BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Allah itu pemilik hati.
Maka Allah jualah pemilik segala perasaan.
Diri ini malas untuk menukilkan perkataan cinta di sini.
Tetapi ianya kerna terpaksa.
Cinta itu fitrah,
dan apabila seseorang mempertahankan pastinya ada matlamat yang ingin dicapai.
Cinta itu boleh juga jadi fitnah,
andai insan tersalah langkah mengenal erti hakikat cinta.
Insan sering kali bicaranya cinta itu hanya mainan perasaan.
Apakah mainan itu seperti kau bayangkan yang pemainnya adalah kanak-kanak ?
Cinta bukan untuk kanak-kanak.
Cinta bukan mereka yang kebudak-budakan.
Kerana mereka tak mampu menilai cinta yang boleh beri bahagia di dunia dan akhirat.
Cinta satu penipuan ?
Tidak dinafikan ada seperti itu.
Tapi kenapa cinta yang benar-benar setia,
benar-benar jujur,
benar-benar ikhlas kau tak lihat ?
Kau hanya mengkritik, bukan memahami.
Kerana cinta kau seperti keanak-anakan.
Cinta mengajar erti kematangan
Menyelesaikan masalah bukan dengan emosi,
tapi dengan akal yang dianugerahkan.
Kita taknak cinta, mengapa perlu menghukum orang yang mencintai kita ?
Kenapa tidak berbicara supaya dia memahami ?
Kita buat dia menunggu, kemudian kita menghukum.
Is it fair ?
Jika tidak menerima cintanya, maka katakan tidak cinta.
Seseorang lelaki mencintai seorang gadis kerana mahu bersamanya dengan ikatan yang sah,
buktinya dia menunggu dan terus menunggu.
Cinta itu tak mungkin ada pada insan yang hanya mahukan percintaan budak-budak.
Jodoh itu di urusan tuhan pencipta,
namun semua orang tidak akan tahu jodohnya sehingga akhirnya dunia.
Walaupun berkahwin selama berpuluh tahun, 
dia tetap tidak akan tahu siapakah jodohnya.
Kerna itu, ianya juga perlu diusaha.
Cintailah, orang yang mencintai anda dengan sepenuh jiwa.
Percayalah pada cinta yang mahukan hakikat bahagia.
Dengan cinta juga mampu membawa manusia ke syurga.
Menilai lah cinta dengan akal kurniaa-Nya.
Tidak semua cinta itu berdusta.
Wallahu'alam

0 comments:

 
Multi-Colored Light Pointer