BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Merenung jauh ke sudut hati
Terasa dekatnya dengan mati
Gelap hati
Hilang sudah cahaya
Kerap kali soalan diulangi
Patutkah aku mati ?
Patutkah aku mati ?
Tetapi amal aku makin bekurang
Dosa pula makin bertambah
Ujian Allah sudah tidak kuat aku hadapi
Aku insan lemah
Tidak berdaya mengharungi cabaran ini lagi
Tapi aku tahu inilah yang terbaik dari Illahi

Aku sedar ada orang yang hidup lebih susah dari aku
Tetapi dia lebih bersyukur dengan apa yang dia ada
Aku sangka bila aku ada segalanya aku akan bahagia
Terleka aku
Terlupa aku
Bahagia itu Allah yang uruskan
Bahagia itu milik Tuhan
Mungkinkah kerana aku terlalu jauh dengan Tuhan
Mungkin juga aku mendekati langkah syaitan
Benda yang aku perlu ialah mensyukuri nikmat Tuhan
Tidak kufur kepada arahan Tuhan
Kerana aku ini Insan yang Pemiliknya Tuhan
Sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik tempat untuk Insan dapatkan Kebahagian
Semoga Allah mengurniakan hati yang berdoa
Semoga Allah anugerahkan mulut yang memujiNya
Semoga Allah campakkan kesedaran tentang dosa.

-Haziq Alafasy-
21/4/15
9:04 p.m


Ada dua hadith yang orang selalu kaitkan dengan IS/ISIS. Dan kedua-dua hadith ini telah pun dinilai dhaif oleh ulama’. Dari Walid dan Risydin dari Ibnu Lahaiah dari Abi Qobil, dari Abu Rumman dari Ali bin Abi Thalib, beliau mengatakan, إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّايَاتِ السُّودَ فَالْزَمُوا الأَرْضَ فَلا تُحَرِّكُوا أَيْدِيَكُمْ ، وَلا أَرْجُلَكُمْ ، ثُمَّ يَظْهَرُ قَوْمٌ ضُعَفَاءُ لا يُؤْبَهُ لَهُمْ ، قُلُوبُهُمْ كَزُبَرِ الْحَدِيدِ ، هُمْ أَصْحَابُ الدَّوْلَةِ ، لا يَفُونَ بِعَهْدٍ وَلا مِيثَاقٍ ، يَدْعُونَ إِلَى الْحَقِّ وَلَيْسُوا مِنْ أَهْلِهِ ، أَسْمَاؤُهُمُ الْكُنَى ، وَنِسْبَتُهُمُ الْقُرَى ، وَشُعُورُهُمْ مُرْخَاةٌ كَشُعُورِ النِّسَاءِ ، حَتَّى يَخْتَلِفُوا فِيمَا بَيْنَهُمْ ، ثُمَّ يُؤْتِي اللَّهُ الْحَقَّ مَنْ يَشَاءُ Apabila kalian telah melihat bendera-bendera hitam, tetaplah di tempat kalian dan jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan berkuasa sekelompok orang yang lemah akalnya, tidak teranggap, hati mereka seperti potongan besi. Mereka penduduk daulah (menguasai banyak daerah), tidak memenuhi janji. Mereka mengajak menuju kebenaran, padahal mereka bukan pemilik kebenaran. Nama mereka berawalan kun-yah (identitas tidak jelas) dan nisbah mereka kepada desa. Rambut mereka terjuntai seperti rambut wanita. Hingga terjadi sengketa diantara mereka, kemudian Allah mendatangkan kebenaran melalui orang yang Dia kehendaki. Hadith ini membawa maksud larangan mengikut gerakan tersebut yang padanya terdapat ciri-ciri IS/ISIS. 1)Bendera hitam 2)Hati seperti potongan besi 3)Menguasai daerah 4)Mengajak kepada kebenaran kononya 5)Nama kun-yah pada awal dan menisbahkan kepada desa sebagai contoh ketua mereka Abu Bakar al-Baghdadi Namun Hadis ini dinilai lemah oleh para ulama, karena beberapa catatan, 1)‘An’anah dari al-Walid 2)Risydin bin Sa’d perawi yang dhaif 3)Ibnu Lahaiah perawi yang lemah 4)Abu Ruman perawi yang Majhul (tidak dikenal). Disebutkan oleh Ibnu Mandah dalam Fathul Bab, tanpa penilaian. (as-Silsilah ad-Dhaifah, 1/440) Manakala ada satu hadith yang menyebut tentang mereka tetapi suruh mengikut mereka. Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فائتوها فان فيها خليفة الله المهدي Apabila kalian melihat bendera-bendera hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datangilah dia, karena di sana ada khalifah Allah al-Mahdi. Petunjuk dalam hadith bendera-bendera yg datang dari khurasan. Namun hadith ini juga dinilai dhaif oleh ulama’. Dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Ali bin Zaid bin Jadza’an, yang dinilai dhaif oleh Imam Ahmad dan yang lainnya. Al-Munawi dalam Faidhul Qodir mengatakan, وفيه علي بن زيد بن جذعان نقل في الميزان عن أحمد وغيره تضعيفه ثم قال الذهبي أراه حديثا منكرا Dalam sanadnya terdapat perawi Ali bin Zaid bin Jadza’an. Disebutkan dalam al-Mizan dari Ahmad dan yang lainnya yang mendhaifkan orang ini. Kemudian ad-Dzahabi mengatakan, ’Menurutku ini hadis munkar.’ (Faidhul Qodir, 1/363) Syuaib al-Arnauth dan Imam al-Albani juga, mendhaifkan hadis ini. Kedua hadith ada illah pada sanad, yakni disebabkan oleh perawi yang majhul dan dhaif.

