BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,

atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

1. Bulu Kening

-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

3. Wangian

-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada

-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi

-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan

-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan

-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata

-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)

-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan

-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian

-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut

-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mesir Buka Pintu Sempadan Rafah Minggu Depan


Pihak berkuasa Mesir membuat keputusan untuk membuka terus pintu Sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir bermula minggu depan. Dalam satu kenyataan pada Rabu, seorang pegawai Mesir berkata keputusan itu sebahagian daripada prosedur Mesir untuk memudahkan pergerakan penduduk Palestin keluar dan masuk ke Semenanjung Gaza.

Pegawai itu berkata pihak berkuasa akan menggunakan prosedur serupa yang dilaksanakan pada 2007 sebelum sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel di Gaza apabila wanita, kanak-kanak bawah 18 tahun dan lelaki 40 tahun ke atas tidak memerlukan visa untuk menyeberang ke Mesir.

Duta Palestin ke Mesir, Barakat Al-Fara, mengesahkan bahawa mereka menerima pemberitahuan rasmi daripada pihak Mesir berhubung perkara itu. Minggu lepas, Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza, berkata mereka mahu menutup sepenuhnya pintu sempadan itu sebagai membantah langkah yang dilaksanakan oleh Mesir berhubung pintu sempadan terbabit.

Sementara itu, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan, menerima keputusan Mesir itu dengan perasaan girang. Penduduk berdepan banyak kesukaran untuk masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza semasa pemerintahan bekas rejim Mesir, lebih-lebih lagi susulan sekatan yang dikenakan oleh pihak Israel.

Beratus-ratus pelajar Gaza tidak dapat menamatkan pengajian mereka di beberapa negara Arab dan asing ekoran halangan perjalanan. Penduduk yang pernah bekerja di luar negara pula terkandas di Gaza dan hilang pekerjaan mereka.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

Beribu-ribu penduduk Palestin yang tinggal di luar Semenanjung Gaza terpaksa menikmati percutian mereka jauh daripada keluarga masing-masing berikutan kebimbangan terkandas di wilayah yang sempit itu. Aum Yasser Sebeeh, 45, tidak bertemu anak lelakinya yang mengikuti pengajian perubatan di Jerman sejak 2007, kerana bimbang untuk mengunjungi Gaza dan kemudiannya terkandas.

"Kami amat gembira dengan keputusan pihak berkuasa Mesir. Kini anak lelaki kami boleh mengunjungi Gaza tanpa perlu rasa bimbang," kata Aum Yasser.

Hamas, pemerintah Islam di Semenanjung Gaza, merakamkan penghargaan terhadap keputusan pihak berkuasa Mesir untuk membuka pintu sempadan itu.

"Kami menganggapkannya sebagai satu keputusan yang berani dan bertanggungjawab yang menunjukkan peranan sebenar pihak berkuasa Mesir ke arah perjuangan penduduk Palestin," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoom. Pintu sempadan Rafah dikuasai oleh Israel tetapi selepas pengunduran Israel dari Gaza pada 2005, pintu sempadan itu dikendalikan oleh pihak berkuasa Palestin dan Mesir dengan kehadiran pemeriksa daripada Kesatuan Eropah, sebagai sebahagian daripada perjanjian di mana Amerika Syarikat menjadi orang tengah.

Perjanjian itu digantung selepas Hamas mengambil alih Semenanjung Gazadaripada seterunya, Fatah, pada 2007. Akibat daripada perbezaan pendapat warga Palestin itu, pemeriksa dari Eropah menggantung misi mereka dan pihak berkuasa Mesir memutuskan untuk membuka sebahagian daripada pintu sempadan itu dengan diselaraskan oleh pihak Palestin.

Menurut penganalisis Palestin, hubungan antara Palestin dan Mesir bertambah baik selepas revolusi secara aman oleh penduduk Mesir menentang Hosni Mubarak dan rejim beliau. Penganalisis berkata ketegangan antara Israel dan Mesir semakin memuncak ekoran pendirian terbaru terhadap perjuangan penduduk Palestin.

Indahnya Al-Quran Sumber Peringatan


Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (Surah Al-Ibrahim 14: Ayat 25)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. (Surah Al-Zumar 39: Ayat 27)

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسۡتَحۡىِۦۤ أَن يَضۡرِبَ مَثَلاً۬ مَّا بَعُوضَةً۬ فَمَا فَوۡقَهَا‌ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلاً۬‌ۘ يُضِلُّ بِهِۦ ڪَثِيرً۬ا وَيَهۡدِى بِهِۦ كَثِيرً۬ا‌ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦۤ إِلَّا ٱلۡفَـٰسِقِينَ
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.
( Surah Al-Balqarah 2: Ayat 26)

 
Multi-Colored Light Pointer