BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Dulu aku tidak memahami "apa itu cinta ?". Sekarang baru aku faham, cinta itu satu perasaan yang melibatkan hati insan. Kata orang yang beraliran agama cinta ada yang Halal dan yang Haram. Cinta yang halal adalah cinta kepada Tuhan yakni Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Cinta yang haram pula cinta kepada ajnabi. Inilah kata-kata syeikh-syeikh tersebut.

Namun takrifan cinta sangat banyak. Ana berapa tidak setuju dengan mengatakan sifat fitrah seorang insan itu patut kita larang 100%, sebaliknya ana berfikir pasti ada jalannya sepertimana islam tak larang berhibur, tetapi ada manhajnya supaya tak jadi haram.

Hanya sekadar luahan pendapat, Cinta itu baragkali jadi agung bila kita letakkan cinta hanya untuk Allah dan tentulah jika kita mencintai seseorang kerana Allah pasti ada tempat di sisiNya. Cinta yang sebenarnya cinta adalah cinta yang didorong oleh taqwa dan ilmu. Seseorang itu tidaj ajan memahami taqwa dan cinta sekiranya tak berilmu. Demekian perlunya ilmu dalam cinta. Ilmu untuk mengawalnya....

Cinta takkan pernah sesat apabila disuluh dipandu dengan cahaya iman, cahaya taqwa dan cahaya ilmu. Tanpa ini, insan bercinta dalam keadaan yang buta , bukan buta pada matanya tapi buta pada cintanya itu. Seseorang yang buta boleh jadi dia tidak menggunakan jalan yang selamat keranan tidak nampak, tapi dia hanya memikirkan jalan yang mudah untuk dia sampai ke jalan tersebut.

Cinta itu tidak menghalang manusia untuk sampai kepada tuhannya, apabila melatakkan cinta itu kerana tuhannya. Segala apa yang diniatkan untuk tuhannya pasti dia memilih jalan yang terbaik kerana masih teringatkan Allah. Pernahkah kita dengar ada orang mencuri kerana Allah ? Tidak ! Dan perkara tersebut mustahil berlaku. Ini membuktikan setiap benda buruk yang dilakukan pasti tidak memikirkan tentang tuhan.

Belajarlah untuk mencintai Tuhan.
Nescaya cinta manusia takkan melenyapkan cinta tuhan. Cinta akan tetap teguh dalam kebenaran selagi bersama iman dan ilmu.....

Wallahu'alam ~

*Penulisan tersebut dihasilkan waktu pepriksaan Syariah Islamiah.
Segala kesulitan dan khilaf harap dapat memberi teguran.. InsyaAllah

0 comments:

 
Multi-Colored Light Pointer