Saya bertawaquf dalam hal ini. Wallahu’alam ~


Pena kata tanpa suara,
Nukilan jiwa yang diganggu fikirannya,
Mencelah dalam kegelapan malam meniup kasih tanpa sempadan.
Kasihku pada bonda,
Kasihku pada ayahanda,
Kasihku buat keluarga tercinta.

Kegelapan itu sunyi,
tapi dipenuhi dengan suara hati.
Hati terasa alpa,
Jiwa terasa sengsara,
Mungkin petanda jauhnya insan dengan Rabbnya,

Kematian tidak menjemput insan seperti menerima surat tawaran ke universiti tempatan,
Ia datang tanpa diduga,
Juga tanpa dipaksa.
Hakikat insan hidup dalam kelalaian.
Alpa menjadikan insan terkecewa.
Jauh dari insan melafazkan kesyukuran kepada Tuhan,
Kufur dengan nikmat tuhan lebih dekat dengan insan.

Andai malam itu gelap,
Akan tiba lagi satu kegelapan yang tiada bandingan.
Mungkin keseorangan,
Mungkin ditemani haiwan.
Yang pasti tiada kemewahan,
yang tinggal hanya amalan.

Dalam gelap disuluhui lampu terang,
Kegelapan yang membingungkan ummah,
Kegelapan yang mengelirukan ummah,
Namun masih ada yang memadamkan lampu-lampu terang,
Mereka rasa angkuh berada dalam kegelapan,
Mereka rasa mereka hebat berada dalam kegalapan,
Sehingga mereka sanggup mengabaikan cahaya yang datang,
Cahaya yang menunjuk jalan keluar dari kegelapan.
Ikutlah Quran dan Sunnah.
Mengkuti Quran dan Sunnah bukanlah wahabbi.
Ini panduan yang Allah dan Rasul tinggalkan.
Tidak akan sesat mereka yang berpegang teguh kepadanya.
Beraqidahlah seperti aqidah Quran dan Sunnah,
Beribadatlah seperti Quran dan Sunnah,
Bermuamalahlah seperti Quran dan Sunnah.
Maka kita akan selamat dari fitnah orang yang menghancurkan ketulenan agama.


Orang tanya berapa result ?
Maka aku hanya mampu menjawab Alhamdulillah.
Alhamdulillah, bukan beerti straight A's
Segala puji-pujian itu hanya layak untuk Allah
Tidaklah aku merasakan result aku ini bagus
Tidak juga aku merasakan result aku ini teruk
Kerana setiap apa yang Allah berikan itulah yang paling terbaik

اللهم لا مانع لما اعطيت, ولا معطي لما منعت, ولا ينفع ذا الجد منك الجد

"Ya Allah, tidak ada yang dapat menghalang apa yang Kau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Kau halang, dan tidak akan ada yang dapat memberi manfaat harta benda mereka untuk menyelamatkan mereka daripada Kau"

Kehidupan perlu kebergantungan kepada Allah azza wa jalla
Insan akan merasakan keajaiban sekiranya meletakkan pengharapan kepada Allah
Redha dengan keputusan
Ikhlaskan hati hanya untuk Allah
Tidak ada manusia yang susah di dunia apabila hidupnya untuk Allah
Manusia boleh bercakap soal yang lepas dan yang sudah terjadi
Tapi hal dan urusan yang akan datang hanya Allah mengetahui
Tawakal kepada Allah
Allah mengetahui segala-galanya, percayalah ~
Kita ini semua hamba Allah
Jangan down
Percayalah pada perancangan Allah
Doakan yang terbaik
Kuatkan hubungan kita dengan Allah
InsyaAllah, Allah bantu kamu

Wallahu'alam


Segala puji bagi Allah tuhan sekelian 'alam.
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tuhan yang Maha Memiliki segalanya di atas bumi yang diciptakan- Nya.
Maka insan juga berpijak di atas bumi kerana-Nya.

Hari demi hari, ujian demi ujian.
Insan diuji bukan kerana kesombongan kadang kalanya.
Namun hakikat yang sebenar ujian adalah sayangnya Tuhan kepada insan.

Mata menjadi saksi betapa hebatnya kekuasaan Tuhan.
Tinggi bukan beerti kemegahan,
Tinggi bukan lambang menjadi kesombongan,
Tinggi juga bisa ditenggelami air kerana ianya kuasa Tuhan.

