BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers



Kehadapan enti-Bidadari Dari Syurga.
Saudari,
Ana berharap dengan hasil penulisan ana ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan ana menulis surat ini kerana ana tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap enti. 
Sedia maklum, enti bukan seperti wanita yang pernah ana temui. Enti ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu ana seolah-olah tidak berani untuk mendekati enti. Ana tahu juga, enti bukan perempuan yang senang untuk diajak ber"couple". Ana tahu juga, kasih sayang enti hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa enti.
Ana lelaki kerdil, enti. Ana jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan enti dan tahap keimanan enti terhadapNya. Ana malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Ana hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Ana tahu semua itu. Dan ana tahu enti lebih tahu akan semua itu. Ana tahu juga yang enti berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang murka dengan perbuatan enti termasuk diri ana sendiri. Iaitu Allah S.W.T.
Ana  dari dulu sebelum mengenali enti lagi, ana sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Ana tak mahu kasih sayang ana ini, perhatian ana ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan. Ana ada asas-asas agama tapi ana perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan ana.
Ana tahu apa yang enti pegang selama ini. Enti pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.
Tapi ada satu perkara yang pasti, ana belum cukup bersedia untuk semua ini kerana ana takut ana tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang ana boleh katakan hampir sempurna di mata ana. walaupun enti tak pernah senyum pada ana, ana pasti enti baik orangnya. Enti garang orang nya. Enti sombong bertempat. Enti garang bertempat.
Ana harap anti sudi tunggu ana. InsyaAllah, ana akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Ana nak enti hidup sempurna di samping ana. Ana nak jadikan enti orang yang paling bahgia berada dengan ana.
Seperti enti, ana juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan ana untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali enti.  Namun, jika enti belum bersedia, ana akan tunggu enti.

Surat ini ikhlas ana tulis untuk bidadari yang ada dalam hati ana.

-Meshary Ahmad Haziq Alafasy

0 comments:

 
Multi-Colored Light Pointer