BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Aku cuba buat yang terbaik,
aku cuba jadi yang terbaik,
kerana mereka insan yang aku bercita-cita untuk menggapai mimpi yang baik.
Tetapi kadang-kadang mereka....
Tidak sedar.
Mungkin pada mereka aku bukanlah insan yang 'terbaik'
Yaa, aku mengaku aku bukanlah yang terbaik.
Dan aku bukan lah orang yang baik.
Kerna itu aku sentiasa berusaha.
Tidak mengapa, teruskan dengan hidupmu.
Dalam diam tanpa bicara,
bukan aku yang minta.
Keadaan yang memaksa.
Maafkan aku andai ada yang menguris jiwa,
aku tak mampu beri bahagia.
Bahagia itu milik tuhan pencipta,
ujian itu juga datang dari pencipta.
Aku lupa walau seribu tahun aku berusaha,
jika tuhan tidak izinkan aku untuk membahagiakan,
maka pastinya ada yang tersembunyi.
Itulah kesalahan aku kerana terlalu berusaha.
Maafkan aku teman.
Moga kau terus dipelihara,
moga kau terus bermujahadah mendekatkan diri kepada yang Esa.
Aku sentiasa mendoakan.
Jika ingat kepadaku,
hanya satu yang aku minta.
Doakan moga Allah ampunkan dosaku ini.
Wallahu'alam

0 comments:

 
Multi-Colored Light Pointer