Linangan air mata sudah tidak dapat bertahan.
Sungguh kuat jiwa mereka yang diuji dengan segala kedahifan yang ada.
Tetapi kekuatan pada Tuhan menyakinkan bencana adalah keinginan Tuhan.
Keredhaan dalam jiwa mereka membuatkan aku tidak dapat mengungapkan aku ialah insan bersyukur, kerana mereka lebih memahami konsep syukur dalam kerangka yang sebenar.

Dalam kita suka orang lain ada yang berduka.
Bersyukurlah kita atas anugerah Tuhan kepada insan.
Mereka diuji supaya ditambahkan kekuatan.
Kita juga diuji untuk memahami konsep iman.
-HaziqAlafasy (3 Februari 2015)


Manusia berlumba-lumba mencari kekayaan.
Mereka mahukan,
Rumahnya besar,
Keretanya mewah,
Pakaiannya mahal.
Semua orang mahu untuk jadi kaya.
Tapi tuhan tidak berinya kepada semua.
Jika manusia berlumba-lumba mencari akhirat,
maka mereka semua akan dapat akhirat.

Kekayaan bukanlah boleh memberi hakikat bahagia.
Ada orang yang kaya,
 hidupnya lebih sempit dan kosong daripada yang miskin.
Kerana bahagia itu milik tuhan.
Adakalanya sesorang itu makannya pun,
kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Tetapi kehidupan dia lebih bahagia daripada orang yang makannya mewah.
Kerana itu Allah tidak menjanjikan sebarang kebahagian jika kita mengecapi dunia.
Allah menjanjikan barangsiapa yang berusaha untuk akhiratnya,
maka Allah berikan kebahagiannya di dunia dan di akhirat.

Kembalilah kepada Allah.
Jauhilah kesombongan.
Ingat mengingatilah golongan yang lemah.
Bantu membantu dalam urusan dunia dan akhirat,
Fastabiqul khairat !



Tatkala aku kesedihan,
Maka bertanyakan kepada tuhan,
Mengapa mereka tidak memahami diri ini ?
Mengapa mereka tidak percaya jiwa ini ? 
Mengapa mereka menutup ruang kepada insan ini ?

Tetapi tuhan,
Diriku tetap ada Mu yang tidak pernah jemu mendengar rintihan ini, 
Walaupun aku tidak melihat,
tetapi aku percaya Kau pasti akan mendengar setiap hati insan.
Kurniakanlah kepada insan ini ketenangan.
Ujian tanda Kau benar-benar sayang.
Kau satu-satunya yang tahu akan hati ini.
Sama ada jujur, ikhlas atau menipu.
Semuanya Kau tahu,
kerana Kau Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.
Tetapkanlah hati ini untuk terus bersama Mu wahai tuhan.

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ


Andai aku tidak lagi meneruskan kehidupanku di dunia ini.
Khabarkan kepada mereka, 
aku bukanlah orang yang soleh.
Khabarkan kepada mereka,
aku bukanlah orang yang baik.
Tidak aku minta jenazahku untuk ditalqinkan seperti adat kebiasaan.
Tidak aku minta kenduri dan segala amalan untuk disedekahkan.

Aku hanya minta agar, 
sentiasalah berjalan dan berpegang pada tali sunnah.
Perjuangkanlah sunnah.
Hidupkanlah sunnah.
Cintailah sunnah.
Kerana itu cara kamu mencintai Nabi s.a.w

أحـب الصالحيـن ولسـت منهـم


"Aku mencintai orang soleh, 
dan aku bukan dari kalangan mereka."

Selamat tinggal dunia


Di mana kita wahai remaja ?
Ketika ummah dilanda pelbagai masalah.
Di mana kita wahai remaja ?
Tatkala melihat, maruah saudara kita dicabul oleh pengganas durjana.
Di mana kita wahai remaja ?
Tatkala bangsa kita dilanda ujian untuk meneguhkan iman mereka ?
Iman mereka sudah diuji jangan lupa iman kita juga diuji.
Dulu kita wahai remaja mengatakan 'Islam bersaudara'
Tapi setakat manakah kita faham akan ia ?
Di mana kita wahai remaja ?
Di mana kita wahai remaja ?
Di mana kita wahai remaja ?
Nak tahu kita di mana ?
Kita di laman sosial enak bercerita tentang cinta.
Kita di laman sosial enak memuat naik gambar selfie yang mengada-ngada.
Kita di laman sosial, enak memikirkan tentang relationship goals.
Kita enak bergelak ketawa menonton hiburan.
Kita di jalanan, lepak tanpa arah tujuan.
Maka wahai remaja.
Sedarlah kamu dari kelalaian dunia.
Siapakah yang akan mengoncangkan dunia di hadapan yahudi jika bukan kamu.
Jangan leka, jangan alpa.
Tuntutlah ilmu selagi peluang yang ada,
bukan merebut peluang untuk bercinta.
Bangunlah kamu dari mimpi, untuk menuju jalan anbiya'.
Menuju jalan pemuda impian sahabat.
Menuju jalan pemuda yang Allah khabarkan.
Sesungguhnya kita pasti mampu mengoncang dunia.

