BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers



Hari demi hari di dada-dada akhbar media asyik bercerita tentang pembunuhan, rogol yang melibatkan kanak-kanak. Budak-budak melalui zaman kejatuhan akhlak, dan siapa yang patut kita persalahkan. Tarbiyah ini tak mampu untuk kita katakan aku tegur dia dengan memberi motivasi bagai. Benda ini bagi ana takkan pernah selesai jika tidak dengan agama. Dalam Islam sendiri di ajar tatertib dan adab untuk insan. 
Jika kita lihat sendiri, bagaimana akhlak Rasulullah SAW yang mana didikannya daripada Allah sendiri melalui perantaraan malaikat jibril. Mungkin kita kata nabi itu dikurniakan mukjizat yang dipanggil "Irhas" sewaktu baginda kecil, tapi kita tidak fikirkan yang tak salah kita mengambil teladan dari nabi SAW. Nabi itu sebagai qudwah hasanah yang tiada siapa boleh tandingi. Ada yang kata nabi boleh laa, baginda maksum. Ana soalkan disini, nabi memang maksum namun adakah nabi bukan dari kalangan manusia. Jadi sudah semestinya nabi hidup dengan fitrah insan. Kita mencontohi akhlak nabi, itu yang penting.

Kadang-kadang, YA ! Kita lakukan kesalahan, kerana kita hamba yang dhaif yang tidak bersifat maksum seperti anbiya', namun apa yang nabi ajar adalah untuk minta keampunan daripada Allah apabila tersilap langkah, hal ini sendiri dicatatkan dalam hadis qudsi : " Wahai manusia andaikan dosa-dosamu membumbung kelangit/ menjulang tinggi sampai ke langit lalu engkau memohon ampun kepadaku maka pasti kuampuni dosa-dosamu" (HR.At Tirmidzi dari Anas bin Malik Radiallahu'anhu dihasankan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Shahihu Jami' no.4338)

Ada mereka yang kata anta tidak tahu cara hidup kami. Ana rasa ana lebih dari tahu tentang itu, ana bukannya berkwan dengan orang yang baik yang kaki masjid, kaki kuliah sebagainya. Ana berkawan degan mereka yang kurang didikan agama, ana tidak kata tiada. Tapi kurang. Ada satu hari ana nampak mereka warnakan (dye) rambut. Gelak juga ana tengok kerenah mereka. Mereka lakukan keburukan tapi dalam hati still rasa bersalah, rupanya takutkan mak marah. Kemudian ada seorang bertanya tentang pemakaian dye tersebut. Dalam hati berkata mereka ini still ada rasa nak berubah, hidayah itu milik Allah.

Macam mana teruk pun seseorang itu, kita boleh pandunya melalu jalan quran dan sunnah, InsyaAllah tarbiyyah yang paling berkesan ana rasa. Bawa mereka untuk faham islam, kita kadang-kadang bagus dah bercakap macam orang 'alim, tapi kita sering ceritakan azab Allah sahaja. Memang tak nafikan adanya azab Allah, tapi kenapa tidak kita ceritakan rahmat Allah yang terlalu luas itu.

Khulasohnya, jangan kita sisihkan golongan yang nak bangunkan negara satu hari kelak. Indahnya bila mereka bangungkan negara seiringan itu bangunnya islam di negara kita. Mereka itu khalifah. Jangan kita hindari diri kita daripada mereka, jahat mana sekalipun hidayah itu milik Allah. Kita just perlu sentiasa dakwah kepada golongan kurang kefahaman agamnya. Husnu dzon dengan mereka, ceritakan keindahan dan rahmat Allah kepada mereka. InsyaAllah, biidznillah mereka berubah, yang penting tarbiyyah itu mesti asasnya ISLAM.


Wallahu'alam ~



Ilmu Hadith...
Ilmu yang berkaitan dengan hadis, berkaitan dengan perawi, sanad, matan, jenis dan sebagainya. Ilmu hadith merupakan ilmu yang tak ramai tokoh di negara kita. Kebetulan masyarakat hari ini sama ustaz atau orang awam masih lagi tidak 'arif dalam ilmu hadith. Ini menyebabkan hadith-hadith palsu yang kini kian disebarkan di facebook, twitter, wechat menjadi tempat untuk disebarkan oleh golongan remaja yang mana awal niatnya hanyalah untuk menyebarkan kebaikan tetapi penyebaran sering dilakukan tanpa penelitian dan ilmu. Hanya sekadar mendengar dan melihat daripada sumber-sumber karut yang hanya mahu menarik minat ke arah mereka hakikatnya bukan dengan tujuan untuk agama.

