BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Hidup dalam kejumudan masyarakat sekeliling. Masyarakat yang mengecilkan skop agama, mereka hanya berfikir agama itu hanya pada laungan takbir, agama itu hanya pada selawat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w, agama itu hanya pada solat, agam itu hanya pada doa, agama itu hanya pada pakain seseorang yakni jubah dan serban, bagi mereka gama tidak layak untuk diucapkan, dibicarakan di tempat awam. Inilah realiti pemikiran yang telah set dalam ribuan malah jutaan fikrah manusia.

Kenapa masyarakat berfikrah seperti ini ? Itulah yang menjadi persoalannya. Masyarakat kian lam tidak matang dalam membicarakan agama. Benda yang disyariatkan ada dalam al-Quran dan as-Sunnah mereka menolak kerana ketinggalan jauh dalam memahami sunnah yang sebenar, mereka hanya amal kata-kata dari ustaz mereka. Sedangkan adakah agama itu tertegak dengan ustaz ? Atau amalan ustaz lebih patut kita dahulukan dari Rasulullah ? Inilah masalah bila timbulnya agamawan yang suka mereka-reka bentuk ibadah. Disebabkan menjadi kebiasaan, masyarakat hari ini tidak mampu menilai mana satu jalan agama. Ada pula yang beriya-iya melakukan sunnah yang kononya ustaz mereka kata wujud sedangkan benda itu tidak wujud sekalipun dalam erti kata lain perkara yang direka dalam aga yakni Bid'ah.


Bermaksud: "Sesungguhnya baragsiapa yang berbohong atas namaku, maka masuk ke neraka"

Malangnya mereka lebih mengagumkan tingalan tokoh dari tinggalan Rasulullah sendiri. Masyarakat gagal untuk memahami erti sebenar sunnah dan bid'ah kerana dianggapnya setiap benda yang baik itu sunnah. Ini membuktikan masyarakat hari ini masih tidak terbuka fikrahnya, masih di tokok yang lama dalam memikirkan tentang sunnah. Khurafat yang dibawa oleh orang terdahulu menjadi semakin berleluasa. Inilah fikrah yang terbentuk oleh masyarakat sekarang. Hanya bertaqlidkan amalan-amalan yang mereka rasa bagus dan mengkafirkan apa yang bertentangan dengan mereka juga takfir jika perlu kepada mereka yang mengajak kepada jalan sunnah yang sebenar hakikatnya.

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah :

"Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan TAQLID ! Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuaian dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelasa daripada ayat itu dan berpegang padanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah mendapat mazahab kamu, bukan ayat tersebut.
Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi mazahab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat pelbagai takwilan dan mengeluarkan dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu.
Inilah juga yang kamu lakukan terhadap nas-nas sunnah. Jika kamu dapati dalam hadith yang shahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata, kami ada sabda Nabi s.a.w begini dan begitu. Jika kamu dapati seratus lebih hadith shaih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu hadith..."

TAJDID. Ya, perkataan yang mudah untuk disebut, tapi betapa ramai yang benar-beanr faham tentang perkataan tersebut ? Satu perkataan yang boleh merubah persepsi berjuta malah berbilion fikrah insan jika menghayatinya. Namun peluang untuk menghayati dan gerakkan sukar untuk dilaksanakan selagi mana ada golongan yang tetap berkeras dengan fikrah yang mereka itu. Jumud boleh takfir orang bila-bila sahaja yang individu itu mahukan. Hari ini berapa ramai tokoh islam yang hebat dengan perjuangan yang cuba melakukan "Tajdid", tetapi ditakfirkan oleh golongan yang berdiri atas satu fikrah yang jumud.

Dengan adanya fikrah tajdid, membentuk fahaman insan dalam agama yang lebih terbuka tanpa tertumpu kepada satu pendapat. Demi menjamin masa depan agama. Sememangnya islam perlukan mereka yang berfikiran terbuka. Lebih-lebih lagi kita yang hidup dalam negara yang ada pelbagai agama dan bangsa, suapaya mereka melihat keindahan yang ada pada islam. Fikrah tajdid membentuk insanyang berkualiti dalam memahami agama, daripada membezakan antara ritual dan spiritual.


Bermaksud : "Barangsiapa membuat pekerjaan baru pada urusan kami ini (agama), maka ianya tertolak"

Wallahu'alam ~

23/10/13

0 comments:

 
Multi-Colored Light Pointer