tanpa diduga,
Juga tanpa dipaksa.
Hakikat insan hidup dalam kelalaian.
Alpa menjadikan insan terkecewa.
Jauh dari insan melafazkan kesyukuran kepada Tuhan,
Kufur dengan nikmat tuhan lebih dekat dengan insan.

Andai malam itu gelap,
Akan tiba lagi satu kegelapan yang tiada bandingan.
Mungkin keseorangan,
Mungkin ditemani haiwan.
Yang pasti tiada kemewahan,
yang tinggal hanya amalan.

Dalam gelap disuluhui lampu terang,
Kegelapan yang membingungkan ummah,
Kegelapan yang mengelirukan ummah,
Namun masih ada yang memadamkan lampu-lampu terang,
Mereka rasa angkuh berada dalam kegelapan,
Mereka rasa mereka hebat berada dalam kegalapan,
Sehingga mereka sanggup mengabaikan cahaya yang datang,
Cahaya yang menunjuk jalan keluar dari kegelapan.
Ikutlah Quran dan Sunnah.
Mengkuti Quran dan Sunnah bukanlah wahabbi.
Ini panduan yang Allah dan Rasul tinggalkan.
Tidak akan sesat mereka yang berpegang teguh kepadanya.
Beraqidahlah seperti aqidah Quran dan Sunnah,
Beribadatlah seperti Quran dan Sunnah,
Bermuamalahlah seperti Quran dan Sunnah.
Maka kita akan selamat dari fitnah orang yang menghancurkan ketulenan agama.


Orang tanya berapa result ?
Maka aku hanya mampu menjawab Alhamdulillah.
Alhamdulillah, bukan beerti straight A's
Segala puji-pujian itu hanya layak untuk Allah
Tidaklah aku merasakan result aku ini bagus
Tidak juga aku merasakan result aku ini teruk
Kerana setiap apa yang Allah berikan itulah yang paling terbaik

اللهم لا مانع لما اعطيت, ولا معطي لما منعت, ولا ينفع ذا الجد منك الجد

"Ya Allah, tidak ada yang dapat menghalang apa yang Kau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Kau halang, dan tidak akan ada yang dapat memberi manfaat harta benda mereka untuk menyelamatkan mereka daripada Kau"

Kehidupan perlu kebergantungan kepada Allah azza wa jalla
Insan akan merasakan keajaiban sekiranya meletakkan pengharapan kepada Allah
Redha dengan keputusan
Ikhlaskan hati hanya untuk Allah
Tidak ada manusia yang susah di dunia apabila hidupnya untuk Allah
Manusia boleh bercakap soal yang lepas dan yang sudah terjadi
Tapi hal dan urusan yang akan datang hanya Allah mengetahui
Tawakal kepada Allah
Allah mengetahui segala-galanya, percayalah ~
Kita ini semua hamba Allah
Jangan down
Percayalah pada perancangan Allah
Doakan yang terbaik
Kuatkan hubungan kita dengan Allah
InsyaAllah, Allah bantu kamu

Wallahu'alam


Segala puji bagi Allah tuhan sekelian 'alam.
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tuhan yang Maha Memiliki segalanya di atas bumi yang diciptakan- Nya.
Maka insan juga berpijak di atas bumi kerana-Nya.

Hari demi hari, ujian demi ujian.
Insan diuji bukan kerana kesombongan kadang kalanya.
Namun hakikat yang sebenar ujian adalah sayangnya Tuhan kepada insan.

Mata menjadi saksi betapa hebatnya kekuasaan Tuhan.
Tinggi bukan beerti kemegahan,
Tinggi bukan lambang menjadi kesombongan,
Tinggi juga bisa ditenggelami air kerana ianya kuasa Tuhan.

Linangan air mata sudah tidak dapat bertahan.
Sungguh kuat jiwa mereka yang diuji dengan segala kedahifan yang ada.
Tetapi kekuatan pada Tuhan menyakinkan bencana adalah keinginan Tuhan.
Keredhaan dalam jiwa mereka membuatkan aku tidak dapat mengungapkan aku ialah insan bersyukur, kerana mereka lebih memahami konsep syukur dalam kerangka yang sebenar.

Dalam kita suka orang lain ada yang berduka.
Bersyukurlah kita atas anugerah Tuhan kepada insan.
Mereka diuji supaya ditambahkan kekuatan.
Kita juga diuji untuk memahami konsep iman.
-HaziqAlafasy (3 Februari 2015)


Manusia berlumba-lumba mencari kekayaan.
Mereka mahukan,
Rumahnya besar,
Keretanya mewah,
Pakaiannya mahal.
Semua orang mahu untuk jadi kaya.
Tapi tuhan tidak berinya kepada semua.
Jika manusia berlumba-lumba mencari akhirat,
maka mereka semua akan dapat akhirat.

