Merenung jauh ke
sudut hati
Terasa dekatnya
dengan mati
Gelap hati
Hilang sudah cahaya
Kerap kali soalan
diulangi
Patutkah aku mati ?
Patutkah aku mati ?
Tetapi amal aku makin
bekurang
Dosa pula makin bertambah
Ujian Allah sudah tidak kuat aku hadapi
Aku insan lemah
Tidak berdaya
mengharungi cabaran ini lagi
Tapi aku tahu inilah
yang terbaik dari Illahi
Aku sedar ada orang
yang hidup lebih susah dari aku
Tetapi dia lebih
bersyukur dengan apa yang dia ada
Aku sangka bila aku
ada segalanya aku akan bahagia
Terleka aku
Terlupa aku
Bahagia itu Allah
yang uruskan
Bahagia itu milik
Tuhan
Mungkinkah kerana aku
terlalu jauh dengan Tuhan
Mungkin juga aku
mendekati langkah syaitan
Benda yang aku perlu
ialah mensyukuri nikmat Tuhan
Tidak kufur kepada
arahan Tuhan
Kerana aku ini Insan
yang Pemiliknya Tuhan
Sesungguhnya Dia-lah
sebaik-baik tempat untuk Insan dapatkan Kebahagian
Semoga Allah
mengurniakan hati yang berdoa
Semoga Allah
anugerahkan mulut yang memujiNya
Semoga Allah
campakkan kesedaran tentang dosa.
-Haziq Alafasy-
21/4/15
9:04 p.m