Andai baginda bersama kita...
Kita desak konsert ambang tahun baru di putrajaya dibatalkan..kita kata membazir, mangsa banjir lebih perlukan duit itu..fine..in fact mereka dh pun batalkan..

Tapi kenapa kita xdesak malam cinta rasul yang turut menelan belanja yang tinggi? Adakah kerana slogan yg digunakan ialah slogan 'munajat', 'selawat' atau 'cinta rasul' semata2?
Para sahabat juga berselawat, bermunajat dan cinta rasul, tetapi wang mereka diinfaq kpd perkara yg lebih utama seperti jihad..cinta yang hakiki perlu dimanifestasi dgn penghayatan kpd kehidupan nabi..bukan hanya bait pujian semata..
Kesimpulannya, teruskan berselawat dan bermunajat di rumah masing2, dan salurkan duit itu utk yang lebih memerlukan..itu akan lebih menggembirakan hati nabi, andai baginda bersama kita..
Fa'tabiru!

Credit to sahabat saya : Abd ar-Rahim Elias

Apabila ditanya kepada Syeikh Dr Yaser " يمكن التواصل مع الموتي ؟ "
Maka jawab syeikh " لايجوز فهذا من الشرك "

Berikut ada soalan yang saya kemukakan kepada syeikh. Syeikh Dr Yaser merupakan antara anak murid Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Kebanyakkan pendapatnya sangat dekat dengan guru beliau al-Qaradhawi. Semoga jawapan ini mampu mengukuhkan lagi kita kepada aiqdah yang shahih daripada Allah dan Rasulullah saw. Wallahu'alam


Saya terdengar kalam "Biarpun hadith itu dhaif, tidak salah untuk kita ambil dan percaya".
Maka apakah ini semua ?
Kita membiarkan agama dieksploitasi oleh golongan yang tidak menerapkan keaslian dan ketulenan agama.
Sebenarnya hadith yang telah disampaikan telah saya kenal pasti ianya bukan hadith dhaif tapi hadithnya adalah maudhu'. Maka siapa yang belajar disiplin ilmu hadith, maka dia akan faham apa kepentingan hadith yang shahih. 
Agama bukan dari benda yang karut, bukan semua benda boleh cop kepada agama.
Agama hari ini sudah tercemar dengan unsur yang merepek, karut sehingga saya pernah bentangkan akibat ajaran yang merepek dalam agama kepada yang lain. Di dalamnya saya bentangkan apakah respond agama lain apabila tengok "beginikah islam ? why so funny ?" secara tak sedar agama islam diperlekehkan oleh agama lain. 
Kembalilah kepada ketulenan agama yang bersumberkan quran dan sunnah serta athar para sahabat radiallahuanhum.

Wallahu'alam ~

Allah beri peluang grab buku Ustaz Hasrizal.
Sebenarnya lama dah tenung buku ni sejak sebelum SPM lagi.
Saya rasa masih ramai yg tidak mengenali tokoh ulung suatu ketika dahulu di turkey.
Imam Birgivi antara tokoh yg saya sangat kagumi.
2 kertas putih tu antara usaha dulu saya cuba memahami sejarah Imam Birgivi yg tak ramai orang sebut. Kemudian kajian terhenti bila exam makin dekat, and now berhasrat untuk faham lebih lagi dengan buku yg dibeli.
Daripadanya saya mengenali hakikat seorang sufi.
Sufi tak perlu kepada perwatakan kusut masai, sufi tak perlu kepada zikir menari, sufi tak perlu kepada makan di tempat jalanan kerana itu bukan makna sufi yg sebenar.
Saya sendiri tertanya-tanya pada awal saya mengenali sufi, namun dari watak yang salah.
Lalu diri ini, fikir agak mustahil sufi  seperti yang ditunjukkan oleh sebahagian syeikh, atau di youtube dengan pelbagai tarekat dlm pelbagai tarian, maka dalam hati mengatakan ini bukan daripada jalan quran dan sunnah. Ini adalah mereka yang telah sesat tapi menggunakan nama sufi yang mulia itu.
Tetapi saya selalu didatangi oleh mereka yang menyokong kumpulan sesat itu, sehingga kadang-kadang saya pula dilabel sebagai itu dan ini. Semoga Allah mengampunkan mereka, kerana sufi yang mereka amalkan sangat bertentangan dengan apa yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya malah mereka adalah ahli bid'ah.
Merujuk kembali kepada kitab tokoh sufi iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitab yang dipanggil sebagai kitab putih. Beliau menerangkan dengan jelas tentang pendiriannya dalam hal-hal agama, dan sangat bertentangan dengan mereka yang mengaku mengikut tarekat beliau dan sebagainya. Beliau mengajak untuk terus taat kepada Quran dan Sunnah serta tinggalkan apa yang bukan dari keduanya. 
Maka jelas apa yang saya faham, sufi adalah mulia tetapi telah dicemari oleh ahli bid'ah dengan amalan yang menyeleweng daripada ajaran agama yang sebenar. Tidak ada orang yang lebih sufi daripada Rasulullah saw, lalu kenapa tidak mengikuti Rasulullah saw ? Ini pandangan saya. Setahu saya tidak ada lagi tokoh sufi yang muktabar melakukan amalan sepertimana mereka yang mengaku sufi pada masa ini.
Hakikatnya orang yang mengaku sufi sekarang ini tidak memahami apa itu sufi, mereka mengagungkan sufism sehingga dikritik sesat dan sebagainya bukan kerana sufi itu sesat tetapi cara orang kononya sufi itu yang buat mereka nampak sesat.
Sufi itu suci jalannya, indahnya terletak kepada ilmu seseorang memahami makna sufi.
Just nak cakap sufi yang ada sekarang jauh dari tokoh sufi yg ulung seperti Imam Hasan al-Basri, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan juga Imam Birgivi.
Wallahu'alam ~

