Posted by Meshary Ahmad Haziq Alafasy at 10:47 AM 0 comments

Posted by Meshary Ahmad Haziq Alafasy at 6:28 PM 0 comments

Hari demi hari di dada-dada akhbar media asyik bercerita tentang pembunuhan, rogol yang melibatkan kanak-kanak. Budak-budak melalui zaman kejatuhan akhlak, dan siapa yang patut kita persalahkan. Tarbiyah ini tak mampu untuk kita katakan aku tegur dia dengan memberi motivasi bagai. Benda ini bagi ana takkan pernah selesai jika tidak dengan agama. Dalam Islam sendiri di ajar tatertib dan adab untuk insan.
Jika kita lihat sendiri, bagaimana akhlak Rasulullah SAW yang mana didikannya daripada Allah sendiri melalui perantaraan malaikat jibril. Mungkin kita kata nabi itu dikurniakan mukjizat yang dipanggil "Irhas" sewaktu baginda kecil, tapi kita tidak fikirkan yang tak salah kita mengambil teladan dari nabi SAW. Nabi itu sebagai qudwah hasanah yang tiada siapa boleh tandingi. Ada yang kata nabi boleh laa, baginda maksum. Ana soalkan disini, nabi memang maksum namun adakah nabi bukan dari kalangan manusia. Jadi sudah semestinya nabi hidup dengan fitrah insan. Kita mencontohi akhlak nabi, itu yang penting.
Kadang-kadang, YA ! Kita lakukan kesalahan, kerana kita hamba yang dhaif yang tidak bersifat maksum seperti anbiya', namun apa yang nabi ajar adalah untuk minta keampunan daripada Allah apabila tersilap langkah, hal ini sendiri dicatatkan dalam hadis qudsi : " Wahai manusia andaikan dosa-dosamu membumbung kelangit/ menjulang tinggi sampai ke langit lalu engkau memohon ampun kepadaku maka pasti kuampuni dosa-dosamu" (HR.At Tirmidzi dari Anas bin Malik Radiallahu'anhu dihasankan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Shahihu Jami' no.4338)
Macam mana teruk pun seseorang itu, kita boleh pandunya melalu jalan quran dan sunnah, InsyaAllah tarbiyyah yang paling berkesan ana rasa. Bawa mereka untuk faham islam, kita kadang-kadang bagus dah bercakap macam orang 'alim, tapi kita sering ceritakan azab Allah sahaja. Memang tak nafikan adanya azab Allah, tapi kenapa tidak kita ceritakan rahmat Allah yang terlalu luas itu.
Khulasohnya, jangan kita sisihkan golongan yang nak bangunkan negara satu hari kelak. Indahnya bila mereka bangungkan negara seiringan itu bangunnya islam di negara kita. Mereka itu khalifah. Jangan kita hindari diri kita daripada mereka, jahat mana sekalipun hidayah itu milik Allah. Kita just perlu sentiasa dakwah kepada golongan kurang kefahaman agamnya. Husnu dzon dengan mereka, ceritakan keindahan dan rahmat Allah kepada mereka. InsyaAllah, biidznillah mereka berubah, yang penting tarbiyyah itu mesti asasnya ISLAM.
Wallahu'alam ~
Posted by Meshary Ahmad Haziq Alafasy at 8:30 PM 0 comments

Ilmu yang berkaitan dengan hadis, berkaitan dengan perawi, sanad, matan, jenis dan sebagainya. Ilmu hadith merupakan ilmu yang tak ramai tokoh di negara kita. Kebetulan masyarakat hari ini sama ustaz atau orang awam masih lagi tidak 'arif dalam ilmu hadith. Ini menyebabkan hadith-hadith palsu yang kini kian disebarkan di facebook, twitter, wechat menjadi tempat untuk disebarkan oleh golongan remaja yang mana awal niatnya hanyalah untuk menyebarkan kebaikan tetapi penyebaran sering dilakukan tanpa penelitian dan ilmu. Hanya sekadar mendengar dan melihat daripada sumber-sumber karut yang hanya mahu menarik minat ke arah mereka hakikatnya bukan dengan tujuan untuk agama.
"Barangsiapa yang berbohong dengan sengaja atas namaku, hendaklah dia persiapkan tempat duduknya dari neraka"
Sudah berapa banyak hadith palsu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dalam masyarakat. Dan berapa banyak amalan bid;ah yang disokong oleh hadith-hadith palsu tersebar luas. Sunnah makin jauh dari ummah. Sunnah tokoh lebih mereka ikut daripada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Perkara ini telah menimbulkan kesedaran pada diri yang dhaif ini untuk mendalami dalam ilmu hadith. Semoga Allah permudahkan untuk usaha mempelajarinya. Syeikh al-Albani berkata :-
"Jika kita mahu kenal Rasulullah, kita kena kenal sunnah baginda dan nak kenal sunnah perlunya untuk mempelajari ILMU HADITH...."
Wallahu'alam ~
Posted by Meshary Ahmad Haziq Alafasy at 8:31 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)






![[cop.png]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpqbjvprS0yVfU58UCbTkb09oicy3mNPqqV1NuhMLS_EwN0DA0hzehloySTcrQ06vEPbYZoOP6hZhxwiWp1ZCDaoFyHIe2mRFMuoy9lzAuEi0KFJeUCiB9oX5x-rTbDm8FS0ndk-O6cPDD/s1600/cop.png)






