BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Kisah ini mengenai seorang sahabat saya yang sangat rapat dengan saya. Kisah mengenai cinta dan kasihnya dia kepada seorang insan yang baginya telah membuka cahaya ke dalam jiwanya yang mana dia sendiri tidak pernah merasakan begitu kepada orang lain walaupun dia sangat rapat. Kerana dia telah menemukan seorang gadis yang dia sangat cintai sesuai dengan ciri-ciri isteri yang dia idamkan dalam hidupnya. Namun hal ini dia bersedih kerana tidak dapat bersama dengan gadis yang dia telah cintai saban hari kerana ada halangan bahawa cintanya itu perlu bersama dengan orang yang gadis itu telah jumpa lebih lama berbanding dengan sahabat saya. Dia hanya melihat gadis yang dia cintai itu hanya di jauh di lubuk hatinya dan perasaan itu tidak hilang dari hatinya.

Saya memghormati keputusannya untuk terus dengan perasaannya tanpa dia ubah walaupun sering kali saya menasihatinya. Kerana cintanya kepada gadis itu, dia tidak pernah tinggal nama gadis yang dia cintai itu dalam doanya dan saya telah pun perasan hal ini dari dulu lagi, sekian lama dia meminta kepada Allah agar disatukan dan dia tidak pernah penat dan berniat untuk berhenti seketika menyebut nama gadis itu dalam doanya kerana dia tahu baginya ada tuhan yang boleh memberi apa yang dia mahukan.

Hatinya bagi saya sangat tabah dan cekal, walaupun kita mungkin nampak poyo hanya kerana seorang gadis dia sanggup buat begitu, tetapi jika kita kembali melihat kepada kisah cinta dahulu sepertiman mughits dan barirah, juga kisah yang sangat popular dalam masyarakat kita kisah cinta laila majnun. Kita melihat laila ini seakan orang gila kerana hanya mahukan cintanya. Sahabat saya ini kadang-kadang dia mengadu yang dia seolah-olah tidak mahu melihat dunia lagi kerana terlalu cintakan seorang gadis, namun saya sentiasa beri dia nasihat agar bersabar dan berfikir setiap kejadian itu pasti Allah telah aturkan kebaikan di celah-celahnya.

Satu hari dia menyatakan hasrat kepada gadis itu untuk menjadi kawan, padahal dia merasakan yang dia tidak mahu kehilangan gadis yang dia cintai itu. Emm saya pun kehairanan memikirkan tentang tindakan sahabat saya itu, kenapa dia betul-betul setia dengan perasaanya sedangkan ramai lagi perempuan yang jauh lebih baik di luar sana, namun saya sering kali dimarahi dia dan katanya saya tidak faham tentang perasaannya.

Diceritakan kepada saya gadis itu ada banyak kebaikan yang membuatkan dia perlu untuk bersama dengan gadis yang dia cintai itu dan tidak sanggup untuk kehilangan gadis seperti itu. Katanya gadis itu sopan, berakhlak, baik budi pekerti, tabah, dan memahami keadaannya. Sehinggakan pada suatu ketika gadis itu meminta maaf atas kesalahaan yang telah dilakukan, tetapi sahabat saya tidak tahu kesalahan apa yang perlu dia maafkan kerana pada matanya gadis itu tidak pernah melakukan kesalahan kepada dia, boleh jadi kerana hatinya dipenuhi dengan perasaan masih dan cinta.

Sehingga kini dia tetap menunggu dan menanti kehadiran semula gadis itu ke dalam hidupnya walaupun dia tahu peluang dia untuk bersama dengan gadis itu agak sedikit, namun katanya dia akan selamanya tunggu kerana dia mencintai seorang gadis itu bukan kerana nak jadikan sebagai kekasih tetapi dia nak jadikan gadis itu sebagai seorang isteri. Saya sangat mengenali sahabat saya itu, dia tidak akan jatuh cinta kepada seorang gadis jika dia tidak niat untuk berkahwin dan dia sangat susah untuk jatuh cinta kepada seorang gadis. Saya kira dia benar-benar ikhlas dan jujur terhadap perasaanya, dia benar-benar ikhlas mencintai seorang insan yang bernama kekasih.

Setakat ini yang saya mampu kisahkan walaupun sebenar saya tak sanggup untuk ceritakan kepada orang, tetapi saya nak tunjukkan masih ada lelaki yang bersetia denga  cintanya. Saya hanya boleh mendoakan sahabat saya, suatu hari nanti pasti mereka akan disatukan Allah walaupun kini dia terpaksa mengharungi pelbagaj rintangan dan derita. Kerana selepas itu pasti ada bahagia. InsyaAllah....

Wallahu'lam




Sangkaan manusia tidak akan pernah sama dengan sangkaan Allah. Ada manusia yang hidupnya dalam keadaan miskin atau sederhana, namun hidupnya lebih bahagia dari orang yang hidup dalam keadaan yang mewah dengan kekayaan harta yakni mempunyai rumah yang besar, kereta yang mewah dan gaji yang mahal. Maka terbukti nikmat kebahagian insan ianya milik Allah azza wa jal. Cukuplah Allah menyatakan sayang Allah kepada hambaNya dengan memberi nikmat kebahagian, kerana tidak semua insan dapat kecapi nikmat kebahagian yang kebanyakkan insan mengidamkannya dan puncak kepada kebahagian ith ialah beroleh nikmat syurga daripada Allah.

Namun insan perlukan semangat, ketabahan dan pengorbanan serta mujahadah untuk peroleh syurga itu, dan kerana mereka hamba tuhan. Meka ialah insan yg melakukan segala perintah dan suruhan Allah s.w.t serta mereka meninggalkan segala larangan Allah s.w.t. Kemudian mereka menegakkan yang ma'ruf dan melarang kepada kemungkaran. Dan mereka yang dekat disi Allah ialah mereka yang bertaqwa.

Apabila Allah sayangkan hambaNya, Allah akan beri segalanya apa yang Allah suka hambaNya dapat. Dan Allah tidak beri apa yang hambaNya minta kerana Allah beri apa yanghambaNya perlu. Manusia tidak berkuasa untuk menentukan, semuanya kuasa Allab azza wa jalla. Saya mahu tekankan supaya bersangka baiklah kita dengan Allah s.w.t, kerana Dia lebih mengetahui apa yang hambaNya tidak tahu. Wallahu'alam


-@HaziqAlafasy


 
Multi-Colored Light Pointer