#ImamBirgivi #Sufism #MenalarMaknaDiri

Jika tuhan mengizinkan ketenangan,
maka kau akan dapat ketenangan.
Jika tuhan mengizinkan keamanan,
maka kau akan dapat keamanan.
Begitu juga jika insan telah ditetapkan untuk siapakah dia,
maka tetaplah jawapan itu dari tuhan.
Semuanya berlaku atas kehendak tuhan, di samping ada perkara yang disandarkan atas usaha manusia itu sendiri.
Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Tuhan boleh memiliki segalanya,
Tuhan memiliki hari pembalasan,
Mana mungkin tuhan tidak boleh memiliki hati insan.
Semuanya yang ada pada insan, semuanya milik tuhan.
Hakikat insan, pasti akan melakukan kesalahan.
Manusia itu melakukan kesalahan sama ada sedar atau tak.
Adakalanya kita merasakan tindakan itu betul,
pada hakikat ianya salah.
Maka telah menjadi sunnah untuk belajar dari kesalahan.
Semua orang tidak mengundang kesalahan,
tapi terima kasih buat insan yang sentiasa mengingatkan.
Andai ada kalam, atau perbuatan dari nafsi yang tidak menyenangkan,
atau perasaan yang tak patut diluahkan,
atau juga diri ini pernah melukakan.
Maafkanlah, maafkanlah, maafkanlah.
Diri ini masih bertatih mengenal tuhan pencipta.
Wallahu'alam ~
al-Faqir.....

Bezanya generasi terdahulu dengan sekarang.
Jika hari ini kebanyakan yang menunt ilmu semuanya nak menunjukkan diri mereka 'alim, mampu berdebat, kononya setaraf ulama' ketika bercakap soal agama.
Mereka yang terdahulu belajar kerana ilmu, kerana ingin dekat dengan tuhan, kerana mahu diri dihilangkan kejahilan disamping mereka belajar penuh keihklasan dalam diri sebab tu mampu melahirkan akhlak terpuji.
Sangat berbeza dengan penuntut ilmu sekarang yang hilang akhlaknya.
Saya sendiri kadang-kadang tidak dapat mengawal emosi apabila hendak mempertahankan atau menegakkan hujah yang shahih dari quran dan sunnah walaupun niat untuk membela perkara yg benar, semuanya perlu dengan akhlak. Saya menangis membaca penulisan yg bercerita tentang Ahmad Ammar. Sungguh dia insan yang penuh dengan akhlak, saya juga pernah menangis membaca tentang akhlak para imam, salaf as-soleh yang sentiasa peribadi mereka penuh dengan akhlak ketika berhadapan dengan ilmu.
Sungguh saya sayangkan sahabat-sahabat saya yang menegur tatkala saya terlalu ekstem. Sungguh diri ini tidak akan terhindar daripada melakukan kesalahan. Mereka mengembalikan saya kepada hakikat ilmu, ilmu tanpa akhlak tiada gunanya. Imam as-Syafie ketika berdepan dengan mereka yang tidak mahu menerima kebenaran, kata as-Syafie jauhilah dirimu daripada berhujah/berdebat dengan orang yang tidak mahu menerima dan terus dengan kejahilan mereka kerana disana tidak akan bertemu kebenaran yang engaku inginkin sebaliknya hanya perbalahan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat.
Saya cuma nak ingatkan terimalah selagi mana hujah itu datang dari quran dan hadith kerana ianya bukan kalam insan yang penuh dengan tipu daya. Walaupun bertentangan dengan apa yang kita ada, kerana quran dan hadith fungsinya membawa kita kepada kebenaran hakiki. Berpegang teguh dengan quran dan hadith nescaya tidak akan sesat. Tinggalkan fantik/taksub kepada individu.
Wallahu'alam


