
Telah lama
terbuku di dalam jiwa terkenang akan kata-kata mutiara yang bermakna, bahkan
kadang kala dalam bentuk perbuatan. Andai aku tidak tergesa-gesa, hari ini
pasti takkan kecewa. Kerap kali aku berfikir, banyak perkara telah aku
sia-siakan kerana mengejar sesuatu yang dahulu kau sebagai pemberi inspirasi
agar tak musnah pada suatu ketika nanti. Aku tak pasti sama ada penulisan ini
berpeluang mendapat perhatian masa yang kau beri untuk mengejar impian dan
cita-cita. Cuma ‘Terima Kasih’ ini jujur dari hatiku, kerana aku sudah faham
apa yang kau mengerti tika segala apa yang kau bicara aku terlalu angkuh dengan
nafsu dan angan-angan. Menyesal dan kecewa pada saat ini yang hanya boleh aku
gambarkan. Terima kasih atas segala nasihat dan pengajaran yang telah kau beri
dulu.
Bukan niat
di hati ingin memuji seperti yang aku pernah tulis dulu. Tetapi ini penulisan
yang barangkali memohon sejuta kemaafan atas kelalaian dan sifat diri yang
penuh kedhaifan. Ada perkara yang mungkin tidak disebutkan di sini, tetapi aku
harap kau dapat faham dan mengerti. Hilang segala punca dan kewarasan akal
berfikir ialah perkara yang sangat hina disisi makhluk Tuhan yang namanya insan.
Mungkin ini yang Tuhan mahu tunjukkan buat diri atas segala perkara yang aku kerjakan,
dan sebenarnya banyak kali aku berfikir tentang mutiara-mutiara yang telah
dilontarkan oleh dirimu buat diri ini wahai teman. Cuma hari ini aku jelaskan
dalam bentuk penulisan yang mustahil untuk kau baca. Aku doakan semoga dirimu
Allah pelihara dan berjaya mengejar impian yang telah kau cita-citakan dahulu.
Semoga keberkatan Tuhan bersama dirimu…… AN