Alangkah indahnya saat-saat akhir hidupku dapat melihat kemenangan yang Allah Jalla jalaluh janjikan dalam kitabNya yang mana terkandung berbilion-bilion panduan untuk manusia sehinggakan tiada suatu pun terkecuali lari dari kehidupan manusia supaya mereka berfikir serta menggunakan nikmat yang dikurniakan dengan baik, kerana mereka adalah makhluk yang sebaik-baik kejadian. Seperti dalam firmanNya :
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baik kejadian" (at-tin: 4)
Namun berapa ramai yang menggunakan akal yang dikurniakan sebaik mungkin ? Sedangkan ramai antara kita tenggelam dengan nikmat yang dikecapi di dunia. Adakah mereka lupa pada ayat Allah yang berbunyi :
"Dan ketika tuhan kamu memberitahu : "Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur . Sesusungguhnya azabKu amatlah pedih" (Ibrahim : 7)
Al-Quran serta As-Sunnah yang Rasulullah tinggalkan untuk kita sudah mencukupi untuk dijadikan panuan sepanajang zaman, tiada istilah Al-Quran dan As-Sunnah tidak sesuai pada zaman-zaman tertentu, ini kenyataan orang kafir ! Hatta ~ jarak zaman kita antara dengan baginda sangatlah jauh itu juga bukan satu alasan untuk kita tolak Al-Quran dan As-Sunnah. Bak kata ulama' salaf.. "Tolak satu huruf sahaja dalam Al-Quran sudah cukup untuk kafir"
**Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan kita sepanjang hayat**
Wallahu'alam ~
0 comments:
Post a Comment