Only in Malaysia the word 'Allah' only for muslim.
Ketika di tanya Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi tntg pengunaan kalimah Allah oleh non muslim. Beliau cuma jawab "Allah rabb Al-'Alamin. I just tell the truth, this is malaysia. So I have the freedom of speech, right. Kita mempertahankan kalimah Allah dah macam seorang hero, tapi masjid/surau tak penuh pun, kalimah Allah yg sibuk dipertahankan daripada non-muslim guna tetap kurang bergema di masjid/surau. Jika benar kita nak perlihara kita juga patut tunjuk yg kita sangat menjaga ini tidak hanya lantang bersuara. Ada juga puak yg sampai nak penjarakan org yg benarkan penggunaan kalimah Allah. ni apa cerita pula ? surely penjara dekat Malaysia ni mmg untuk orang agama, orang miskin yg terpaksa mencuri, orang yg bangkit mempertahankan haq, mana pergi penjenyah rasuah, zalim tu semua ? Cukup lantang bercakap tentang kalimah Allah, rasuah still berleluasa. I'm only 17, but this is the fact. Kilang arak, casino, pusat rumah urut, pusat GRO, pusat pelacuran yang tu takda siapa nak pertikai takda siapa nak ambil tindakan, bila kalimah Allah tak yang solat pon sibuk nak pertikai. Ada benda yang lebih penting seperti keadilan, hormat-menghoramti, menunaikan hak itu yang perlu dititikberatkan bagi saya.
Wallahu'alam ~

Fa'tabiru ya ulil absor !

‪#‎JustTellTheTruth‬ ‪#‎FreedomOfSpeech‬


SIAPAKAH AHBASH DAN AJARAN MEREKA?
Soalan: Saya tengok ada kumpulan yang mendakwa hanya mereka Ahlus Sunnah wal Jamaah lalu sering mengkafirkan pihak lain, memaki hamun orang dan asyik tuduh orang lain yang tidak sependapat sebagai wahabi. Mereka ini katanya berpusat di Lebanon dan sekarang akan pengikut di Malaysia. Mereka dipanggil ahbash. Siapakah mereka ini dan apakah pendapat tentang ajaran mereka?

Jawapan Dr MAZA: Beberapa perkara perlu kita tahu dalam isu Ahbash ini;

1. Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya. Sabda Nabi s.a.w:
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2. Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama. Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini.

3. Ahhash antara aliran yang terkenal suka mengkafirkan orang lain. Mereka berpusat di Lebanon, diasaskan oleh seorang lelaki habsyi atau negro yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari. Mereka mendakwa merekalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir.

4. Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya: “Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-'Asy'ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa'iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

5. Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu..”.

6. Timbalan Presiden The European Council for Fatwa and Research (ECFR), al-Syeikh Faisal Maulawi menyebut: "al-Ahbash atau (Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fekah yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini. Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-pandangan syeikh mereka. Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah”.

7. Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah pula membuat kenyataan berikut: “Maka untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak. Pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir. Sesungguhnya al-Habasyi (pengasas Ahbash) mengkafirkan ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah Hassan Khalid, Subhi Salih, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif” Banyak lagi fatwa para ulama mengenai kemelampauan puak Ahbash ini.

8. Antara perkara yang menakutkan yang digunakan oleh puak Ahbash ini, selain dari maki-hamun, cerca, fitnah dan serangan peribadi, mereka juga menggunakan pendekatan menghalalkan darah orang yang mereka musuhi. Ini kita boleh lihat dalam tulisan mereka di mana-mana terutama di media social hari ini. Di Malaysia kita dapat lihat gelagat penganut ini menggunakan pendekatan yang sama.

9. Di Lebanon, sebelum ini mereka begitu menonjol dan ganas sehinggalah mereka dikaitkan dengan pembunuhan Presiden Rafiq Hariri. Ini apabila ‘Ulil Amri’ yang dirasakan sudah tidak dapat berkerjasama dengan mereka. Sebelum itu mereka juga mengkafirkan bekas Mufti Lebanon Hasan Khalid dan membunuhnya. Mereka menulis di dinding-dinding di Lebanon: “Katakan tidak kepada Hassan Khalid yang kafir”. Menjadi tabiat Puak Ahbash ini suka memfitnah mengada-adakan cerita bohong dan mempersendakan gambar dan mengubah fakta. Di Malaysia, kelompok Ahbash ini ada mempunyai blog dan media sosial mereka yang tersendiri. Pembaca boleh layari untuk melihat gelagat mereka. Mereka memenuhinya dengan maki hamun, menokok tambah gambar-gambar orang yang mereka tidak suka dan membuat berbagai pembohongan fakta yang lain.

10. Juga antara pendekatan yang digunakan Ahbash ialah mendampingi pihak yang berkuasa untuk menentang dan memfitnah tokoh-tokoh yang mereka tidak suka. The Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA) menyebut bagaimana pengasas mereka Abdullah Harari berpakat menghasut pihak berkuasa Habshah sehingga menyebabkan pengetua Pusat Tahfiz al-Quran di sana di penjarakan selama 23 tahun. (http://www.amjaonline.com/ar) Pendekatan menggunakan pihak berkuasa dan mendampingi pemerintah dengan menyebarkan racun fitnah, cerca, mengkafir merupakan jalan yang dipilih oleh Ahbash di negara-negara yang mereka cuba bertapak.