Hadith palsu atau maudhu' tercipta apabila muncul segolongan yang cuba mempertahankan hujah individu dan sebagai menambah keyakinan masyarakat terhadap individu. Mereka sanggup berbohong demi kepentingan mereka, Nauzubillah ~ Hal imi, masih berlarutan sehingga sekarang, demi menyokong amalan dan perbuatan bid'ah, nama Rasulullah SAW dijadikan bahan untuk menarik minat orang ramai untuk meraih sokongan perbuatan yang diadakan mereka. Sedangkan Rasulullah SAW telah bertegas dalam hal ini :-

"Barangsiapa yang berbohong dengan sengaja atas namaku, hendaklah dia persiapkan tempat duduknya dari neraka"

Sudah berapa banyak hadith palsu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dalam masyarakat. Dan berapa banyak amalan bid;ah yang disokong oleh hadith-hadith palsu tersebar luas. Sunnah makin jauh dari ummah. Sunnah tokoh lebih mereka ikut daripada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Perkara ini telah menimbulkan kesedaran pada diri yang dhaif ini untuk mendalami dalam ilmu hadith. Semoga Allah permudahkan untuk usaha mempelajarinya. Syeikh al-Albani berkata :-

"Jika kita mahu kenal Rasulullah, kita kena kenal sunnah baginda dan nak kenal sunnah perlunya untuk mempelajari ILMU HADITH...."

Wallahu'alam ~


Hidup dalam kejumudan masyarakat sekeliling. Masyarakat yang mengecilkan skop agama, mereka hanya berfikir agama itu hanya pada laungan takbir, agama itu hanya pada selawat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w, agama itu hanya pada solat, agam itu hanya pada doa, agama itu hanya pada pakain seseorang yakni jubah dan serban, bagi mereka gama tidak layak untuk diucapkan, dibicarakan di tempat awam. Inilah realiti pemikiran yang telah set dalam ribuan malah jutaan fikrah manusia.

Kenapa masyarakat berfikrah seperti ini ? Itulah yang menjadi persoalannya. Masyarakat kian lam tidak matang dalam membicarakan agama. Benda yang disyariatkan ada dalam al-Quran dan as-Sunnah mereka menolak kerana ketinggalan jauh dalam memahami sunnah yang sebenar, mereka hanya amal kata-kata dari ustaz mereka. Sedangkan adakah agama itu tertegak dengan ustaz ? Atau amalan ustaz lebih patut kita dahulukan dari Rasulullah ? Inilah masalah bila timbulnya agamawan yang suka mereka-reka bentuk ibadah. Disebabkan menjadi kebiasaan, masyarakat hari ini tidak mampu menilai mana satu jalan agama. Ada pula yang beriya-iya melakukan sunnah yang kononya ustaz mereka kata wujud sedangkan benda itu tidak wujud sekalipun dalam erti kata lain perkara yang direka dalam aga yakni Bid'ah.


Bermaksud: "Sesungguhnya baragsiapa yang berbohong atas namaku, maka masuk ke neraka"

Malangnya mereka lebih mengagumkan tingalan tokoh dari tinggalan Rasulullah sendiri. Masyarakat gagal untuk memahami erti sebenar sunnah dan bid'ah kerana dianggapnya setiap benda yang baik itu sunnah. Ini membuktikan masyarakat hari ini masih tidak terbuka fikrahnya, masih di tokok yang lama dalam memikirkan tentang sunnah. Khurafat yang dibawa oleh orang terdahulu menjadi semakin berleluasa. Inilah fikrah yang terbentuk oleh masyarakat sekarang. Hanya bertaqlidkan amalan-amalan yang mereka rasa bagus dan mengkafirkan apa yang bertentangan dengan mereka juga takfir jika perlu kepada mereka yang mengajak kepada jalan sunnah yang sebenar hakikatnya.

