BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers






Reality sekarang ini manusia LALAI dengan nikmat yang Allah berikan malah sentiasa rasa tidak cukup yakni timbul sifat Qanaah dalam diri kita. Manusia kini tengelam dalam arus dunia, berhibur itu tidak salah tapi ada batasnya. Hakikatnya inilah yang Ustaz/Ustazah cuba sampaikan kepada Remaja Islam, kerana sifat remaja Islam kinilah mencerminkan bagaimana keadaan Islam pada waktu akan datang. Kata Saidina Ali :
"Jika kamu ingin lihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda-pemudi pada hari ini"

BAGAIMANAKAH ISLAM MENJADI GEMILANG KETIKA DAHULU ?

Tak lain dan tak bukan kerana wujudnya pemuda2 yang "HEBAT". Pemuda2 yang Hatinya sentiasa meletakkan Allah sebagai sebab utama. Pemuda2 dahulu sentiasa mendahulukan perjuangan untuk agama, sentiasa meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Antara mereka Saad bin Abi Waqqas yang menyertai peprangan Uhud dan capai cita2 syahidnya pada usia 16 tahun. Tolhah bin Ubaidullah, pemuda yang kaya dengan harta tapi memiliki semangat jihad berjuang kerana agama seawal usia 16 tahun, menggunakan kekayaannya pada jalan Allah. Dan seorang lagi pemuda yang amat rapat dengan Rasulullah, beliau ialah Ibnu Abbas, dia mempunyai ingatan yang kuat dalam menghafal serta bijak berfikir. Subhanallah ! Hebatnya pemuda ketika dahulu ! 

Malangnya pemuda ketika ini masih asyik dibuai mimpi mengejar CINTA yang tiada kekal padanya. Sehinggakan ada yang sanggup melampaui batas dan syariat agama hanya sebab inginkan wanita yang mereka cintai **kononnyalaa ~**. Siapakah yang patut dipersalahkan ? Pendidikan perlulah memainkan peranan penting bukan dengan lebih menggalakkan remaja berhibur, disebabkan terlebih berhiburlah mereka menjadi seperti ini. Sekarang terlalu mudah untuk kita dapatkan hiburan, ada Ibu Bapa yang sanggup berbelanja semata-mata nak bawa anak2 ke konsert. Tapi tidak boleh mempersalahkan Ibu Bapa sahaja dalam masalah ini. Jika ada pembangunan yang hebat dalam istilah lain MAJU, adakah akan menjamin masa depan remaja kini ? Jika maju dalam perbangunan dan sebagainya tetapi tidak maju dalah AKLAKNYA tiada guna, kerana itu akhlak tidak boleh didik dengan hiburan yang melampau. Sanggupkah kita melihat anak bangsa kita rosak ? terutamnya ISLAM ! Siapakah yang nak meneruskan usaha para anbiya' ? jika terus diberi kemudahan yang akhirnya memudaratkan kepada diri mereka sendiri lebih baik dihentikan. Didiklah mereka sepertimana termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Tiada jalan yang baik selain mengikut jalan tersebut, kerana ISLAM yang akan menjamin kehidupan mereka kelak.

Tiada benda yang dapat menyelamatkan Remaja selain ISLAM ~

*Click untuk besarkan...
Wallahu'alam ~

0 comments:

 
Multi-Colored Light Pointer