11. Maka kebelakangan ada media massa, media social, seminar, masjid, surau dan selainnya yang menimbulkan isu mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahhab, isu wahhabi, isu Ahlus Sunnah, isu tidak terikat mazhab al-Syafi’i dan berbagai lagi. Bukan isu-isu ini tidak wujud sebelum ini, tetapi Ahbash berjaya menyemarakkan api permusuhan dan kebencian dengan lebih dahsyat. Isu-isu ini diulas bagaikan perang jihad mesti dilakukan untuk menghapuskan sesiapa yang berbeza. Bila racun Ahbash mula menyerap, maka maki hamun kedengaran di masjid dan surau. Malangnya mereka ini mendapat ‘lesen’ bercakap. Mengfitnah, menyesat dan mengkafirkan mula dijadikan senjata. Ia amat menakutkan. Ini akan menghalang kemajuan pemikiran, lebih buruk lagi ia boleh mengundang perbalahan sengit sesama muslim. Sebab itu Akbar al-Watan ketika melaporkan kematian pengasas Ahbash itu menyebut: "Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harari, Pengasas dan Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal dunia di Lebanon ketika umurnya 98 tahun…Al-Harari (Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M, seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab sebelum menetap di Lebanon pada tahun 1950M, beliau sering mengkafirkan para ulama umat Islam." (Akhbar al-Watan: Rabu 3 Ramadhan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil. 2896 tahun kelapan)

Kredit : Dr MAZA


*Abdullah Harari*




Tamat sudah sesi persekolahan dalam hidup ini. Di bumi Al-Mashoor tempat diri ini berpijak mendekati kalam illahi, menerokai ilmu tuhan yang sangat luas itupun tidak sampai setitik ilmuNya yang aku kuasai. Adakalanya aku leka, adakalanya aku lupa. Namun bumi yang ditakdirkan tuhan untukku itu benar-benar mengajar aku hakikat kehidupan seorang hamba yang dahagakan cinta & redha tuhan. Dengat matlamat melahirkan seorang pemimpin di masa hadapan yang mungkin dialah pemimpian, dialah dai'e dan dialah mujahidin yang akan menegakkan kalimah tauhid di seantero pelusuk maya. Mungkin juga aku tidaklah seperti yang mahu mereka lahirkan tetapi aku percaya banyak cahaya yang telah lahir di sana menerangi ummah dengan kalam tuhan dan kalam baginda Rasulullah saw.

Tiba aku di sana umpama sebuku buku cerita kosong
 dengan sebatang pena yang  dengannya untuk dilakar sehingga ke penghujung kisah beserta nilai dan pengajaran. Ia bermula pada 2010 dan menutup segala kisah pada 2014. Sungguh aku tidak percaya ungkapan madah cerita yang indah itu hanya sekelip mata sampai ke penutupnya. Sudah semestinya penutup itu disudahi dengan pelbagai keadaan emosi, gembira, suka, sedih, derita, bahagia semuanya pasti terlakar di buku itu.

Jujur hati ini sangat tenang ketika di sana, kerana itulah impian aku sejak dari darjah 5. Impian untuk menjejakkan kaki lantas mengaut khazanah yang ada di bumi barakah Al-Mashoor. Bumi yang diasaskan oleh para ulama' yang sangat mencintai sunnah baginda, dan sangat benci kepada mereka yang mendustakan sunnah baginda Rasulullah saw. Syed Syeikh Al-Hadi tokoh reformis untuk membawa agama ke arah cahaya kebenaran melalui quran dan sunnah yang kian ditinggalkan dan lebih mengikuti ungkapan manusia biasa yang penuh kedhaifan. Sungguh aku bangga dengan sejarah pembukaan istana ilmu ini.

Aku juga merasa bangga dengan keberadaan guru-guru yang dekat dengan pelajar sentiasa. Tatkalah suka atau duka mereka umpama ibu dan bapa yang menyanyangi tanpa erti penat lelah. Menyumbangkan ilmu walau sering kali terpaksa berkorban harta dan masa, namun demi pelajar yang sangat mereka sayangi, sanggup mereka panjat ke udara tanpa bantuan tiang-tiang untuk sampai kesana kerana cukup semangat mereka membuatkan mereka bisa lompat tinggi ke udara menabur budi dan jasa kepada anak bangsa dan agama. Jujur aku ungkapkan terlalu sukar untuk dicari ganti akan guru-guru Al-Mashoor ini, wang ringgit paling sukar untuk mereka berkira. Apa sahaja makan ? minum ? no problem istilahnya, mereka sentiasa layan seperti anak-anak mereka sendiri. Mereka sukar dicari ganti selamanya ~

Di bumi Al-Mashoor ini juga, aku belajar walaupun dari seorang tukang kebun yang gajinya RM 800 sebulan, aku belajar dari seorang guard yang kerjanya sentiasa mengawasi kawasan sekolah sehingga kurang waktu berehatnya, murah gajinya. Tapi mereka banyak mengajar dan memberi pengajaran kepada diri ini. Seriously aku respect akan mereka. Mereka sentiasa ingatkan aku supaya dekatkan diri dengan tuhan kerana itulah agama, jangan bangga diri walau di mana tahap kita berada dan selalu menolong golongan bawahan bukan kerana mereka tidak mampu tetapi kerana ada janji tuhan untuk mereka yang sentiasa membantu atau menolong saudaranya.

Kalau nak cerita tentang Al-Mashoor 10 novel pon takkan pernah cukup, kerana di sana adalah segalanya.