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah :

"Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan TAQLID ! Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuaian dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelasa daripada ayat itu dan berpegang padanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah mendapat mazahab kamu, bukan ayat tersebut.
Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi mazahab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat pelbagai takwilan dan mengeluarkan dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu.
Inilah juga yang kamu lakukan terhadap nas-nas sunnah. Jika kamu dapati dalam hadith yang shahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata, kami ada sabda Nabi s.a.w begini dan begitu. Jika kamu dapati seratus lebih hadith shaih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu hadith..."

TAJDID. Ya, perkataan yang mudah untuk disebut, tapi betapa ramai yang benar-beanr faham tentang perkataan tersebut ? Satu perkataan yang boleh merubah persepsi berjuta malah berbilion fikrah insan jika menghayatinya. Namun peluang untuk menghayati dan gerakkan sukar untuk dilaksanakan selagi mana ada golongan yang tetap berkeras dengan fikrah yang mereka itu. Jumud boleh takfir orang bila-bila sahaja yang individu itu mahukan. Hari ini berapa ramai tokoh islam yang hebat dengan perjuangan yang cuba melakukan "Tajdid", tetapi ditakfirkan oleh golongan yang berdiri atas satu fikrah yang jumud.

Dengan adanya fikrah tajdid, membentuk fahaman insan dalam agama yang lebih terbuka tanpa tertumpu kepada satu pendapat. Demi menjamin masa depan agama. Sememangnya islam perlukan mereka yang berfikiran terbuka. Lebih-lebih lagi kita yang hidup dalam negara yang ada pelbagai agama dan bangsa, suapaya mereka melihat keindahan yang ada pada islam. Fikrah tajdid membentuk insanyang berkualiti dalam memahami agama, daripada membezakan antara ritual dan spiritual.


Bermaksud : "Barangsiapa membuat pekerjaan baru pada urusan kami ini (agama), maka ianya tertolak"

Wallahu'alam ~

23/10/13


Mak & Ayah menjadi pelengkap hidup seorang yang bernama insan. Sebut sahaja seorang anak, semuanya mempunyai Mak dan Ayah melainkan yang sudah pergi dijemput Allah. Namun mereka masih juga ada seorang mak dan ayah. Tanpa mak dan ayah maka tidak dilahirkan seorang manusia yang berjasa pada Agama, pada Negara dan Pada kedua orang tuanya. Ana ingin kongsikan seutus surat dari seorang anak untuk mak dan ayahnya. Surat ini ana dapat apabila mengadakan program di asrama. Surat tersebut merupakan daripada pelajar tingkatan satu. Ana kira dia cukup ikhlas apabila menulis surat tersebut.

Assalamualaikum, Ibu....
Adik minta maaf atas apa-apa kesalahan yang adik lakukan. Adik harap ibu maafkan adik. Adik sayangkan ibu. Ibu jangan pergi meninggalkan adik. Adik berterima kasih atas segala perngorbanan yang ibu telah lakukan. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku dan dosa ibuku, Kau tempatkan ibuku dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik sayang ibu. Adik akan menjadi orang yang berguna. Segala nasihat apabila ibu marah, adik redha. Adik terima dengan hati yang terbuka. Ampunkan adik ibu.....
Abah....
Adik minta maaf jika adik ada buat salah. Adik sayangkan abah. Adi minta maaf, adik banyak buat salah. Adik mendengar segala nasihat abah, segala arahan abah. Adik janji, adik akan jadi insan yang berguna. Abah jangan pergi meningalkan adik, kakak, dan abang. Ya Allah, ampunkanlah dosaya abahku, tempatkanlah abahku di dalam golongan orang yang beriman. Adik redha atas teguran dan nasihat abah. Adik sayangkan abah sangat-sangat. Adik akan belajar bersungguh-sungguh dan buktikan kepada ibu dan abah bahawa adik ini adalah anak yang berguna. Maafkanlah adik. Adik tahu adik banyak menyakiti hati ibu dan abah. Adik sayang ibu dan abah seumur hidup adik.

*Semoga menjadi anak yang soleh. ~

**tiada tokok tambah sedikitpun dari surat yang sebenar

 
Multi-Colored Light Pointer