BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Pena kata tanpa suara,
Nukilan jiwa yang diganggu fikirannya,
Mencelah dalam kegelapan malam meniup kasih tanpa sempadan.
Kasihku pada bonda,
Kasihku pada ayahanda,
Kasihku buat keluarga tercinta.

Kegelapan itu sunyi,
tapi dipenuhi dengan suara hati.
Hati terasa alpa,
Jiwa terasa sengsara,
Mungkin petanda jauhnya insan dengan Rabbnya,

Kematian tidak menjemput insan seperti menerima surat tawaran ke universiti tempatan,
Ia datang tanpa diduga,
Juga tanpa dipaksa.
Hakikat insan hidup dalam kelalaian.
Alpa menjadikan insan terkecewa.
Jauh dari insan melafazkan kesyukuran kepada Tuhan,
Kufur dengan nikmat tuhan lebih dekat dengan insan.

Andai malam itu gelap,
Akan tiba lagi satu kegelapan yang tiada bandingan.
Mungkin keseorangan,
Mungkin ditemani haiwan.
Yang pasti tiada kemewahan,
yang tinggal hanya amalan.

Dalam gelap disuluhui lampu terang,
Kegelapan yang membingungkan ummah,
Kegelapan yang mengelirukan ummah,
Namun masih ada yang memadamkan lampu-lampu terang,
Mereka rasa angkuh berada dalam kegelapan,
Mereka rasa mereka hebat berada dalam kegalapan,
Sehingga mereka sanggup mengabaikan cahaya yang datang,
Cahaya yang menunjuk jalan keluar dari kegelapan.
Ikutlah Quran dan Sunnah.
Mengkuti Quran dan Sunnah bukanlah wahabbi.
Ini panduan yang Allah dan Rasul tinggalkan.
Tidak akan sesat mereka yang berpegang teguh kepadanya.
Beraqidahlah seperti aqidah Quran dan Sunnah,
Beribadatlah seperti Quran dan Sunnah,
Bermuamalahlah seperti Quran dan Sunnah.
Maka kita akan selamat dari fitnah orang yang menghancurkan ketulenan agama.


Orang tanya berapa result ?
Maka aku hanya mampu menjawab Alhamdulillah.
Alhamdulillah, bukan beerti straight A's
Segala puji-pujian itu hanya layak untuk Allah
Tidaklah aku merasakan result aku ini bagus
Tidak juga aku merasakan result aku ini teruk
Kerana setiap apa yang Allah berikan itulah yang paling terbaik

اللهم لا مانع لما اعطيت, ولا معطي لما منعت, ولا ينفع ذا الجد منك الجد

"Ya Allah, tidak ada yang dapat menghalang apa yang Kau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Kau halang, dan tidak akan ada yang dapat memberi manfaat harta benda mereka untuk menyelamatkan mereka daripada Kau"

Kehidupan perlu kebergantungan kepada Allah azza wa jalla
Insan akan merasakan keajaiban sekiranya meletakkan pengharapan kepada Allah
Redha dengan keputusan
Ikhlaskan hati hanya untuk Allah
Tidak ada manusia yang susah di dunia apabila hidupnya untuk Allah
Manusia boleh bercakap soal yang lepas dan yang sudah terjadi
Tapi hal dan urusan yang akan datang hanya Allah mengetahui
Tawakal kepada Allah
Allah mengetahui segala-galanya, percayalah ~
Kita ini semua hamba Allah
Jangan down
Percayalah pada perancangan Allah
Doakan yang terbaik
Kuatkan hubungan kita dengan Allah
InsyaAllah, Allah bantu kamu

Wallahu'alam


Segala puji bagi Allah tuhan sekelian 'alam.
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tuhan yang Maha Memiliki segalanya di atas bumi yang diciptakan- Nya.
Maka insan juga berpijak di atas bumi kerana-Nya.

Hari demi hari, ujian demi ujian.
Insan diuji bukan kerana kesombongan kadang kalanya.
Namun hakikat yang sebenar ujian adalah sayangnya Tuhan kepada insan.

Mata menjadi saksi betapa hebatnya kekuasaan Tuhan.
Tinggi bukan beerti kemegahan,
Tinggi bukan lambang menjadi kesombongan,
Tinggi juga bisa ditenggelami air kerana ianya kuasa Tuhan.

Linangan air mata sudah tidak dapat bertahan.
Sungguh kuat jiwa mereka yang diuji dengan segala kedahifan yang ada.
Tetapi kekuatan pada Tuhan menyakinkan bencana adalah keinginan Tuhan.
Keredhaan dalam jiwa mereka membuatkan aku tidak dapat mengungapkan aku ialah insan bersyukur, kerana mereka lebih memahami konsep syukur dalam kerangka yang sebenar.

Dalam kita suka orang lain ada yang berduka.
Bersyukurlah kita atas anugerah Tuhan kepada insan.
Mereka diuji supaya ditambahkan kekuatan.
Kita juga diuji untuk memahami konsep iman.
-HaziqAlafasy (3 Februari 2015)

 
Multi-Colored Light Pointer