I'm MASHOORIANS !
#ProudToBeMashoorians
SMKA AL-MASHOOR (L) will always in my heart !
Gonna miss you soon Al-Mashoor <3 font="">


*Sedikit kenangan dari Al-Mashoor*https://soundcloud.com/meshary-ahmad-haziq-alfsy/versi-bilik-seterik-smka-al-mashoor


Kisah ini mengenai seorang sahabat saya yang sangat rapat dengan saya. Kisah mengenai cinta dan kasihnya dia kepada seorang insan yang baginya telah membuka cahaya ke dalam jiwanya yang mana dia sendiri tidak pernah merasakan begitu kepada orang lain walaupun dia sangat rapat. Kerana dia telah menemukan seorang gadis yang dia sangat cintai sesuai dengan ciri-ciri isteri yang dia idamkan dalam hidupnya. Namun hal ini dia bersedih kerana tidak dapat bersama dengan gadis yang dia telah cintai saban hari kerana ada halangan bahawa cintanya itu perlu bersama dengan orang yang gadis itu telah jumpa lebih lama berbanding dengan sahabat saya. Dia hanya melihat gadis yang dia cintai itu hanya di jauh di lubuk hatinya dan perasaan itu tidak hilang dari hatinya.

Saya memghormati keputusannya untuk terus dengan perasaannya tanpa dia ubah walaupun sering kali saya menasihatinya. Kerana cintanya kepada gadis itu, dia tidak pernah tinggal nama gadis yang dia cintai itu dalam doanya dan saya telah pun perasan hal ini dari dulu lagi, sekian lama dia meminta kepada Allah agar disatukan dan dia tidak pernah penat dan berniat untuk berhenti seketika menyebut nama gadis itu dalam doanya kerana dia tahu baginya ada tuhan yang boleh memberi apa yang dia mahukan.

Hatinya bagi saya sangat tabah dan cekal, walaupun kita mungkin nampak poyo hanya kerana seorang gadis dia sanggup buat begitu, tetapi jika kita kembali melihat kepada kisah cinta dahulu sepertiman mughits dan barirah, juga kisah yang sangat popular dalam masyarakat kita kisah cinta laila majnun. Kita melihat laila ini seakan orang gila kerana hanya mahukan cintanya. Sahabat saya ini kadang-kadang dia mengadu yang dia seolah-olah tidak mahu melihat dunia lagi kerana terlalu cintakan seorang gadis, namun saya sentiasa beri dia nasihat agar bersabar dan berfikir setiap kejadian itu pasti Allah telah aturkan kebaikan di celah-celahnya.

Satu hari dia menyatakan hasrat kepada gadis itu untuk menjadi kawan, padahal dia merasakan yang dia tidak mahu kehilangan gadis yang dia cintai itu. Emm saya pun kehairanan memikirkan tentang tindakan sahabat saya itu, kenapa dia betul-betul setia dengan perasaanya sedangkan ramai lagi perempuan yang jauh lebih baik di luar sana, namun saya sering kali dimarahi dia dan katanya saya tidak faham tentang perasaannya.

Diceritakan kepada saya gadis itu ada banyak kebaikan yang membuatkan dia perlu untuk bersama dengan gadis yang dia cintai itu dan tidak sanggup untuk kehilangan gadis seperti itu. Katanya gadis itu sopan, berakhlak, baik budi pekerti, tabah, dan memahami keadaannya. Sehinggakan pada suatu ketika gadis itu meminta maaf atas kesalahaan yang telah dilakukan, tetapi sahabat saya tidak tahu kesalahan apa yang perlu dia maafkan kerana pada matanya gadis itu tidak pernah melakukan kesalahan kepada dia, boleh jadi kerana hatinya dipenuhi dengan perasaan masih dan cinta.

Sehingga kini dia tetap menunggu dan menanti kehadiran semula gadis itu ke dalam hidupnya walaupun dia tahu peluang dia untuk bersama dengan gadis itu agak sedikit, namun katanya dia akan selamanya tunggu kerana dia mencintai seorang gadis itu bukan kerana nak jadikan sebagai kekasih tetapi dia nak jadikan gadis itu sebagai seorang isteri. Saya sangat mengenali sahabat saya itu, dia tidak akan jatuh cinta kepada seorang gadis jika dia tidak niat untuk berkahwin dan dia sangat susah untuk jatuh cinta kepada seorang gadis. Saya kira dia benar-benar ikhlas dan jujur terhadap perasaanya, dia benar-benar ikhlas mencintai seorang insan yang bernama kekasih.

Setakat ini yang saya mampu kisahkan walaupun sebenar saya tak sanggup untuk ceritakan kepada orang, tetapi saya nak tunjukkan masih ada lelaki yang bersetia denga  cintanya. Saya hanya boleh mendoakan sahabat saya, suatu hari nanti pasti mereka akan disatukan Allah walaupun kini dia terpaksa mengharungi pelbagaj rintangan dan derita. Kerana selepas itu pasti ada bahagia. InsyaAllah....

Wallahu'lam

 
Multi-Colored Light Pointer