BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Telah lama terbuku di dalam jiwa terkenang akan kata-kata mutiara yang bermakna, bahkan kadang kala dalam bentuk perbuatan. Andai aku tidak tergesa-gesa, hari ini pasti takkan kecewa. Kerap kali aku berfikir, banyak perkara telah aku sia-siakan kerana mengejar sesuatu yang dahulu kau sebagai pemberi inspirasi agar tak musnah pada suatu ketika nanti. Aku tak pasti sama ada penulisan ini berpeluang mendapat perhatian masa yang kau beri untuk mengejar impian dan cita-cita. Cuma ‘Terima Kasih’ ini jujur dari hatiku, kerana aku sudah faham apa yang kau mengerti tika segala apa yang kau bicara aku terlalu angkuh dengan nafsu dan angan-angan. Menyesal dan kecewa pada saat ini yang hanya boleh aku gambarkan. Terima kasih atas segala nasihat dan pengajaran yang telah kau beri dulu.
Bukan niat di hati ingin memuji seperti yang aku pernah tulis dulu. Tetapi ini penulisan yang barangkali memohon sejuta kemaafan atas kelalaian dan sifat diri yang penuh kedhaifan. Ada perkara yang mungkin tidak disebutkan di sini, tetapi aku harap kau dapat faham dan mengerti. Hilang segala punca dan kewarasan akal berfikir ialah perkara yang sangat hina disisi makhluk Tuhan yang namanya insan. Mungkin ini yang Tuhan mahu tunjukkan buat diri atas segala perkara yang aku kerjakan, dan sebenarnya banyak kali aku berfikir tentang mutiara-mutiara yang telah dilontarkan oleh dirimu buat diri ini wahai teman. Cuma hari ini aku jelaskan dalam bentuk penulisan yang mustahil untuk kau baca. Aku doakan semoga dirimu Allah pelihara dan berjaya mengejar impian yang telah kau cita-citakan dahulu. Semoga keberkatan Tuhan bersama dirimu…… AN

 
Multi-Colored Light Pointer