Kekayaan bukanlah boleh memberi hakikat bahagia.
Ada orang yang kaya,
 hidupnya lebih sempit dan kosong daripada yang miskin.
Kerana bahagia itu milik tuhan.
Adakalanya sesorang itu makannya pun,
kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Tetapi kehidupan dia lebih bahagia daripada orang yang makannya mewah.
Kerana itu Allah tidak menjanjikan sebarang kebahagian jika kita mengecapi dunia.
Allah menjanjikan barangsiapa yang berusaha untuk akhiratnya,
maka Allah berikan kebahagiannya di dunia dan di akhirat.

Kembalilah kepada Allah.
Jauhilah kesombongan.
Ingat mengingatilah golongan yang lemah.
Bantu membantu dalam urusan dunia dan akhirat,
Fastabiqul khairat !



Tatkala aku kesedihan,
Maka bertanyakan kepada tuhan,
Mengapa mereka tidak memahami diri ini ?
Mengapa mereka tidak percaya jiwa ini ? 
Mengapa mereka menutup ruang kepada insan ini ?

Tetapi tuhan,
Diriku tetap ada Mu yang tidak pernah jemu mendengar rintihan ini, 
Walaupun aku tidak melihat,
tetapi aku percaya Kau pasti akan mendengar setiap hati insan.
Kurniakanlah kepada insan ini ketenangan.
Ujian tanda Kau benar-benar sayang.
Kau satu-satunya yang tahu akan hati ini.
Sama ada jujur, ikhlas atau menipu.
Semuanya Kau tahu,
kerana Kau Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.
Tetapkanlah hati ini untuk terus bersama Mu wahai tuhan.

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ


Andai aku tidak lagi meneruskan kehidupanku di dunia ini.
Khabarkan kepada mereka, 
aku bukanlah orang yang soleh.
Khabarkan kepada mereka,
aku bukanlah orang yang baik.
Tidak aku minta jenazahku untuk ditalqinkan seperti adat kebiasaan.
Tidak aku minta kenduri dan segala amalan untuk disedekahkan.

Aku hanya minta agar, 
sentiasalah berjalan dan berpegang pada tali sunnah.
Perjuangkanlah sunnah.
Hidupkanlah sunnah.
Cintailah sunnah.
Kerana itu cara kamu mencintai Nabi s.a.w

أحـب الصالحيـن ولسـت منهـم


"Aku mencintai orang soleh, 
dan aku bukan dari kalangan mereka."

Selamat tinggal dunia


Di mana kita wahai remaja ?
Ketika ummah dilanda pelbagai masalah.
Di mana kita wahai remaja ?
Tatkala melihat, maruah saudara kita dicabul oleh pengganas durjana.
Di mana kita wahai remaja ?
Tatkala bangsa kita dilanda ujian untuk meneguhkan iman mereka ?
Iman mereka sudah diuji jangan lupa iman kita juga diuji.
Dulu kita wahai remaja mengatakan 'Islam bersaudara'
Tapi setakat manakah kita faham akan ia ?
Di mana kita wahai remaja ?
Di mana kita wahai remaja ?
Di mana kita wahai remaja ?
Nak tahu kita di mana ?
Kita di laman sosial enak bercerita tentang cinta.
Kita di laman sosial enak memuat naik gambar selfie yang mengada-ngada.
Kita di laman sosial, enak memikirkan tentang relationship goals.
Kita enak bergelak ketawa menonton hiburan.
Kita di jalanan, lepak tanpa arah tujuan.
Maka wahai remaja.
Sedarlah kamu dari kelalaian dunia.
Siapakah yang akan mengoncangkan dunia di hadapan yahudi jika bukan kamu.
Jangan leka, jangan alpa.
Tuntutlah ilmu selagi peluang yang ada,
bukan merebut peluang untuk bercinta.
Bangunlah kamu dari mimpi, untuk menuju jalan anbiya'.
Menuju jalan pemuda impian sahabat.
Menuju jalan pemuda yang Allah khabarkan.
Sesungguhnya kita pasti mampu mengoncang dunia.

Andai baginda bersama kita...
Kita desak konsert ambang tahun baru di putrajaya dibatalkan..kita kata membazir, mangsa banjir lebih perlukan duit itu..fine..in fact mereka dh pun batalkan..

Tapi kenapa kita xdesak malam cinta rasul yang turut menelan belanja yang tinggi? Adakah kerana slogan yg digunakan ialah slogan 'munajat', 'selawat' atau 'cinta rasul' semata2?
Para sahabat juga berselawat, bermunajat dan cinta rasul, tetapi wang mereka diinfaq kpd perkara yg lebih utama seperti jihad..cinta yang hakiki perlu dimanifestasi dgn penghayatan kpd kehidupan nabi..bukan hanya bait pujian semata..
Kesimpulannya, teruskan berselawat dan bermunajat di rumah masing2, dan salurkan duit itu utk yang lebih memerlukan..itu akan lebih menggembirakan hati nabi, andai baginda bersama kita..
Fa'tabiru!

Credit to sahabat saya : Abd ar-Rahim Elias

 
Multi-Colored Light Pointer