BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


Huhu ~ lama tak update blog nie masa cuti ekk ? dah bersarang pon, haha. Actually ana tak sibuk pon tapi dah kehabisan Idea. So semalam kita digemparkan pejuang Allah di Palestin telah terkoraban yang mana pada hari itu jugak kita menyambut Ma'al Hijrah, bagaimanapun mereka pasti gembira kerana tercapai cita-2 mereka untuk syahid, dan kita bila lagi ? hurmm ~ Salah seorang yang terkorban ialah Komander Al-Qasssam itu sendiri yakni As-Syahid Syeikh Ahmad Jabir. 

*inilah gambar As-Syahid Syeikh Ahmad Jabir (click utk besarkan)

Bila terdengar jaa kisah nie, ana pon terfikir untuk buka sikit kitab dan baca tentang perihal jihad, yang mana kitab Tajuk dy "Nasihat Agama dan Wasiat Iman" yg dikarang oleh Al-Imam Habib Abdullah Hadad.
Dalam bab ini ana tertarik dengan tajuk "Melengkapkan  Pejuang-2 Fisabilillah" yang mana tajuk ini memang sesuai untuk kita, keran kita adalah satu-satunya negara yang tak boleh berperanag dan diperang. Syeikh nie kata : "orang yang membelanjakan sesuatu fisabilillah serta membantu pejuang-2 akan memperoleh ganjaran dan pahala yang besar sekali". Sabda Rasulullah :

"orang yang melengkapkan seorang pejuang fisabilillah, sama seperti berjuang. Dan siapa yang membantu keluarga pejuang fisabilillah dengan baik, sama seperti ia berjuang juga."

Nak cerita dekat sini, betapa besarnya pengorbanan kita hanya dengan menghulurkan bantuan kepada mereka Nabi kata berdasarkan hadis di atas umpama kita berjuang, dan pahala berjuang amatlah besar. Dan ada lagi Rasulullah bersabda :

"sesiapa yang membelanjakan sesuatu perbelanjaan fisabilillah, akan dicatat baginya tujuh ratus kali ganda

lihatlah ! sekadar kita menginfakkan harta, nabi dah janjikan balasan yang tinggi untuk kita di akhirat kelak. Marilah kita sama-2 sentiasa menghulurkan bantuan kepada umat Islam kita yang ditindas terutamanya Umat Islam yang bermazhab SUNNI yakni Umat Islam kita di Syria dan di Palestin yang mana telah lama ditindas oleh penjajah zalim israel yahudi laknatullah. Jangan rasa rugi untuk kita infakkan harta kepada saudara-saudara seakidah dengan kita, InsyaAllah ~ Allah akan beri kita kemenangan kelak di dunia dan akhirat.

*Ya Allah ! Selamatkanlah Saudara Islam Kami di Palestin dan Syria

*Kami Rakyat Malaysia, bersama kebangkita Rakyat Palestin dan Syria

#Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu, datang dari Allah juga tapi disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri, Ayuhlah ! kita berdoa untuk saudara-saudara kita. "HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID"

Wallahu'alam ~

0 comments:

 
Multi-Colored Light Pointer